Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

30 December 2011

New Money 2012

Money...money...money.... Cakap jer pasal duit semua orang akan terkejar2 kan kerana bagi sesetengah manusia duit adalah segala2 nya... Tu lah teringat masa belajar ekonomi asas dulu form 5 adalah dalam 6 ke 7 tahun lepas huuhuu... Cikgu pernah cakap dalam hidup nie "Dunia untuk duit @ Duit untuk hidup" ??? So fikir2 kan lah mana yang ade dalam life anda huuhuu...=)

Ok berbalik pada tujuan asal, baru2 nie sempena tahun baru yang bakal muncul lagi 2 ke 3 hari. Bank Negara Malaysia telah mengistiharkan muka baru bagi duit2 di Malaysia (mcm facebook plak, muka2 heehee...)  Ianya terdiri daripada RM100, RM50, RM10, RM20, RM5, RM1 dan duit2 syiling RM0.50, RM0.20, RM0.10.... So nak tengok tak muka duit tu heehee...


muka baru duit malaysia....

promosi huuhuu....

nilai baru duit malaysia....RM20


So pe g jom lah kite mencari duit baru nie huuhuu.... k see u the next article...=)

22 December 2011

Hatiku Luka Berdarah....

As Salam sahabat blogger sekalian... Selamat pagi semoga harimu disinari dengan cahaya kebahagiaan heehee...=) Tetapi tidak bagi hariku, kerana di pagi yang sungguh syahdu lagi aman nie seseorang telah membuatkan permulaan hariku tidak seindah biasa sehingga hatiku ini sekarang seperti di siat-siat @ dengan kata lain stress, tension, marah and whatever semua menjad satu waaaaaaaa.....


nk wat mcm nie please....^-^
Rase macam nak jerit jer, tapi sekarang nie kat opis x boleh nak jerit nanti org cakap aku tak betul plak tapi seriusnya memang tengah tak betul pun sekarang nie waaaaaa............ Ya Allah berilah kekuatan kepada diri ini untuk lebih bersabar menghadapi dugaan yang maha hebat nie. waaaaaawaaaawaaaa......

K lah cukup lah aku melepaskan geram nie, nak sambung kembali kerja yang tertangguh nie. Betul orang cakap jika kite geram @ stress kite cari lah pape pun medium untuk melepaskan nya, Insyallah dea akan kurang sedikit. Alhamdulillah terasa ringan sedikit diri ini setelah meluahkan nya kepada My Blog heehee... Ok time to continue my life huuhuu...

 K take care and see u... =)

16 December 2011

Awak Suka Saya Tak???

salam pembuka bicara, rakan2 seperjuangan sekalian....
Ops...tetibe tajuk jiwang karat pulak kan heehee.... Aku nie bukan lah sorang yang jiwang tapi kadang2 layan gak cecite nie, biasalah aku nie peminat no1 buku2 novel nie heehee... Tajuk nie adalah sebuah novel yang baru jer aku beli baru2 nie, tapi sebenarnya bukan aku yang pilih tapi my friends... Dea cakap sinopsis dea macam best dan nak tahu dea ckp pe " awak baca dulu, kalau best baru bagi saya baca, kalau x best awak simpan lah"  haaahaa... Tu lah dea kawan aku sorang nie, dea akan baca bila aku cakap novel tu best jer, kalau novel tu x best dia x kan bace haahaaa.......


Ok sebenarnya aku nak berkongsi serba sedikit tentang jalan cerita novel nie. bagi aku cite nie best banyak pengajaran yang aku dapat daripada novel nie, mungkin memang tu pun niat penulis novel nie kan... Alhamdulillah dalam aku membaca aku dapat serba sedikit info dan niat yang ingin di sampai kan oleh penulis nya iaitu MELUR JELITA tu nama pena dia lah, name betul dea x pasti lah pulak heehee...(^-^) 

Dalam novel nie hero dea adalah seorang lelaki cina yang baru memeluk agama islam dan heroin dea seorang wanita yang memang di besarkan dari sebuah keluarga yang islamic. Seorang wanita yang merasakan dirinya cukup baik berbanding orang lain dan seorang lelaki yang sentiasa merasakan diri nya serba kekurangan. Mereka bertemu, bergaduh, bercinta, bertemu kembali dengan watak yang berbeza dan semua nya berlaku di dalam lunas2 islam yang dibenarkan...

Bagi aku walaupun novel nie ceritera tentang cinta tapi penulis masih lagi menyelitkan unsur2 ketimuran melayu dan islamic di dalam nya. Walaupun berkawan di antara lelaki dan wanita tetapi masih lagi dapat menjaga batas2 di antara satu sama lain. Congrets to penulis.... Teruskan usaha anda berdakhwah dengan cara penulisan ini.

Ok kalau nak tahu ceriteranya dengan lebih lanjut, kene lah beli buku nie yer..... Aku x boleh lah nak cerita semua nya sebab nie buku orang, kang tak pasal2 blog aku nie kene gam pulak haahaaa... Dah beli buku tu baca lah puas2 k, nk ulang sampai 100x pun x de sape nak larang kan, sebab hak sendiri heehee.... Memang berbaloi lah sambil mengisi masa lapang kita akan mendapat faedah daripada ceritera2 novel itu. So pe g kawan2 jom lah kite support penulis dari negara kita sendiri ok...=)
k see u daaaa.....=) Salam Ukhuwah Fillah....(^-^)

14 December 2011

Borang Bantuan 1 Malaysia, Betul ker???

selamat malam wat kawan2 semua, ape khabar malam nie, 
hope chat lah semua yer.... Sempena belanjawan Malaysia 2012, kerajaan Malaysia ade menawarkan bantuan 1 Malaysia kepada rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah... 

So mesti ramai yang nak mencuba nasib kan @ memohon bantuan tersebut, .... Tapi nak tanya betul ker Borang Bantuan 1 Malaysia yang anda ambik tu borang asli???? Anda tahu tak ade pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan di atas kesibukan orang ramai mengisi borang tersebut, silap-silap bukan anda dapat duit tapi duit anda pulak yang lesap. So berhati-hatilah jangan terlalu mudah percaya. Baru-baru nie ade sorang kenalan dah terkena dengan borang palsu nie, tapi nasib baik lah dalam akaun bank dea tu tak banyak sangat duit.

So kat sini aku nak tunjuk kan lah yang mana borang yang palsu and yang mana borang yang asli. So berjaga-jaga lah yer jang sampai anda di tipu....

BORANG PALSU.....

Tolong sebarkan berita ini secepat mungkin, anda boleh copy @ share pic nie dari blog saya. Borang di atas nie adalah BORANG PALSU DAN IA BOLEH MENCURI SEGALA DUIT DI DALAM ACOUNT ANDA!!!....UNTUK PENGETAHUAN ANDA BORANG SEBENAR TIDAK MEMINTA NOMBOR ACOUNT.....


ok kalau borang yang asli punya anda boleh show ikut link nie, so beware kawan2 jangan sampai anda tertipu....

Anda boleh check pada borang original 


So sila berhati-hati... Salam ukhuwah fillah....

12 December 2011

Dah Konvo ker???



selamat malam kawan2, i miss u so much....
Cakap pasal konvo nie, really ker aku dah konvo heehee.... Mesti lah dah and yang aku nak cite nie bukak konvo aku tapi my lovely younger brother. Seorang jejaka yang manja dalam family cz dea lah yang paling muda....  Ampun kalau dea tahu aku tulis nie, mesti mengamuk dea heehee... its ok x pe tu pun kalau dea bace tapi kalau dea tahu pun ade aku kisah haahaaa...XD

K kat bwh nie ada beberapa pic yang sempat aku snap sewaktu tarikh keramat jejaka manja tersebut k heehee...XD Congrets to my brother convocation in Diploma In Information Technology (multimedia) at International Islamic University College (KUIS)

nk makup gak....

posing jap sblm masuk dewan...

mamat bunga..???

me and brother...

same face...XD

bro & parents...

k lah sampai sini sahaja yer boleh ku konsi saat2 kegembiraan ini. Congratulation juga diucapkan kepada my friends yang sama2 graduation pada tarikh tersebut. Semoga kalian dapat dan tabah mengharungi dunia sebenar selepas ini... Wallahualam.

bye..bye...time to sleep besok nk keje, k see u the next article take care and 
Salam Ukuwah Fillah...=)

08 December 2011

BADI MAYAT, BELIEVE OR NOT...???


gambar sekadar hiasan...

Salam kawan2 semua, lame x menulis heehee....
Kawan2 pernah dengar x tentang badi mayat??? Erm... mesti pernah dengar kan, aku pun sebenarnya percaya ngan tak jer pasal badi2 nie... tp baru2 nie aku de dpt 1 email dari kawan, tentang cerita badi nie. So pe kate kite layan jap cerita di bawah nie k... =)

Ni aku dapat dari email. Ada orang email aku, aku rasa aku patut share. Nak forwardkan email tu balik, tak larat ramai sangat. So, bacalah sama-sama kita ingat-mengingatkan. Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya) .

Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ke tahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah. Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi.

Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam. Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi).

Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan.

Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam.

Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang. Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik  dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man.

Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris. Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.

Apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar....Wallahualam,.... See u the next article...=)

25 November 2011

Bila Diri Menjadi Pendiam...

I miss u so much rakan2 blog.... Lama menyepi kan heehee... Tapi still de cume x berkesempatan nk menulis huuhuu... Ni pun menulis kerana mulut sudah di kunci haahaaa... Nak tahu ker kenapa mulut berkunci ni semua gara2 mulut terkena ulser yang banyak sehingga dirimenjadi pendiam. Nak makan sakit nak bercakap pun sakit so pe g diam lah jalan terbaik nya....

Dah hampir 2 hari aku kene penyakit nie, sampai dak2 opis pun dh windu dengan gurau senda dan usik mengusik dari dak kecik nie haahaa.... Kawan2 wait yer, nnti aku dh ok aku kembali lah duk kacau korang k haahaaa.... Tapi terasa seperti busan sahaja dunia nie bila x dapat nk kacau org, bergurau ngan orang and evrthing semua nyer hanya tulisan yang berbicara.....


Semalam pergi klinik setelah di desak oleh My dad, sbb aku mmg x suka g klinik bkn takut doc tp malas nk mkn ubt tapi bukan takut mkn ubt tau, konsep yang berbeza huuhuu.... Doc cakap panas dalam and kene pantang makan benda2 gatal and pantang ais...waaaa.... my favourate tu huuhuu.....

pape pun orang cakap sakit nie penghapus dosa2 kecik, amin... moga2 mcm tu lah.... byk sangat dah dosa yang aku wat kot,tu yang kene tu.... k lah cukup lah celoteh utk ari nie.. ari ahad nie aku akn ke konvo adik aku, so harap cpt lah baik sblm ari tu yer.. next article nnti aku kongsi kegembiraan kami di sana ok...

k see u the next article... =)

19 November 2011

SESAAT KAU DATANG BY RAMLAH RAM / FT SLEEQ

semalam duk sibuk ngan keje2 opis, tetiba aku terdengar lagu baru, mmg membuai rasa jap lah and lirik dia membawa maksud yang sungguh mendalam huuhuu... kat cni aku de share lagu tu pe kate kite layan same2 lagu nie nak heeheee...  ^-^


Sesaat Kau Datang
Sesaat Kau Hilang
Kemunculan dirimu
Penuh misteri
Kau Mendekat
Kau Menjauh
Kau tinggalkan diriku
Sesudahnya kau membuang
Mencampakkan aku

Its not that i dont love you
I just dont want to hurt you
I cant let go of all the good times we share together
I hate to be cold but i got to let you go
Sungguh kejamnya dirimu
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan
Kau remukkan cinta yang telah kita bina
hooooooooo..
Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati
Tapi ku ikhlas melepaskanmu
Karena aku manusia biasa
Nothings easy girl
Nothings easy girl
Aint nothings easy i hope you understand me girl
Nothings easy girl
Aint nothing in this world
Could ever compare to what we had
Whats gone

ooooooOOOOOOOOOOOoooooooooooooOOOOOOOOOOOOoo
Sungguh kejamnya dirimu
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan
Kau remukkan cinta yang telah kita bina
HaAAAAAAAAaaaaaaaaaa wooo

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati
Tapi ku ikhlas melepaskanmu
Karena aku manusia biasa


14 November 2011

My Weeding Beloved Sister...

salam hari sinin kawan2... sebut hari isnin mesti semua wat muka kan sbb pe kalian kene memulakan tugas harian seperti biasa setelah bercuti pada hujung minggu heeeheee.... Tapi tidak wat aku pada hari nie, sbb aku cuti kerana saja untuk merehatkan diri setelah selesai majlis My Beloved Sister yang baru berlangsung pada 12.11.2011 (Sabtu) and thankz di ucapkan kepada semua saudara mara dan rakan2 yang turut memeriahkan majlis tersebut... Jutaan terima kasih yang tidak terhingga....

Aku x thu nak share pe g tp, aku cuma nak share pic2 sempena majlis itu berlangsung... Semoga terhibur dengan telatah kami huuhuu...=)

barang-barang hantaran....

my beloved sister....

my sister & husband...




suka suki huuhuu..^-^

k lah dah x thu nak write pe g, see u the next article my friends...

10 November 2011

Pernikahan yang dinanti...

selamat malam kawan-kawan.....
baru2 nie my sister selamat bernikah dengan pasangan pilihanya, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, walaupun pada mulanya ade mengalami beberapa masalah tp segalanya dapat di atasi dengan jayanya heehee.... 

Macam tak percaya jer, same2 membesar...same2 bermain.... same2 gaduh... same2 sedih...same2 gembira and everything di buat bersama kerana hanya kami sahaja 2 beradik perempuan yang lain nya semua lelaki... Pape pun aku harap semoga ianya akan kekal hingga ke akhirnya... Dan sabtu nie 12.11.2011 akan berlangsung majlis persandingan di rumah kami... 

Di bawah nie aku share kan beberapa keping pic yg sempat di tangkap huuhuu..=) k kwn2 enjoy this pic...^-^

congrets nurzamzarina & mohd asri...

family abg ipar....

my dad & new abg ipar huuhuu..^-^



hasil tgk ku ke ats my sister...XD

ok lah aku pn x thu nk tulis pe g, kat umh keje tgh byk pun smpt g berblog yer heehee.... k pas nie aku smbg pulak cite tntg perkahwinan akk aku k... k see u the next story...bye..bye....and camat malam...=)

08 November 2011

Keluh kesah diri ini.......

Tarikh 04.11.2011 tepat jam 05.40pm dengan rasminya bertukarnya gelaran seorang wanita dan seorang lelaki menjadi sebuah keluarga @ erti kata lain sepasang suami isteri. Wanita tersebut adalah seorang yang sangat2 rapat dan terlalu2 rapat dalam hidupku. Tika diri ini bersiap untuk mengiringi nya ke masjid, tiba2 perasaan sebak menyelubungi hatiku, cukup ku luahkan di kamar.

Diri ku perkuatkan tika berada di masjid walaupun air mata terasa ingin berlumba-lumba keluar,kaki terasa lemah untuk melangkah tp demi dia demi my father dan demi my family ku perlu kuatkan hati ini, ku x mahu mereka melihatku dalam keadaan lemah.

Aku bersyukur akhirnya dea bahagia bersama insan yg tersayang. Aku mendoakan semoga jodoh mereka akan berpanjangan dunia akhirat. amin.... Aku berharap dirinya tabah untuk mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran yang terjadi dalam hidupnya. Aku tahu dia begitu terluka dan lemah dengan segala cabaran dan dugaan yang menimpa hidupnya sejak akhir2 ini. Tapi ketahui lah olehmu aku di kejauhan ini sentiasa mendoakan kesejahteraan mu.

Aku tahu aku pernah meluahkan kata2 yang telah membuatkan kau begitu terasa. Bukan aku sengaja bukan juga hadir di dalam hatiku tapi ku lakukan supaya kau tidak lagi terlalu rapat pada diri ini. Kerana aku ingin melatih hidupku tanpa dirimu disisi ku, ku takut jika tidak aku akan lebih terluka dengan perpisahan ini.

Ini kerana setelah Arwah mak tiada hanya dirimu disisi ku tika ku lemah tak berdaya dan tika ku gembira mengharungi panjaroba dunia ini, hanya kau yang mengajar ku erti hidup di dunia ini. hanya kau...hanya kau.... Maafkan ku di atas kekilafan diri ini. maafkan diri ini....



Aku sangat bahagia melihat kau bahagia di sampaing insan yang benar2 mencintaimu. Aku harap kau akan terus melangkah mengharungi onak dan duri hidup ini dengan tabah dan aku yakin bahawa di sisi mu sekarang adalah seseorang yang boleh kau sandarkan kepercayaan mu. Jangan kau hirau lagi pada diri ini kerana ku tahu sudah sampai masa nya untuk ku melangah di dunia ini tanpa bergantung pada insan lain.

 Ku doakan semoga kalian berbahagia di dunia dan akhirat. amin.... Aku sayang sangat pada dikau yang banyak berjasa pada diri ini, ketahui lah tempatmu terlalu istimewa di dalam hati ini, Tiada siapa yang dapat mengantikan tempatmu di dalam hatiku....

Akhir kata maafkan diriku yang terlalu banyak menyusahkan dirimu selama ini dan terima kasih yang tidak terhingga kerana terlalu bersabar terlalu banyak berkorban buat diri ini. Thankz so much....

20 October 2011

Someone In Our Life....

Setiap orang pasti de seseorang yang sentiasa setia di sisi untuk kita mengharungi hidup ni. Tak kira lah dea tu family, kawan, @ teman kita sendiri, yang penting kite setia dah percaya dengan dia. Setiap perkara tak kira lah gembira, happy @ stress kita pasti akan berkongsi dengan dia. Bagi kite dea lah penyimpan segala khazanah ceritera kita. Tapi itu bagi kita macam mana pula dengan dia??? Adakah selama perkongsian yang kita lakukan itu membuatkan dea selesa dengan kite @ dea terbeban dengan masalah kite??? Pernah tak kawan2 semua fikirkan akan hal ini???

Pada malam yang syahdu ini hati kecil ku berbicara tentang semua ini. Aku terfikir teman2 di sekeliling ku yang sentiasa berkongsi suka dan duka kehidupan ini... Adakah mereka selesa dengan diri ini @ aku sekadar membebankan hati dan perasaan mereka tentang masalah yang aku kongsikan??? Pandangan yang sentiasa aku berikan pada persoalan mereka adakah di terima @ aku sekadar menambahkan lagi beban pada masalah mereka??? Siapa aku di hati mereka, teman, rakan, musuh @ bebanan???


Manusia sentiasa mempunyai 1001 macam persoalan @ bayak lagi kalau hidup ini kita terlalu berfikir... Berfikirlah seadanya sahaja kerana otak manusia itu sangat2 terbatas kerana Tiada manusia yang sempurna dalam hidup ini akan tetapi kita haruslah berusaha untuk menjadi sempurna kerana setiap orang mempunyai attitude yang berbeza. Jangan terlalu memandang rendah pada sesiapa sahaja kerana setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka sendiri....

akhir kata terimalah walau siapa sahaja teman kita kerana tanpa mereka siapalah kite...=)  k jumpa lagi kawan2 dh malam nie, nk tito... selamat malam, see u the next story...^-^

18 October 2011

Tertekan...Tension...Stres.....

Bila nak mula wat nie??? Ni bila nak hantar nie??? Yang nie dh ade belum??? Yang tu dah ada belum??? Ni dh siap belum??? Siapa yang nak beli nie??? Mana list nya???  dan bermacam-macam lagi persoalan yg sentiasa di tujukan pada diri ini...

Jadi apa yang harus ku jawab  adakah ku perlu memberikan jawapan yang bukan jawapan untuk menyedapkan pihak yang bertanya @ ku hanya perlu berdiam diri sahaja   kerana ku sememangnya tiada jawapan untuk semua perkara itu...!!!

Semua ini semakin membebankan fikiran ku ditambah dengan kerja2 office yang semakin merumitkan hari2 ku... mana yang perlu ku dahulukan untuk semua ini??? Sesuatu yang memerlukan diri ini @ kerja2 di office yang x pernah kenal masa???

 ada ketikanya bila diriku terlalu sibuk dengan kerja2 di office sehingga lewat malam, pasti diri ini akan menerima habuan tika kembali ke tempatnya. Kenapa aku yang harus dipersalahkan tika ku terlalu sibuk dengan kerja2 di office sehingga mengabaikan persiapan di rumah??? kenapa aku??? kenapa??? kenapa???

kadang2 ku berfikir sendiri, adakah diri ini hanya sekadar boneka untuk mereka melepaskan perasaan masing2, tanpa sedikit pun memikirkan hati dan perasaan ku ini.... kalau itu lah yang mereka mahu aku pasrah jika diri ini seperti yang mereka fikirkan, buat lah apa sahaja yang mereka mahu sehingga mereka puas untuk segalanya..... Ya Allah kuatkan lah hati ini utk meghadapi semua dugaan mu ini....



Ukirlah senyuman walau hatimu tidak gembira, kerana senyuman itu adlah pengubat hati yang duka, akhir kata salam ukhuwah fillah... =)

13 October 2011

BELIEVE YOUR FRIENDS....???


 Salam tengah hari...
hai kwn2 wat pe ari nie msti keje kan, k keje elok2 jgn curi tulang yer heeheee... k nak tanya korang ckit, rase2 nyer kwn2 korg de x yg bermulut manis???? bkn pe org cakap kwn2 yg bermulut manis nie jgn percaya sangat betul kew???? Erm.... ni aku de 1 cite nk kongsi ngan korg nie, tentang sorg kawan yg bermulut manis nie.....

Dea nie sorg dak aku baru kenal... first time ok lah baik, lemah lembut kerja pun perfect lah... Dan aku nie jenis yg x terlalu strait sangat kalau dea ok aku ok lah. Adalah aku kenal dlm 3bln lebih, baru2 nie dea nk pindah dan yang peliknya dea boleh pulak wat cerita kat orang lain ckp yg aku nie macam2. Hai panas jer aku dengar cerita tu rasa macam berapi betul....
De gak manusia macam nie dalam dunia nie kan??? Hai terpulanglah, ko nak wat cerita pe pun aku x kisah lah. Tapi kan fikirlah sampai bila ko nk wat cerita macam tu, kalau ko still g berperangai macam tu... mana2 ko pergi ko x kan selamat lah, silap hari bulan ko kene pukul jer nanti. Fikir2 kan lah k....

Dalam dunia nie macam2 kite akan jumpa orang kan... de org yg nmpk jahat tp sebenarnya baik, de yg nmpk baik tapi tikam dari belakang, de yg baik ngan semua orang tapi dalam mase yang same melaga-lagakan satu sama lain... Erm... tu sifat manusia bak kate pepatah english " DON'T JUDGE BOOK BY ITS COVER" "TAK KENAL MAKA TAK CINTA" ........ So pengajaran utk diriku dan kawan2 semua berhati hati lah dengan sesiapa sahaja yang ade di sekeliling kita...


k lah jom sambung keje balik heehee... k see u all the next story...=)

05 October 2011

Last Night Story (^-^)

salam petang wat kawan2 semua... cerita yang aku nak kongsi ini terjadi dalam hidup aku dalam dua ke tiga hari lepas. jeng..jeng..jeng... saje jer nak suspen tapi sebenarnya x suspen pun saje jer, jangan marah haaaa heeehee....

Malam isnin yg baru nie aku x berapa chat so lepas jer kul 9.00pm aku pun pe g makan ubat so tito lah, pastu aku langsung x sedar walaupun hujan malam tu sampai lah aku sedar pagi tu jam 07.00am . Memang tito mati betul kan + x ingat dunia haahaaa..... gila lama aku tito malam tu, pagi tu bangun tito memang segar gila bersemangat pun ya gak walaupun badan mase tu masih lagi suam2 kuku huuhuu.....

gambar hanya sekadar hiasan....

Malam selasa pulak cite nyer pelik, malam tu aku masuk tito dalam jam 10.30pm lah lebih kurang. Tapi mula tu memang dah mengantuk lah, tp landing jer trus segar.. Puas aku pusing sana pusing sini masih gak x boleh nak tito. Pastu aku pasang lah radio layan radio mungkin leh tito same gak still segar gila. Malam tu keje aku macam tu lah tawaf 1 katil  sampai lah pukul 4 lbh lah lebih kurang baru lah boleh tito. Tapi pagi tu kul 6.30am dah terjaga dn yg pelik nya bangun tito tu segar habis, macam tito macam biase jer....

Pagi nie kat office langsung x rase mengantuk and penat, pening kepala pun tak. Pelik kan??? Selalunya lah kalau x cukup tito mesti mengantuk gila kat opis, tp x de pun. Bila di fikir2 kan macam malam semalam tu aku dh topap tito untuk malam tadi heeheee.... Pelik bin ajaib kan aku pn x paham pe yg dh jadi dalam diri aku nie huuuhuu.... Erm hope malam nie aku kembali lah normal jadi manusia biase takut pulak jadi manusia pelik nie heeehee....

k lah tu lah cerita yang nak aku kongsi dengan kawan2 semua, so fikir2 kan lah dan selamat beramal huuhuu... k see u all the next article... salam ukhuwah fillah...=)

Kerja setelah Lama Bercuti....

salam hari rabu kwn2 heehee... hari ni baru rase diri ini agak chat ckit berbnding hari2 sebelum ini. selama 3 hari bercuti + hujung minggu yg panjang aku memulakan tugas harian ku seperti biasa semalam... dengan badan yang masih lagi suam2 kuku, dtg2 keje waaaa..... meja penuh ngan quotation yg menunggu..... mmg rase mcm nk cuti lagi jer haaahaaaa.....(padan muka sape suruh cuti lama2) releks...releks....

Tapi apakan daya dengan semangat pekerja terbaik aku pn mula lah menyiapkan keje2 yg tergendala tersebut... tap malangnya petang tu dpt 1 berita yg pekerja di fuel bay dah tender nk benti, so aku di beri tugas utk backup keje2 dea...waaaa.... bertambah lagi keje...aiiiii.... leh demam blk aku mcm nie x pun nk wat2 demam lah... boleh x haaahaaa.... =) yg penting keje kene lah santai jgn kabut releks and konsisten....releks k....

Keje kat opis yg byk, persiapan kat umah yg masih berterabur....waaaaa.... mmg btl2 menguji diri ini. Insyallah setiap ujian yg di berikan itu adalah mengikut kemampuan hambanya..amin.... so wakeup my self chayok...chayok... pape pun hope segalanya berjalan dgn lancar amin..... releks..releks....


Ok lah my friends dh lame btl aku mengelat keje nie, kang kantoi ngan boss sape yg susah den gak huuhuuu... so kene lah sambung keje dh lah keje byk sempat g berblog mane keje nk siap kan heeeeheee.... =) releks...releks....(asyik releks je bila nak mula keje???) haaahaaaa.....  k lah time to continue work... bye..bye... see u the next article...  salam ukhuwah fillah...=)

P/S : Jangan kalang kabut bile keje banyak ambik mase susun jadual mana yang perlu didahulukan dan mana yang perlu di kemudiankan... Hasilnya adalah keje dengan santai dan konsistan tanpa perlu terkejar-kejar...=)

03 October 2011

Demam oh Demam....

Last week bzy ngan keje, penat  ngan training lagi, rase penat sangat bdn nie.... Jumaat blk keje bdn dh rase semacam jer, tp still kuatkan semangat utk menyahut cabaran En Han utk menambahkan berat badan. Malam tu g pasar raya timbang berat yesss.... akhirnya berjaya tmbah 2kg huuhuu... gembira rase diri ini heeehee....=) Tp blk tu bdn dh rase semakin x sdp, pg bgun awl g banting still kuat kan diri gak.... Blk banting dh x berdaya akhirnye ku terlantar juga....

Mlm tu mcm dh ok, so mkn lah pape yg rase nk mkn, rase mcm dh okey jer... Mlm tu smpat g ikut along ngan adk g jln2 kat uptown Shah alam huuhuu... ;-) tp balik nya haaaaa.... semua makanan yg aku mkn semua kuar blk,mmg membazir btl kan hukhuk...XD  pg tu mmg btl2 x larat nk bangun... mmg btl2 terlantar lah, x berdaya langsung nk bangun mkn pape pun semua kuar blk..... So 1 hari aku cume mkn roti ngan air milo air tgn my younger brother jer lah heeheee....


Pagi nie kat umah terlantar sorg2 dlm bilik huuhuuu....sape sudi teman aku yer huuhuu.... Mcm mne aku nk naik kan berat bdn nie, tiap kali naik jer msti demam lah x chat lah pape jer lah... pastu naik 2kg, 3kg tp trun nyer 3kg...4kg... lbh byk dr naik nyer... mcm mne dah....=( Memang x blh nk naik ker bdn aku nie??? Kawan2 de suggestion pape x utk naik kan berat bdn tanpa aku perlu jatuh sakit....

ok lah sampai sini jer lah wat mse nie, dh x berdaya nk tulis dh nie... k lah kwn2 aku nk smbg rest and mkn ubt nie k take care kawan2 and salam ukhuwah.... jage diri elok2 jgn smpai jatuh sakit mcm aku nie k heehee... k miss u all.... wassalam... =) see u the next story....

30 September 2011

Schedule Waste Training....

salam jumaat wat kawan2 semua...

ari nie aku g keje tp langsung x wat keje mcm best jer dengar kan heehee... tp tu lah walaupun x wat keje, tp aku kene attend Schedule Waste Training.... Aku ni bahagian perchasing and admint tp oleh sbb department technical nie byk sangat bahan buangan terjadual so kene lah aku attend training nie lagi pun dh boss hantar name aku nk wat mcm mne kan huuhuuu....

1 day training dr kul 9.00am smpai kul 4.00pm, best lah cume dh lame x g class so rase mengantuk tu ade heehee...=) ye lah bila study act jer knfrm mate mcm nk ttp haahaaaaa.... byk gak ilmu yg aku dpt dr training nie...

antara brg2 buangan terjadual yg sering ade di sekeliling kami adalah, minyak yg telah digunakan, bateri lori, bekas minyak hitam, griss, tong cat dan bahan2 mekanik yg lain... tgk mcm biase jer kan brg2 tux sangka barang buangan terjadua nie kalau x di selenggara dgn btl boleh mendatangkan byk keburukan kepada manusia dan benda hidup... so be carefull my friends....=)

Erm... tp yg plg best skali makan minum complete huuhuu... sarapan, luch and minum petang semua de haahaaa.... tp yg mcm pelik tu cume 2 org je golongan hawa dlm training tu yg lain semua warga adam huuhuu.... tu lah dunia aku dr umah... sekolah smpai ke kolej mmg sntiasa di kelilingan warga adam.... aku pn mcm pelik jer huuuhuuu..... ^-^

ok sampai sini jer aku nk kongsi pe yg jadi dlm my life aku hari nie huuhuu... ok see u the next week... smile always 4 your life...=)

29 September 2011

Aku Masih Disini....

Di waktu matahari sudah ingin melabuhkan tirainya, utk memberi peluang kepada bulan untuk mengambil alih tugasnya aku masih lagi disini..... dimana??? di mana???? di office kerana kerja yang x akan pernah siap sampai bila2 pun... dan kerana kerja yg x pernah nak siap itu lah punca rezeki ku heehee...=)

erm... bersendirian di office menyiapkan segala kerja2 yg perlu disiapkan, dan kedengaran abg2 mekanik di luar bermain remote control keta.... waaa.... best nyer rase nak joint jer huuhuu.....

pape pun dh kul7 nie, kene blk umah gak... jgn blk malam2 nnti kene marah ngan sape yer msti lah ngan my dad lagi pun wanita x elok blk lewat kanhuuhuu...=) k keje pn dh siap, time to back home.... bye...bye..... =) see u the next day.....

24 September 2011

MY SONS....

Assalamualaikum...

My Sons...??? Hait cpt nyer aku kawin heehee.... tak lah bkn my sons but my sons fruits @ anak buah... Aku nie anak ke-4 dr 5 orang adik beradik... Aku ade 2 org abang, 1 orang kakak dan 1 orang adik... complete kan hidup aku semua ade, alhamdulillah....

Tetibe jer ptg2 nie aku teringat kat anak2 buah aku yg 4 org tu, rindu pulak kat dorg tu... Mak cik mu rindu banget sama kamu semua, bila nak balik huuhuu.... Ayah2 dorg lah nie bzy sangat smpai x de masa nak balik heheee.... (jahat btl aku nie huuhuu....)

Tak pe lah mai kwn2 aku nk perkenalkan anak2 buah aku seramai 4org tu, tp semua nya jejaka2 tau huuhuuu.... Tak de rezki lagi nak dapat wanita, mgkn kelahiran bln12 nie wanita sape tau, insyallah...=)

Ok first anak buah aku nie nama dia Muhammad Amirul Hafiz di lahirkan pada 15.07.2006 ckrg berumur 5thn, dea ni anak buah pertama so memang sewaktu kecik dea nie mewah lah ngan brg2 dr mak cik and pakcik dea nie heehee.... kat bwk nie lah muka dea...  Dea nie anak abg ngah aku yg pertama... Org kata muka dea nie ade iras muka paksu dea tp x thu lah org yg kata heeheee....

Muhammad Amyrul Hafiz

Second adik dea, nama pun lebih kurang sama jer nama dea Muhammad Amyrul Haykal dilahirkan pada 11.12.2009 ckrg berumur 2thn....Dea nie muka mcm cina ckit ngan mata yg sepet mgkn ikut muka kakak ipar aku kot heeheee... dea ni pun anak abg ngan aku yg no2....

Muhammad Amyrul Hykal

Dan yg nie muka selalu kat depan mata, mana tak nya umah dea belakang umah aku jer haahaaa... dea nie byk kerenah dan nakal... Maklumlah kwn pun ngan dak2 besar haaahaaa... Nama dea Muhammad Hazim lahir pada 02.04.2010 baru berumur 1thn.... Bln 12 nie dea baru nk dpt adk so wait and see lah laki ke pempuan heehee..... Dea ni anak abang long yg sulung huuhuu....

Muhammad Hazim

Seterusnya anak buah ku yg ke-4, dea nie anak abang ngah aku yg ke3. Sian abang ngah aku anak dea 3 orang tp semua lelaki... X de rezki g nak dpt pempuan, tp x pe org kate rezeki and bkn senang nak dpt anak lelaki ckrg nie lbh baik de dr x de ank kan... Alhamdulillah rezeki.... Yg nie nama dea Muhammad Amyrul Rayyan lahir pada 24.08.2011 baru beberapa bulan... Dea nie lah kembar dgn teman aku yg mcm aku cita sebelum ni heehee... kebetulan....

Muhammad Amyrul Rayyan

erm.... tu lah semua anak2 buah aku, mcm x caya jer sekejap jer dh 4 org... bln 12 nie insyallah tambah lagi sorg, family mengharap kan wanita moga2 insyallah... Mak cik sayang sangat dengan korg semua... I love u so much....

akhir kata utk kawan2 semua..... budak2 ni walau kadang2 menguji kesabaran kita tp percayalah dorg nie sebenarnya pengubat hati bagi orang dewasa... =)

Salam Ukhuwah Fillah......

BILA NAK KAHWIN???

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu teman2 sekalian....
Kenapa lambat kahwin? - Kerana Allah tahu masa yang terbaik untuk ku.
Dah Berpunya? - Ya.. Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing2.
Siapa?? - Nanti Allah akan perkenalkan..
Bila?? - Bila jodoh sampai.. InsyaAllah jemput datang ke walimatulurus ku nanti..

... Janganlah selalu bertanya bila org tu nak kahwin..
Kerana semua rahsia dia, terletak di tangan Allah..
Sampai masa Allah akan membongkarkannya..
InsyaAllah.. :-)

wah...wah... mula2 jer dh berpuitis dan bermadah pujangga lah aku nie heeheee.... Tapi semua nya kerana persoalan2 berikut... Bila nak kahwin??? Bila nak rase nasik minyak??? Akk dh lepas adiknya bila lagi??? dan bermacam2 persoalan yg membawa maksud yang sama....

Hai rase nya aku baru jer habis belajar, keje pun baru setahun jaguh... umur pun masih muda g haahaaa..... (ye ker???) Tapi kenapa org2 keliling suka sangat tanya soalan ni, kadang2 rase mcm malas jer nk jawab huuhuuu.... Tapi terpaksa layankan jer... kebetulan masa tu aku rajin aku jawab lah bila de jodoh x ke mana, jawapan malas pulak tahun depan haahaaa.... XD

doa pendekat jodoh....^-^

Sebenarnya dalam diri aku ianya mudah, seramai mana insan yang telah berkahwin pun, aku tak pandang semua tu. Aku tak kahwin kerana pengaruh rakan-rakan yang telah menempuh alam tersebut, tapi aku akan mendirikan rumah tangga saat sampai jodoh aku dan aku bersedia ke arah itu. Mudah kan?? ceh...ceh.... bermadah puitis lah plak aku nie haahaaa.....(^-^)

Akhir kata dariku buat  pembaca-pembaca sekelian, soal hati dan jodoh bukanlah benda yang senang. Bukan hak kita menentukan siapa jodoh kita sehingga rela mengambil jalan singkat menerima kehadiran mana-mana sahaja kaum adam atau kaum hawa tanpa menilai agama dan budi pekerti terlebih dahulu. Jangan biarkan sehingga nasi menjadi bubur.

Lihatlah, berapa ramai yang berkahwin semata-mata kerana nafsu dan akhirnya tersungkur sebelum sampai ke pintu syurga? Inginkah kita menjadi pasangan yang bercerai berai dan bergaduhan selepas beberapa lama berkahwin? Yakinlah, kebahagian dan ketenangan dalam kehidupan ialah apabila mengingati Allah dan mendapat keredhaannya dan  selamat bermujahadah dalam kehidupan..insyaAllah  jodoh pasti tiba di muka pintu dengan bantuan Allah... Wallahualam.

Salam Ukhuwah Fillah.....

22 September 2011

Tersepit Di Antara Dua....


Dunia nie kite sering di beri pilihan antara dua, tiga @ lebih lagi. Tp kite nie sering terkeliru dan kadang2 rase diri terdesak utk membuat pilihan. Sebenarnya kita yg perlu dan harus membuat kptsn utk menentukan pilihan kita  sendiri dan bersedia utk menghadapi segala cabaran ats pilihan kita itu.....

Erm... tp aku nie tersepit di antara pilihan org2 yg aku sayang. Seorang adalah temanku, rakanku, dan seseorang yang terlalu rapat dgn ku dan seorang lagi adalah org yg plg byk berjasa wat diri ini.  Setiap kali hujung minggu, pasti di gangu dgn bermacam2 masalah dan kata2 yg aku sndri kadang2 malas nk dgr..... tp apakan daya aku terpaksa menelan nya demi menjada hati2 org2 yg aku sayang.....

kadang2 aku t'pk adakah aku nie sorg yg takut??? knp aku x brani utk b'suara dan suka mengambil cara utk mendiamkan diri??? mgkn krn ini lah org dgn sesuka hati sahaja melontarkan ape sahaja pada diri ini.... Dan diri ini hanya diam dan menelannya sahaja krn memikirkan hati2 org di sekeliling yg perlu di jaga. Pada ku biarlah aku yg menelanya, jgn bg org2 di sekeliling merasa pe yg aku rase.....
Pesan arwah mak" biar org wat kte, jgn kite wat org"


wat org2 di sekeliling, jgn lah t'lalu pk kn dri sndri... pk lah sejenak pe yg org lain rase dan pk lah sape yg akn m'jadi mgsa ats perbuatan kite, walaupun kadang2 kte x tujukan pada org tu....  wat org2 yg aku sayang, sowi aku x pandai nk meluahkan rasa hati ini. Wat my beloved Z aku btl2 syg ko dan aku harap ko bahagia ngan pilihan hati ko, skali sekala blk lah siapkan lah pape yg ptut k. Curi lah mase walau hanya sedetik utk menguruskan pape yg patut, jgn hanya mengharap pada kami. Krn kami x thu akn cita rasa mu...

wat My beloved N, please lah jgn membesar2 kan perkara yg kecil dan wat Y tlg jgn menambah dan memporakperandakan hdp org...  jaga tepi kain sdri sudah lah....

segalanya hanya luahan hati seorang manusia yg teringin utk melihat segalanya kembali normal seperti sedia kala...... please setiap org memainkan peranan masing2.....

aku disini ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf jika ade kate2 aku yg menguris hati kalian... i'm so sory so much.....

20 August 2011

BERBUKA PUASA AT HOTEL....

salam....
hai lambat pose kan, lame dh tulis cume x de pic nak pose,
tunggu punya tunggu tu yg late pose tu huuhuu...

first time dpt jemputan buka puasa kat hotel,
mmg best 11/8/2011 kat hotel premier kat bukit tinggi
dr vendor Yonming hotel nie hotel baru so kureng best lah.....

second jemputan kat Hotel Blue Waveyg mmg dh terkenal,
 mmg best nie pada 18/8/2011 dr vendor Volvo
best dea punya service pun ok....

kat bwh nie de lah 2 and 3 pic yg sempat di snap...
x byk pic sbb ktrg dtg lmbt cz traffic jam huuhuu....





                                                                                       salam ukhuwah fillah...=)

17 August 2011

Jasadnyer Tidak Diterima Bumi...

assalamualaikum...
Ari nie x de pe nk di cite kan, tp aku nk kongsi ngan semua kwn2 tentang 1 email yg aku dpt drpd dak2 opis aku.... So selamat membaca....=)

"Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.

Ianya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut. Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.

Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lunag tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya. Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap. Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salled bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi. Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur.

Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.

Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,

Mereka semua terpegun melihat......



 

UBI KAYU yang sangat besar.




 

Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol
1-800-88-88-88


Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI...... UBI... SAPER NAK

BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)
* jgn marah...aku pun terkena gak...poyo betulla...sapa punyer keje...sah konpom xder keje...."
heehee... jgn marah yer kwn2 hanya cerita lucu yg ingin di kongsi bersama...=)

Salam ukhuwah fillah.... (^-^)

14 August 2011

Hujung Minggu di Opis...

best nyer lah waktu2 mcm nie ats katil, masih g melayan bluss......
biasa lah hujung minggu yg sentiasa di tunggu oleh org2 mcm aku
nie heehee.... tp tidak pada minggu nie.... sbb...

waaaa..... aku kene keje...
x suka...x suka...x suka....
x suka pun dh de kat opis....
siapalah aku ingin membantah,
ceh wah ayat mohon simpati seh
haahaaaa.....

pape pun ckrg aku dah de kat opis, kerana satu tanggungjawab yg
telah diamanahkan padaku... so kene lah wat
walau pun tanpa rela, tu yg pagi2 di opis
teringat katil and the bantal kat umah
heeehee....XD

tu lah gamatnyer bila x biase keje di hujung minggu,
pada sesiapa yg bekerja di hujung minggu
yg senasib dgn ku....
di ucapkan selamat bekerja k...=)
x sabarnyer tunggu jam berlalu pukul 1.00pm
nk blk hwa..hwa...hwa.....
k lh pape tah aku merepek nie kan,
abaikan jer lah heehee....=)
rase nk lepak ngan abg2 polis lah plak kat bwh tu
huuuhuuu.....
k jumpa lagi...=)

Buka Puasa With My BFF....


assalamualaikum.....

 Jam 03.50pm: trettt...tret..... 1 new message....
open frm Ila.... salam kwn2 kite buka luar nk ari nie

me:  pickup my phone and call, salam ila ko biar btl
tetibe jer ajak ktrg buka luar nie....
ila: btl lah aku x ot so free tu yg ajak korg tu,
nnti aku msg fariz dea on ke x....
me: ok pape hal roger k....

Jam 04.10pm
berikan cintamu...juga sygmu... percaya padaku...
me: salam ila mcm mne???
ila: fariz on ptg nie kul 05.30pm ktrg ambk ko
me: ok set....

Jam 05.30pm.
korg nk buka puasa kat ne nie????
pe kate kite g Jeram...

So kami pun berbuka puasa di Muara Ikan Bakat Jeram
semuanyer plan last minute  huuhuu....


my bff......
diantara menu berbuka kami....
 
pape pun thnkz a lots to my bff Fariz & Ila...
i love u all...=)
 

30 July 2011

ASSALAMUALAIKUM..... Sebelum cahaya padam, Sebelum hidup berakhir, Sebelum pintu taubat tertutup, Sebelum Ramadhan datang, saya mohon maaf Zahir dan Batin…. Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada kita semua
amin.....

salam ukhuwah fillah.....

Tournament Bowling with staff MISC...

diantara rakan2 sekerja....
salam pembuka bicara....
last week ari tu aku my company wat tournement bowling at Plaza Alam Sentral Shah Alam....
best lah first time joint, cz aku pun masih baru lagi keje kat c2 heeehee, cari2 group, department aku ramai x nak joint ats sbb t'tentu
before tournament...
so aku cari lah membr2 department lain, akhirnye complete gak my grup yg diketui oleh
syamsul bahri , adi, mona suzana & me heehee....
my group.....
main pun suka suki cz thu dh ramai lagi hebat dr ktrg nie,
ye lah cz gabung ngan misc port klang, west port, melaka
dan misc bhd KL.....
mmg ramai lah and enjoy lah mase tu, walau pun x menang huuhuu... kat bwh nie kite share 2, 3 pic yg sempat di snap oleh my phone
haaahaaa.....
i'm not ready....
wassalam......
salam ukhuwah fillah...=)