Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu teman2 sekalian....
Kenapa lambat kahwin? - Kerana Allah tahu masa yang terbaik untuk ku.
Dah Berpunya? - Ya.. Kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing2.
Siapa?? - Nanti Allah akan perkenalkan..
Bila?? - Bila jodoh sampai.. InsyaAllah jemput datang ke walimatulurus ku nanti..
... Janganlah selalu bertanya bila org tu nak kahwin..
Kerana semua rahsia dia, terletak di tangan Allah..
Sampai masa Allah akan membongkarkannya..
InsyaAllah.. :-)
wah...wah... mula2 jer dh berpuitis dan bermadah pujangga lah aku nie heeheee.... Tapi semua nya kerana persoalan2 berikut... Bila nak kahwin??? Bila nak rase nasik minyak??? Akk dh lepas adiknya bila lagi??? dan bermacam2 persoalan yg membawa maksud yang sama....
Hai rase nya aku baru jer habis belajar, keje pun baru setahun jaguh... umur pun masih muda g haahaaa..... (ye ker???) Tapi kenapa org2 keliling suka sangat tanya soalan ni, kadang2 rase mcm malas jer nk jawab huuhuuu.... Tapi terpaksa layankan jer... kebetulan masa tu aku rajin aku jawab lah bila de jodoh x ke mana, jawapan malas pulak tahun depan haahaaa.... XD
doa pendekat jodoh....^-^
Sebenarnya dalam diri aku ianya mudah, seramai mana insan yang telah berkahwin pun, aku tak pandang semua tu. Aku tak kahwin kerana pengaruh rakan-rakan yang telah menempuh alam tersebut, tapi aku akan mendirikan rumah tangga saat sampai jodoh aku dan aku bersedia ke arah itu. Mudah kan?? ceh...ceh.... bermadah puitis lah plak aku nie haahaaa.....(^-^)
Akhir kata dariku buat pembaca-pembaca sekelian, soal hati dan jodoh bukanlah benda yang senang. Bukan hak kita menentukan siapa jodoh kita sehingga rela mengambil jalan singkat menerima kehadiran mana-mana sahaja kaum adam atau kaum hawa tanpa menilai agama dan budi pekerti terlebih dahulu. Jangan biarkan sehingga nasi menjadi bubur.
Lihatlah, berapa ramai yang berkahwin semata-mata kerana nafsu dan akhirnya tersungkur sebelum sampai ke pintu syurga? Inginkah kita menjadi pasangan yang bercerai berai dan bergaduhan selepas beberapa lama berkahwin? Yakinlah, kebahagian dan ketenangan dalam kehidupan ialah apabila mengingati Allah dan mendapat keredhaannya dan selamat bermujahadah dalam kehidupan..insyaAllah jodoh pasti tiba di muka pintu dengan bantuan Allah... Wallahualam.
Salam Ukhuwah Fillah.....
No comments:
Post a Comment
Thankz cz sudi comment....