Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

29 December 2012

Ops... Tidor kene tutup lampu..???


Salam jumaat kawan-kawan... 
Tadi mase layan tenet tetibe terjumpa article nie. So pe g saya share lah dengan kawan-kawan k, same2 lah kte belajar =) Tapi bagi aku kan macam cuak pun de sebabnya nak tahu heehee... Aku nie memang tito selalu x mati lampu sebab kurang keberanian dalam gelap nie tapi bukan takut tau cume kurang berani jer heeheee.... Tapi bile dh baca article nie tetibe rase takut huuuhuuu.... Pape pun malam nie boleh lah nak cube tito tanpa lampu yuuuhuuuuu.... chayok..chayok....



16 December 2012

Segment : Pencarian Bloglist December By Niena Sofea


http://nienasofea.blogspot.com/2012/12/segmen-pencarian-bloglist-december-by.html

Sejak dah tahu pasal pertandingan GA and Segment2 dalam blogger nie, rase macam seronok plak joint. Kelebihan nyer dapat tambah follower and tambah kenalan, so kali nie kite joint segment by Niena Sofea. Segment yang mudah dan simple, so pe g jom lah kita pakat2 joint ramai2....

Tag :


Kita Geng Blogger


saiafera (click nie utk joint k)

Di waktu dinihari nie, saje layan blog terjumpa plak blog adik Fera nie, so saje jer suka suki joint mne tahu de rezki kan. Lagipun saje tuk tambah follower kat blog nie heehee... So sape2 yang dah terbaca tu pe g, jom lah kite menambahkan follower and merapatkan silaturahim. Kita pakat joint ramai2 segment nie k...=)

Tag




Penghakhiran sebuah cerita....


Pengakhiran sebuah cerita @ sebuah perjalanan hidup adalah KEMATIAN....Begitulah kematian.. tidak pernah memilih tua ataupun muda, kaya mahupun miskin. Tidak pernah peduli terhadap raja ataupun bayi. Kematian melenyapkan kemegahan. Ia datang untuk mengeluarkan manusia dari rutin kehidupan yang selama ini dijalani. Mengeluarkan seseorang dari istananya kemudian membenamkannya ke dalam liang lahad yang sempit. Semuanya itu dilakukan tanpa meminta izin.

Kematian itu pasti bagi yang hidup. Namun, tiada seorang pun tahu saat kematiannya. Ia nya boleh datang denga tiba-tiba. Kematian adalah satu misteri. Umur mempunyai batas dan kehidupan pasti berakhir. Kita tidak tahu bila umur dan kehidupan kita berakhir. Tetapi, kita yakin semuanya akan terjadi. ALLAH berfirman yang bermaksud :

“Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya sesaat pun dan tidak dapat memajukan. (Al-araf : 34 )

Semua yang hidup akan berakhir dengan kematian. Meninggalkan harta, keluarga dan kenikmatan yang ALLAH berikan padanya. Wahai jiwa, bertaubatlah. Sesungguhnya, kematian adalah tamu. Kematian akan datang tidak kira waktu dan masa. Bersiap sedialah menyambutnya sebaik mungkin. Beramallah untuk bekalan di alam akhirat.

Orang-orang soleh menghadapi kematian dengan jiwa yang tenang. Tujuan mereka hanya satu, mati dalam keredhaan ALLAH sebagaimana firman ALLAH dalam surah Al-Baqarah ayat 132 yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada ALLAH dengan sebenarnya, dan jangan sampai kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.”

“ALLAH jualah yang menciptakan kamu, kemudia DIA memberi rezki kepada kamu. Sesudah itu, DIA mematikan kamu. Kemudia DIA menghidupkan kamu semula.( Surah Al- Run : 40 )

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu, siapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya is telah Berjaya. Dan (ingatlah) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kesenangan bagi orang yang terpedaya) ” – (Surah ali Imran :  185) 


28 November 2012

Giveaway : 1 st Anniversary Reality Bukan Fantasi, NIENA SOFEA



Salam kepenatan balik keje heeheee....
saje relest tension jap bukak blog nie, dapat plak offer dr Cik NIENA utk jount GA nie pe g... saje lah mencuba nasib heeheee...=) Korang pun cube lah joint heehee....




saya tag

20 November 2012

Laman Web ISRAEL di Godam oleh Anonymous???

Salam ukhuwah....
Satu berita yang baru di perolehi dan rase elok sekiranya di kongsi bersama rakan-rakan semua. Isu Israel menyerang Gaza sekarang adalah isu hangat yang di perkatakan pada masa sekarang.

 Akan tetapi
ketika Israil sibuk menyerang Gaza bertubi-tubi dan menyebabkan ramai rakyat Gaza terbunuh, sekumpulan Hacker yang mengelarkan diri mereka ANONYMOUS telah muncul. Mereka telah mengodam hampir 660 laman web ISRAEL. Ini bertujuan untuk melemahkan system Operasi Israel. 

Di antara laman-laman web yang di godam adalah laman web Kementerian Israel di samping laman web yang berkaitan dengan pangkalan data Bank of Jurusalem yang di padam. Mengikut sumber kumpulan ini masih lagi aktif mengodam laman-laman web Israel yang lain dan mereka juga berkongsi segala maklumat yang di perolehi melalui akaun twitter mereka. 


Mereka menggunakan slogan 
"We are Anonymous, we are Everywhere, We are Legion, We do not forgive, We do not Forget,
To the oppressors of the innocent Palestinian people, 
It is to late to Expect US"

Sumber di perolehi daripada link ini, 

Segmen BW Cuti-Cuti By Emas Putih





Salam Ukhuwah....

I'm new bie dalam dunia blogger nie, so First time nak cuba masuk pertandingan blogger nie heeheee... 
jom pakat ramai-ramai kite masuk pertandingan nie.... Kat bawah nie de syarat2 dia and kalau nk lagi detail g lah kat link tu k...


Due date : 13.11.2012/00.00am - 26.11.12/11.59pm (2 weeks)
RM10 topup untuk 3 blogger bertuah by Random.
So Selamat Mencuba.....

17 November 2012

My E Day...

Dalam bersendirian ku tak pernah terfikir akan hadirmu di sampingku, dalam sunyiku tak pernah terbayang akan lambaian tanganmu mengapaiku, Hadirmu dan lambaian tanganmu membuatku terpana akan hadirmu di detik-detik penantianku....









Aku ingin mencintaimu dengan sederhana, Dengan kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu, Dengan isyarat yang tak sempat disampaikan awan kepada hujan menjadikannya tiada......









Sayang.... mungkin cintaku bagimu tak lebih dari secebis lilin yang redup bersinar di tengah ribuan cahaya lainnya... Tapi aku minta biarlah cahaya itu tetap menyala di hatimu, kerana suatu saat itu akan bersinar lebih terang di saat cahaya lainya padam.....

07 November 2012

Bicara hati....



Kadang kala orang yang paling dicintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu.....
kerana orang itu takut kau akan berpaling dan mnejauhinya...
Dan bila di suatu masa dia hilang dari pandanganmu...
Kau akan menyedari dia adalah cinta yang tak pernah kau sedari...



29 October 2012

Seadanya....




Aku ingin mencintaimu dengan sederhana, Dengan kata yang tidak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu, Dengan isyarat yang tidak sempat disampaikan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada....



26 October 2012

Oh Angin...Oh Bayu....




Oh angin,
Buangkan lah segala keresahanku,
Tiupkan lah dedaun rinduku ini,
Pergi jauh… jauh dari…
Jendela hatiku jua hatimu….

Oh bayu,
Aku sesungguhnya kelemahan menahan nasaf
Yang mengalir dalam janji-janjiku,

Katakanlah,
Semoga tidak ada sesiapa
Yang tersentuh luka dan parah,
Aku sesungguhnya terlalu
Takut pada kebenaran jua reality….

                                    “You Love Somebody Without A Reason
                             You Accept Him/Her For What He Is,
                             Not For What You Want Him/Her To Be….”

Yang mana Harus di Tuju....


Wahai bayu laut yang menyapa kegundaha hatiku,
Bagaimana dapat ku terjah kemelut yang melanda hatiku ???
Kau bisikkan lah padaku segala penawarnya,
Semoga aku tidak terus tertekan dengan derita ini….
Tolonglah damaikan hatiku….

Duhai mentari,
Terbitlah, jadilah kau teman setiaku,
Teman yang mengerti segala perasaan hatiku,
Teman yang dapat mengiringi segenap kegelisahanku,

Aku terlalu derita dengan semua kehendak,
Tidak ada sesiapa yang mengerti,
Tiupkan lah segala rasa hatiku padamu,
Aku kalah duhai mentari,
Kalah dengan perasaanku sendiri…

Duhai senja yang mewarnai alam,
Bagaimana untuk ku warnai perasaan ku ini ???
Dan dedaun nyiur yang melambai sayu,
Sesayu hati dan perasaan ku…

Mengertikah kau dengan segala kebencianku…???
Segala ranjau dan onar yang mengejar ini…???
Hingga diriku lemah dan tak berdaya…
Mengharungi semua kemahuan yang
Bukan Ku Cari…. ???


14 October 2012

Berhujung minngu...

salam tengah hari wat kawan2 semua.... Hujung2 minggu nie mesti de yg baru bangun kan, biasalah tu lumrah manusia yg ingin merehatkan fikiran and badan di hujung minngu nie. Tapi kan org2 tua de cakap jangan bangun lewat2 nnti rezki kene patut ular haahaaa...=D

So terpulanglah pada kalian yer heeheee.... Hujung minggu nie aku busan lah sebab nyer x tahu nak wat pe, pelik kan org muda mcm aku  nie, kalau org lain dah lama dh kuar enjoy, tp not me.... Busan2 aku pun lepak dalam bilik layan tenet lah and mereka hikayat Dak kecik nie heehee...;-) Tapi jangan x tahu habis satu umah aku kemas pagi tadi sbb nyer datang angin monsun rajin nyer haahaa....

Ok jom kita mengahabiskan hujung minggu nie dgn aktivity2 yg berfaedah yer, jangan ikut aku k, x elok hanya aku jer yg leh wat...;-) daaaa.... x thu nak tulis pe, daaaa...... bye... see u next time and salam....=)


13 October 2012

Interview Lagi???


salam ukhuwah kawan2 rindunya dgn my lovely hikayat nie, lame dah x mencurah idea and bermanja2 dgn my hikayat nie. Hikayat pn dh lame x smbg2 kan heehee... Tu lah dia nama pun hikayat so mmg cite2 lama lah kan, bak kate org tu tak up to date tp ade aku kisah, yg pntg kita enjoy heehee...

first to all, byk benda berlaku tp aku x tahu nak tulis yang mana. So nie blog aku aku tulis lah pe yang aku nk tuliskan, korg nak bace2 jer x nak pun aku lah yang baca sndri kan heehee...;-) Apalah yg aku duk merapu x sudah2 nie kan huuhu... 

k sebenarnya isnin nie aku de interview kat SPA. Erm dah byk kali mencuba, tp belum de rezki and aku x kan mengalah slagi aku x dpt, tu my prinsip. So awal pagi isnin nie aku kene lah drive seawal pagi utk ke tmpt tersebut sbb nyer tmpat tu di tgh kesibukan kota. Untuk mengelakkan jem kene lah g awal kan, janji on time tu yg penting.... Pape pun wish me good luck ye my friends... =)

25 August 2012

RAYA LAGI....????



Salam aidilfitri wat kawan2 semua, masih di mood raya lagi tapi aku dh mula keje sedihnya huuuhuuu..... Tapi tak pe tanggungjawab kan haahaaa.... Tahun nie raya paling busan sbb my younger brother keje and angah and kakak x de, so aku ngan parents serta family along jer.... dan ia juga raya pertama tanpa MYBFF cz dia dah selamat mengharungi alam baru, tinggal lah diriku sendiri. Bak kata dak2 opis aku sape suruh kawin lambat2 padan muka x de kwn haahaaa....

Pape pun its ok janji my dad ade =) Ok malas nak bebel panjang2 just nak share beberapa pic yg sempat di tangkap mase raya tu....=)


family along....


si bulat sofia..=)


beratnya azim...;-)



my sibling and ipar....

me with my dad....

Are you Ready for Married....

Kenapa aku buka topik ini ya? Sebab ada orang tanya aku pasal nie so... So article di bawah nie aku nak berkongsi sedikit pengetahuan untuk diri sendiri dan untuk kawan2 semua, sama2 lah kita ambik manfaat nya.... Mana tahu ada yang dapat kita manfaatkan bersama. Sekarang ni lepas raya memang banyak kenduri kahwin di merata tempat. Aku pun tak larat nak memenuhi undangan di sana sini. Mana yang sempat aku pergi. Ok tanya bila aku kahwin insyallah....=)

Kita mungkin telah bertemu dengan pasangan yang kita cintai dan bersedia untuk melangkah ke alam tersebut. Tetapi kenapa masa ada perasaan ragu-ragu untuk melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan. Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Kita harus menyediakan diri dengan banyak perkara. 

Tulisan di bawah ini bukan untuk menakut-nakutkan kawan2 yang masih bujang tentang perkahwinan tapi sekadar ingin berkongsi beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan mengakhiri zaman solo. Fikirkan perkara-perkara di bawah tapi jika kawan2 sudah yakin dengan pilihan anda, tunggu apa lagi? Kahwin saja! XD


Ada alasan kukuh berkahwin.Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin anda perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda sehingga anda benar-benar yakin.

* Macam aku ni, Bagi aku aku nak membina perkahwinan nie dengan corak carit aku ngan pasangan aku sendiri, Insyallah....Harus sedia berkongsi

Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri.Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.

* Bab ni memang aku dah bersedia untuk berkongsi segala-galanya. Insya Allah. Kalau pasangan aku tak kedekut, aku pun tak kedekut la. Tapi insyallah pasangan aku memang sorang yang tidak berkira...;-)

Sedia untuk sakit hati 
Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda. 

* Nak tak nak kena belajar semua ini. Fuh! Jangan lah aku selalu sangat sakit hati. Mahunya aku makan hati jek nanti.. Tapi makan hati lauk kicap sedap jugak kan...XD

Sedia untuk berfikiran terbuka
Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.

* Perlu belajar mengawal emosi. Kalau aku masak tak sedap ke..ada tingkah yang tak elok ke, aku harap dia akan terbuka nak tegur aku dengan baik2..sebab aku ni kalau kena marah nanti, jadi mcm mana ntah. Mahu nya aku merajuk! Haha...kalau cakap elok, aku okay jek.

Sedia untuk kompromi 
Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga. 

* Memang perlu banyak bertolak ansur dan jangan berkira sangat. Lagi-lagi bab duit dan tenaga kerja. Kalau kat rumah tu aku harap, bakal pasangan aku pun sudi nak bantu aku buat kerja rumah. Lebih lagi kalau dah ada anak sendiri. Kalau tak sudi...nak buat macam mana kan... nasib badan....ahaks.....

Sedia untuk berpisah 
Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan. 

* Hm...kena bersedia juga ni. Sebab tu ayah aku galakkan aku mengumpul harta sendiri. Tapi kalau boleh aku nak elakkan semua ni terjadi. Malah tak nak dengar ungkapan berpisah selepas aku diijabkabulkan. Sama ada berpisah hidup atau mati. Kena redha!

Sedia menerima malu 
Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.

* Fuh! Ini pun satu hal..siap sedia mental dan fizikal nie. 

Soal anak 
Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.

* Aku memang nak anak, banyak mana pun aku tak kisah, selagi yang termampu dan diizinkan tuhan sebab aku memang suka budak2. Cuma aku harap kehadiran anak2 tidak akan dianggap sebagai beban dan menyusahkan. Harap pasangan aku faham dan tidak cemburu keterlaluan andainya banyak masa tertumpu pada anak-anak. Aku akan cuba berikan perkhidmatan yang terbaik...saling bantu membantu ye...cewahhhh!~


So kira aku nie dh bersedia lah nak kahwin nie yer huuhuu...XD 
Insyallah de jodoh x kan kemana kan...=)

14 August 2012

corat carit Ramadhan.

Bulan puasa nie macam2 yang ade kan. lagi2 iftar mmacam2 tempat org nak g huuhuu... 
Tapi Pejam celik... pejam celik... tinggal seminggu jer kita berpuasa kan.. Tu lah sekejap jer dah nak raya, last2 minggu mcm nie lah rezeki murah bagai mencurah-curah...=) Semalam ada orang berbesar hati untuk sponser my roomate office iftar kat hotel Primier, alhamdulillah rezeki... Memang melantak lah kitorang makan sampai x sempat nak ambik pic duk khusyuk sangat makan haahaa...XD So selama bulan puasa nie macam2 pic yg smpat di ambik, biasa lah org suka interframe heeheee...=)

1 table 4 org, so this my table & geng....XD




iftar at umah angah and birthday Rayyan 1thn...

3 jejaka terhangat...=)

21 July 2012

Marhaban ya Ramadhan



"Untuk para sahabat, teman, saudara, aku minta maaf atas segala kesalahan buruk dan baik yang disengaja maupun tidak. Mohon maafkan. Marhaban ya ramadhan.. Mohon maaf zahir dan batin. B
ulan berlalu dan kini aku kembali berjumpa denganmu. Bulan Ramadhan, bulan penuh berkah dan ampunan.
 Selamat menjalani Ibadah Puasa Ramadhan 1433 H.


Tak sedar mase berlalu begitu pantas dan kite bertemu lagi dengan bulan yang penuh barakah ini iaitu Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang penuh keberkatan dan di tunggu-tunggu oleh semua orang Islam. Pada tanggal 21 July 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433 H iaitu pada hari nie kite semua sudah pun menunaikan ibadah puasa. Semoga puasa ku dan sahabat semua mendapat keberkatan darinya. 

19 July 2012

Convocation Again at Putrajaya



Dalam 1 bln dah 2x aku g putrajaya, bru last week g untuk reunion dorm. Kali nie plak aku g sebab my  convocation sempena KPLI. Sjak ble plak aku ambk nie huuhuu...^-^





the true not me lah yg konvo tp my sister heehee...=)







Habis jer convo tu pe g jalan2 kat putrajaya lah heehee...=)





ok tu jer utk kali nie...next week g lagi putrajaya heehee... Tapi yang nie untuk mase depanku, interview at Putrajaya, good luck 4 me..=)