Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

22 March 2012

#ChurpChurp 's top 30 influencers brought home a total of over RM120K the past year! Join them!

#ChurpChurp 's top 30 influencers brought home a total of over RM120K the past year! Join them!

My Car???


Rase-rase nyer sape punya kereta kah di bawah nie, ??? Erm... jap yer aku pk jap huuhuu.... seat palstic x bukak lagi no plate pun x pasang lagi heehee... Just wait and see pada article akan datang untuk tahu sambungan story nie k.....  Myvi 1.5 (^-^)




20 March 2012

Penantian Berakhir....


Firstly,  saya nak ucapkan thanks to all yang memberi support wat diri ini menghadapi ujian semalam. Akhir nya dengan berkat serta sokongan family, teman serta rakan2 saya telah berjaya dengan jayanya untuk mendapatkan  sekeping lesen kereta ops tak lupa buat "akak JPJ yang telah meluluskan saya" heehee...(^-^) Akan saya kenang tarikh keramat ini 20.03.2012 jam 10:50am.

Memang rase macam tak percaya jer, almaklumlah mase latihan tak pernah nyer lepas kat bukit tu, pastu mase jpj alhamdulillah lepas. Tak tahan nyer pagi tadi boleh pulak dapat no3 antara yang terawal di test lagilah cuak diri nie jangan cakap lah tapi alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. So pe lagi jom lah kawan2 saya bawa pergi jalan2 heehee...=)

16 March 2012

WALK IN INTERVIEW....

Hai kawan2 masih sibuk search tenet ker, mesti tengah busan kan huuhuuu... kepada sesapa yang masih lagi mencari kerja yang sesuai @ ade rase ingin menukar angin boleh leh joint walk in interview nie yer... Pada esok hari 17.03.2012 jam 9.00am - 5.00pm bertempat di Pejabat Tenaga Kerja, Persiaran Raja Muda Musa 42000 Pelabuhan Klang Selangor.(Sebelah Sek.Men Dato Hamzah)

Selain itu ada beberapa syarikat lain lagi yang mengambil bahagian so boleh lah mencuba k...=) pe g jom lah kite pergi ramai2 heehee....

p/s : Sila hadir dengan berpakaian kemas beserta sijil dan dokument untuk temuduga terbuka dan penjodohan kerja....

12 March 2012

What Happen to my Self....

Di malam syahdu lagi hening ini tetibe jer rase syahdu hati ini, aku x tahu pe yang aku rase sekarang nie tapi air mata nie seperti ingin berlumba-lumba untuk keluar... What happen to my self??? Terlayar kembali semua benda yang ku buat pada hari ini, everything its perfect but not for me... kerana semua benda yang ku lakukan pada hari ini serba tidak kene, ade jer yang silap. 

What happen??? What happen??? What happen??? 

05 March 2012

New Project Penjimatan Diesel

Hai kawan2 last week adalah minggu yang paling penat and paling busy with my life. Nak tahu sebab pe, de project baru yang sedang berlangsung kat opis aku nie. Tu yang memang x cukup tangan and x cukup masa jer rase.... Pastu agak memeningkan kepala sebabnya dea punya ketua operasi tu import dari sweden punya nak berbahasa dengan dorang memang masalah betul, cz bahasa english dorang susah nak faham sebab nya dea seleng dea. Memang teruk gak lah nak berkomunikasi sebab nak kene dengar dengan teliti huuhuu....

Tapi Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, walaupun due date nya telah terlebih tempoh heehee.... Maaf boss heehee...(^-^)  Kat bawah nie adalah serba sedikit pic yang sempat di snap ketika project sedang berjalan huuhuu.... Sedikit pengalaman dapat dikutip di dalam project ini, pengalaman yang sungguh bermakna...=)

 NGV tong export frm Thailand.....

 semua barang dr luar negara....

project pertama di Malaysia....

bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja....

Semoga Projek ini akan berjaya dengan jayanya, so pas nie leh lah jimatkan kos minyak diesel heeheee..... Well down to my company...=)

04 March 2012

Melihat keindahan ilahi....

As salam rakan-rakan blogger sekalian,
aku x thu lah nak tulis pe x de idea huuhuu... tapi aku still nak menulis gak heehee... pelik kan aku nie tp itu lah diri aku hukhuk... yang penting kite enjoy heehee.....  Erm nak kongsi lah 1 cite last week aku g jalan2 tengok bola merah, nak tahu x pe tu bola merah??? Mesti pelik kan dengar tapi itu lah istilah yang diri aku bagi untuk matahari terbenam... 

Tak percaya petang nie kalau waktu senja tu cube tengok matahari tu nanti sampai satu masa mesti dea akan nampak macam bola merah heehee..... Pe lagi cuba lah tengok heehee...=)kat bawah nie pic yang sempat di ambik sewaktu melihat keindahan bola merah, waktu nie baru jer balik keje terus melepak jap kat sini heehee.....Ni semua idea my sister huuhuu.....Nasib lah x jauh dari opis....

 my sister......

(^-^)

01 March 2012

SIAPA YANG TIDAK BEKERJA???

gambar sekadar hiasan...

Salam ukhuwah fillah, bile petang2 kat opis otak pun dh lemau kan so pe g jom layan blog jap heehee.... cerita nie saya dapat dari email yang di hantar oleh seorang officemate kepada saya, sekadar copy dari my email dan paste jer kat blog nie heehee... Jom layan cerita nie jap heeheee....=)

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting! so pandai-pandailah fikir k.. (^-^) 
 Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkire... =) Teduhan Kasih