Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

08 November 2011

Keluh kesah diri ini.......

Tarikh 04.11.2011 tepat jam 05.40pm dengan rasminya bertukarnya gelaran seorang wanita dan seorang lelaki menjadi sebuah keluarga @ erti kata lain sepasang suami isteri. Wanita tersebut adalah seorang yang sangat2 rapat dan terlalu2 rapat dalam hidupku. Tika diri ini bersiap untuk mengiringi nya ke masjid, tiba2 perasaan sebak menyelubungi hatiku, cukup ku luahkan di kamar.

Diri ku perkuatkan tika berada di masjid walaupun air mata terasa ingin berlumba-lumba keluar,kaki terasa lemah untuk melangkah tp demi dia demi my father dan demi my family ku perlu kuatkan hati ini, ku x mahu mereka melihatku dalam keadaan lemah.

Aku bersyukur akhirnya dea bahagia bersama insan yg tersayang. Aku mendoakan semoga jodoh mereka akan berpanjangan dunia akhirat. amin.... Aku berharap dirinya tabah untuk mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran yang terjadi dalam hidupnya. Aku tahu dia begitu terluka dan lemah dengan segala cabaran dan dugaan yang menimpa hidupnya sejak akhir2 ini. Tapi ketahui lah olehmu aku di kejauhan ini sentiasa mendoakan kesejahteraan mu.

Aku tahu aku pernah meluahkan kata2 yang telah membuatkan kau begitu terasa. Bukan aku sengaja bukan juga hadir di dalam hatiku tapi ku lakukan supaya kau tidak lagi terlalu rapat pada diri ini. Kerana aku ingin melatih hidupku tanpa dirimu disisi ku, ku takut jika tidak aku akan lebih terluka dengan perpisahan ini.

Ini kerana setelah Arwah mak tiada hanya dirimu disisi ku tika ku lemah tak berdaya dan tika ku gembira mengharungi panjaroba dunia ini, hanya kau yang mengajar ku erti hidup di dunia ini. hanya kau...hanya kau.... Maafkan ku di atas kekilafan diri ini. maafkan diri ini....



Aku sangat bahagia melihat kau bahagia di sampaing insan yang benar2 mencintaimu. Aku harap kau akan terus melangkah mengharungi onak dan duri hidup ini dengan tabah dan aku yakin bahawa di sisi mu sekarang adalah seseorang yang boleh kau sandarkan kepercayaan mu. Jangan kau hirau lagi pada diri ini kerana ku tahu sudah sampai masa nya untuk ku melangah di dunia ini tanpa bergantung pada insan lain.

 Ku doakan semoga kalian berbahagia di dunia dan akhirat. amin.... Aku sayang sangat pada dikau yang banyak berjasa pada diri ini, ketahui lah tempatmu terlalu istimewa di dalam hati ini, Tiada siapa yang dapat mengantikan tempatmu di dalam hatiku....

Akhir kata maafkan diriku yang terlalu banyak menyusahkan dirimu selama ini dan terima kasih yang tidak terhingga kerana terlalu bersabar terlalu banyak berkorban buat diri ini. Thankz so much....

No comments:

Post a Comment

Thankz cz sudi comment....