Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

26 December 2014

Bicara hati luahan rasa

Mereka yang memandang aku mulia, 
tidak pernah melihat aib aku

Mereka yang menyangka aku kuat,
tidak pernah melihat air mata aku

Mereka yang menganggap aku bahagia, 
tidak pernah melihat calar dan luka dalam hati aku

Mereka yang melihat aku sempurna, 
tidak pernah mengetahui kekurangan diri aku


Jujur.
Dan Allah yang menyembunyikan semua itu dari pandangan kau.

Terkadang...
Tidak semua hal kau perlu tahu.

Tidak marah
Tidak bengang
Tidak benci

Cuma satu..

Terasa...
Maaf...

18 December 2014

RiNdU uNtUkMu




Rindu?? Apa itu rindu?? Ada apa pada rindu??


Rindu adalah satu perasaan yang akan di rasai oleh setiap insan bilamana seseorang berjauhan @ punya rasa sayang akan seseorang yang lain. Rindu lebih kepada jarak sesuatu. Rindu jua akan dapat di ubati bilamana seseorang berjumpa kembali dengan yang dirindui. Tapi ada jua rindu yang memang tidak boleh diubati kerana kehilangan yang sememangnya tidak kembali lagi @ sudah hilang tanpa berita.


Rindu….. Sesuatu perasaan yang sangat-sangat sakit. Hanya yang pernah merasai akan tahu betapa sakit dan peritnya perasaan itu. Lagi-lagi bila kita tahu kita tidak akan boleh meluahkannya @ merawatnya kerana ia tidak akan ade penawarnya. Hanya yang boleh di lakukan adalah berdoa dan tabah mengharungi hidup ini.


Ini lah perasaan yang aku rasai bilamana aku sangat-sangat merindui seseorang insan yang terbaik, tercinta, terhebat , dan segala-galanya buat diriku. Insan yang terhebat pernah muncul dalam hidupku. Tiada tandingan dengan semua yang lain dan sememangnya dia yang satu tiada dua @ tiada tiga jua tiada pengantinya dalam hidupku. Aku sangat-sangat mencintainya lebih dari segala-galanya. Insan yang telah banyak berkorban dalam hidupku.


Insan yang ku maksudkan adalah “Arwah Ibuku” yang telah kembali menemui penciptanya 17 tahun lalu. Tapi diri ini terasa seperti baru semalam dia meninggalkan alam ini. Masih terngiang-ngiang lagi suaranya menasihati diri ini, menegur diri ini… Jua masih terbau-bau lagi haruman nya bila dia mendekatiku, bau masakannya. Masih terasa lagi kejapnya pelukannya memeluk erat tubuh kecilku untuk memujukku. Tapi reality nya semuanya sudah tinggal kenangan.


Aku rindu nasihatnya…aku rindu bebelannya…aku rindu pelukannya…aku rindu masakannya…aku rindu pelukan hangatnya… aku rindukan segalanya tentang dirimu IBU… Anakmu ini sangat-sangat merinduimu… Rindu yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata….


Al-fatihah buatmu IBU, semoga engkau tenang disana…



*nasihatmu akan ku jadikan sandaran untuk meneruskan liku-liku hidup ini sebelum aku jua bakal menyusulmu untuk kesana menemuimu… Insyallah


02 December 2014

SeSuAtU..





"Di sebalik sesuatu ada sesuatu...
Redha..Sangka baik..."

13 November 2014

mAnUsIa iTu sAmA...


walau siapa pun kita...
sekuatmana pun kita...
sebijak mana pun kita...
ada ketikanya kita lemah juga...
dan waktu itu kita perlukan seseorang untuk menyokong kita.

Hidup umpama roda adakalanya di Atas...
ada kalanya di Bawah.

Adakalanya tidak perlulah bangga sangat apa yang kita ada...
Besederhana dalam segala Hal itu lebih menyenangkan...
Usah riak apa yang kita ada Kerana apa
yang kita ada cuma pinjaman dari-Nya..

07 November 2014

Sensitif ker??

Hati begitu mudah berubah rubah. Tapi nape hati wanita ni begitu sensitif @ ia sememangnya dijadikan begitu. Kerana itu ia mudah terasa... mudah mengalirkan air mata walau hanya perkara yang kecil. Tapi hati dalam sensitif ia sebenarnya di jadikan lebih tabah dari lelaki.
Lelaki sukar untuk faham jiwa wanita. Wanita juga sukar untuk faham jiwa lelaki. Percayalah Allah jadikan sesuatu itu pasti ade sebabnya, kerana itu ia jadikan setiap manusia itu berpasangan untuk melengkapi satu sama lain.
Jika kite sudah tahu nikmatnya berpasangan itu, nikmatnya yang halal itu... itu lah dia yang disebut syurga dunia. Tapi kenikmatan itu sukar diperoleh kerana adanya makhluk syaitan untuk sentiasa menyesatkan manusia. Namun jika kite sentiasa berpegang pada ajaranNya insyallah segala akan di permudahkan. Amin...

06 November 2014

Oh syahdu hati tiada yang peduli

Syahdu hati... sunyi hati... sedih hati... tapi tiada yang peduli...tiada yang tahu...tiada yang kisah... Ini lah nasib hikayat seorang budak kecik. Hakikat hidup...jalan hidup... perjuangan diri yang terpaksa di lalui...
Sungguh syahdu coretan hati di dunia maya. Bukan meraih @ mengadu simpati tapi cukuplah sekadar meluah rasa mengurang beban di hati. Mana hendak di cari sesuap nasi jika yang tinggal hanya keperluan tunggangan. Mana hendak di cari barang menghilangkan dahaga jika yang tinggal hanya untuk kepentingan yang lebih penting.
Ini lah liku-liku hidup seorang insan. Aku tidak pernah mengeluh kerana aku pernah hidup lebih dari itu suatu ketika dulu. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Biar aku susah tapi tidak untuk orang-orang yang aku sayang. Rezeki Allah itu luas jadi untuk apa aku mengeluh?? Tepuk dada tanya hati...

01 November 2014

Aku yang belum mengenal diri

Al-Nuraa yang 5 yang 6... Tajuk lagu terbaru Mawi, Hazama dan Daly Filsuf. Lagu ni dah lama kot tapi sebenarnya Nikekin baru jer terdengan lagu nie pagi tadi masa on the way g office hiihii...(ketingalan zaman). Its ok just Nikekin tertarik dengan lirik2 dalam lagu nie, x tahu lah feel apa pagi nie boleh pulak touching dengar lagu nie. So nie yang sampai search lirik lagu dia nie huuhuu.... Tak percaya lagu nie boleh touching,

Urm.... mai sini Nikekin explore lirik dia sikit... kalau sape2 yang betul2 faham lirik dia nie, memang akan touching lah sebab bila fikir balik dosa-dosa yang pernah kita buat dulu. Setiap manusia tu memang tak lepas dari melakukan kesalahan, tapi kita boleh cube untuk menjadi lebih baik dari hari2 yang lalu.

"Ku imbas kembali sepanjang perjalanan, Ku cuba renungi setiap perbuatan
Ku tunduk malu, malu aku memikirkan,Pahala dan dosa yang tak dapat aku bezakan
Ku cuba berlari, lari dari realiti, Seperti ada tali yang menarik ku kembali
Aku masih tak faham masih jugak tak mengerti, Masih mencari-cari siapakah diriku ini
Ku tanya pada hati moga diberi jawapan, Tapi ada dua suara yang sering kedengaran
Yang satu kata iya yang satu kata bukan, Kadangkala akal dan hati pun tak sehaluan
Namun ku tetap mencari dan juga terus berjalan, Selagi ada matahari dan selagi ada bulan
Selagi aku belum mengenal diri ini yang sebenar, Mana mungkin aku dapat mengenal Tuhan"

Ok now hujung lirik dia pulak. Lirik nie sorang hamba yang memohon petunjuk dari yang Esa..

"Tunjukkanlah jalan terang, Tunjukkanlah jalan pulang ,Agar tidak kesesatan
Dalam titian dan harapan,Tujuh puluh tiga pintu,Tujuh puluh tiga jalan
72 kesesatan ,Hanya satu kebenaran



28 October 2014

Hanya Dia


"Cukuplah Allah untuk menolong kami, 
Dialah sebaik-baik pengurus dan 
terserlah kepadanya segala urusan kami.
(Surah Ali-imran :173)

27 October 2014

Setiap hari itu berbeza


Kita sering nampak DERITA hari ini, 
tapi kita jarang ingat KEBAHAGIAAN untuk esok hari. 
Belajarlah untuk menghargai Apa yang kita Miliki Hari Ini 
kerana kita tidak akan dapat MENGHARGAINYA esok 
jika semuanya telah tiada.... 
Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. 
Semalam kanak-kanak, 
hari ini Remaja dan 
esok Dewasa, 
Seterusnya Hari Tua. 
Maka Jadikanlah Hidup ini Sesuatu yang BERMAKNA.

EVERYDAY is a new Chapter.
Mulakan dengan Bismillah....=)

24 October 2014

Salam Tahun Baru

Dengan kerendahan hati, Nikekin ingin memohan maaf atas ketelanjuran jua segala kekurangan diri ini....
Salam Maal Hijrah
Semoga Ukhuwah terus terjalin
1436 Hijrah

Tabah atau Pasrah

KEKUATAN datangnya dari SEMANGAT. Semangat pula datangnya dari KEREDHAAN. Keredhaan melahirkan KETABAHAN dan KEPASRAHAN. Bila wujudnya Ketabahan dan Kepasrahan, itu tandanya kita yakin kepada Tuhan.

16 October 2014

Nikmat Jua Dugaan

Apabila Tuhan menganugerahkan nikmatnya padamu,ingatlah suatu waktu nikmat itu akan digilarkan kepada orang lain dan di ambil dari dalam tanganmu. Dan jika engkau ditimpa oleh suatu bala bencana itu pun akan dihindarkan daripadamu. Apabila kedua peringatan ini tidak pernah lepas dari hatimu, tidaklah engkau terumbang-ambing di dalam hidup.

15 October 2014

sepi itu sebuah ketenangan



Tuhan, maafkan jika aku rapuh dan suka mengeluh...
Tapi mulai hari ini, 
aku seharusnya bersyukur dengan semua nikmat yang tidak bisa aku hitung,
Aku masih boleh bernafas dan masih boleh berjalan,
Mohon jauhkan aku dari berkeluh kesah, kesempitan fikiran, 
kekotoran hati dan dari kemalasan tubuh ini. 
Dan Tuhan, Jaga, Sayangi, Kasihi, Cintai dan lindungilah selalu
yang membaca tulisan ini sepanjang hidupnya....Amin...


"Dalam diamku aku mencari kekuatan,
Dalam sepiku aku mencari ketenangan..."


14 October 2014

Sometimes silent its better



Silent doesn't always mean "Yes".
Sometimes it means, 
"I'm tired of explaining to people who don't even care to Understand."

11 October 2014

Dont know???



Aku tidak mampu mengubah masa lalu dan aku
sekarang tidak mampu untuk mengetahui apa
yang bakal terjadi pada masa mendatang. Untuk itu,
mengapa aku harus menyesali masa lalu atau
merasa cemas dengan masa mendatang??

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Surah Al-Baqarah : Ayat 45)


08 October 2014

Mata air.

Tangisan seorang perempuan
Bukan untuk meminta simpati
Sekadar melepaskan rasa hati.

Tangisan seorang perempuan
Bukan untuk melemahkan
Sekadar melepaskan
tekanan perasaan.

Engkau boleh jemu
Melihat tangisan itu
Engkau boleh benci
Melihatnya menangis lagi

Namun suatu hari nanti
Mungkin engkau akan mengerti
Mungkin engkau susah hati
Tatkala tangisan itu sudah berhenti.

Kerana dia sudah pergi
Kerana dia tidak lagi peduli
Dan kerana engkau tidak lagi
Bertakhta di hati.

07 October 2014

Luar Biasanya Wanita


Dia yang tetap tersenyum…
Walau hatinya sedang terluka…
Dia yang tegar…
Walau sebenarnya ia ingin Menangis…

Dia yang tetap menerima…
Walau hatinya begitu kecewa…
Dia yang tetap kuat…
Walau sebenarnya ia merasa tak sanggup lagi…

Dia yang tetap semangat…
Walau di terpa banyak masalah…
Dia yang tetap tawakkal…
Karana yakin semuanya akan kembali baik-baik saja…

InsyaAllah…
Semoga aku dan wanita yang membaca tulisan ini dialah wanita yang luar biasa dan baik di hadapan Allah.
Amin....

23 September 2014

ALLAH tak pernah Jadikan Sesuatu Itu Sia-sia

Bukan saja2 Allah jodohkan kita dengan suami sekarang..
Bukan saja2 Allah letakkan kita dalam keluarga yang tak kuat agama..
Bukan saja2 Allah bagi kita anak ramai atau takde langsung..
Bukan saja2 Allah bagi kita sakit..

Bukan saja2 Allah aturkan kisah silam kita..Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa 'tak banyak dosa" sangat. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa "saya ni baik je". Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin tak bersungguh2 memohon ampun daripadaNya.

Bukan saja2 kita sorang je dapat hidayah..Dengan hidayah yang kita dapat tu sebenarnya akan jadi asbab kebaikan untuk orang lain. Cuba audit diri kita. Berapa banyak manusia yang kita berjaya bawak dan dekatkan dirinya dengan Allah?"

Hidup kita Allah yang atur. Suami kita Allah yang punya. Anak2 kita Allah yang punya. Duit kita Allah yang punya. Kesihatan kita Allah yang punya.

Jadi, jika kita kehilangan duit, suami,anak atau kita sakit maka redhakanlah. Kerana semua itu bukan kita punya. Allah yang punya. Dia boleh bagi kita dan Dia boleh ambil balik daripada kita. Namun usah lupa. Allah itu Penyayang. Dia ambil sesuatu daripada kita sebab Dia nak bagi 'sesuatu yang lebih besar' untuk kita. Sesuatu yang sangat kita perlukan yang kita tak pernah tahu. Cuma Allah yang tahu. Bersangka baik dengan Allah perlu kita aplikasikan. Percayalah, apabila sentiasa bersangka baik dengan Allah, kita akan sentiasa redha.

Jadi, usah kecewa. Kita ada Allah. Kita minta pada Allah. Kita minta kekuatan pada Allah. Kita yakin dengan Allah. Kita redha dengan ketentuan Allah. Insyaa-Allah akhirnya kita dapat menerima semua kelemahannya dengan hati terbuka. Tapi, untuk mendapatkan hati terbuka itu, perlukan beberapa perlaksanaan. Antaranya solat malam! InsyaAllah kekuatan itu kita akan perolehi.

Kita ada Allah! Dan Allah itu ada di mana2. Bukan hanya di Mekah dan Madinah sahaja., Jika di Mekah dan Madinah ada tempat2 mustajab, di tempat lain juga ada. Jika kita berpuasa, doa kita mustajab. Jika kita solat malam, doa kita mustajab.

Dan Allah telah menggariskan panduan, "Sabar dan Solat"!

Lakukanlah! Dan perlahan2, akhirnya kita dapati Allah akan gantikan semula semua yang Dia ambil dari kita tapi berbeza2 bentuk pemberiannya. Yang pasti, pemberian itu nyata lebih baik, lebih bagus dan lebih perlu. Insyaa-Allah..

Allah tak jadikan sesuatu itu saja2~

17 August 2014

Dreaming

Aku menerima suatu berita yg mengejutkn. Aku tension... stress.... Kereta ku pandu tanpa tujuan, fikiran bercelaru menjadikan fokus pd pemanduan aku turut terjejas. Pedal minyk ku tekan tanpa had dan tnpa sedar meter sudah melebihi had laju.

Ketika aku hendak memotong di satu selekoh tiba2 kenderaan ku pandu hilang kawalan. Kereta ku melunjur merempuh sebuab pokok di tepi jalan. Kepala ku pening, kaki ku sakit, ade cairan hangat dr dahi ku. Aku terdengar suara2 di luar yg mengetuk cermin keretaku, tp aku x dpt memberikn reaksi.

Bila aku sedar kepala ku sakit, seluruh bdn terasa kebas dan tiba2 ak tercium haruman ubatan. Aku tahu aku kini berada di hospital. Aku cube mengerakkn tgn kanan tiba2 berat bila ku menoleh rupa2 nya suami tgh tito memegang erat tgn ku.

Mungkin tergangu dgn gerakn ak dia mula terjaga. Dia tersenyum memandangku. Aku gembira krn dia yg pertama ku lihat. Sdg ak cube mengerakkn bdn ak rsekn kaki kiriku berat bila keselak selimut yg menutupi kaki ku... Aku menangis.....

Erm...bersambung.... Nanti kn kesinambungan cerita ini pada article akn datang....

09 August 2014

Ceritera Sebuah Perkahwinan


1. KETIKA AKAN MENIKAH. 
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita.Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita

2. KETIKA MELAMAR. 
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis

3. KETIKA AKAD NIKAH. 
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN. 
Catat dan hitung semua tetamu yang datang untuk mendoakan anda, karana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI karena mensia-siakan doa mereka

5. SEJAK MALAM PERTAMA. 
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA.
Sadarilah bahwa jalan yang akan dilalui tidak
melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak
belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA BERMASALAH. Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya harus semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK. 
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI BELUM BAIK. 
Yakinlah bahwa pintu rezki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami & isteri

11. KETIKA EKONOMI BAIK. 
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa susah.

12. KETIKA MENDIDIK ANAK. 
Jadilah teladan yang baik bagi anak-anak dalam kehidupan rumah tangga

13. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI. 
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangun dengan bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

14. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI. 
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi sentiasa boleh menyelesaikan semua pekerjaan.Orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, karana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak.

15. KETIKA ANAK BERMASALAH. 
Yakinilah bahwa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16. KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami sebagai obat.

17. KETIKA ADA WIL. 
Jangan dituruti, cukuplah isteri sebagai pelabuhan hati.

19. KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS.
Gunakanlah formula 7 K: Ketaqwaa, Kasihsayang, Kesetiaan, Komunikasi, Keterbukaan, Kejujuran dan Kesabaran.

Mata Air @ Air Mata


Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargailah ia sebelum terlambat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai para suami, jika seorang isteri pernah menangis karanamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Karena dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam …
Wahai para suami, jika seorang isteri menangis karanamu, tolong jangan mensia-siakannya. Mungkin, karana keputusanmu, kau menyengsarakan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis karenamu. Lihatlah jauh ke dalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karanamu?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN menimpa orang-orang yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TETESAN air matanya bisa membawa KEDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI karana satu hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

HARGAILAH ISTERI DAN SAYANGI IA UNTUK SELAMANYA.

08 August 2014

Oh Sabar..Oh Sabar...


” Anakku, perlu kesabaran dalam belajar, perlu kesabaran dalam bersikap baik, perlu kesabaran dalam kujujuran, perlu kesabaran dalam setiap kebaikan agar kita mendapat kemenangan, seperti jalan yang tadi. Bukankah kau harus sabar saat ada duri melukai kakimu, kau harus sabar saat lumpur mengotori sepatumu, kau harus sabar melewati lalang dan kau pun harus sabar saat dikelilingi serangga dan akhirnya semuanya terbayarkan? Ada telaga yang sangat indah, seandainya kau tidak sabar, apa yang kau dapat? Kau tidak akan mendapat apa-apa anakku, oleh karena itu bersabarlah anakku.”

” Tapi Ayah, bersabar itu tidak mudah. ”

”Ayah tahu. Oleh karena itu ada ayah yang menggenggam tanganmu agar kau tetap kuat. Begitu pula hidup, ada Ayah dan Ibu yang akan terus berada di sampingmu agar saat kau jatuh, kami bisa mengangkatmu. Tapi ingatlah anakku, kami tidak selamanya bisa mengangkatmu saat kau jatuh, suatu saat nanti, kau harus bisa berdiri sendiri. Maka jangan pernah kau gantungkan hidupmu pada orang lain, jadilah dirimu sendiri. Jadilah pribadi yang kuat, yang tetap tabah dan tawakkal karana kau tahu ada Tuhan di sampingmu. Maka kau akan dapati dirimu tetap berjalan menyusuri kehidupan saat yang lain memutuskan untuk berhenti dan pulang. Nak, kau tahu akhirnya kan?”

”Ya Ayah, aku tahu.. Aku akan mendapat surga yang indah yang lebih indah dari telaga ini. Sekarang aku mengerti. Terima kasih Ayah, aku akan tegar saat yang lain terlempar.” Sang ayah hanya tersenyum sambil menatap wajah anak kesayangannya..

Kita tidak tahu seberapa besar cubaan dan rintangan yang Tuhan berikan pada kita. Tapi sahabat mesti tahu, Tuhan tidak akan memberikan cubaan melebihi kekuataan hambanya. Teruslah berdo'a, tawakal dan pasrah akan kehendak-Nya karana semua telah dituliskan. Sekecil apapun amal ibadah yang kita lakukan akan dibalas beribu-ribu kali lipat, begitu juga sebaliknya.
Jangan terlena oleh kehidupan duniawi yang semua ini, karana kita hanya hidup sementara sahaja dan akan kembali kepada-Nya.
Tuhan Maha Mengetahui atas segalanya.
Kesabaran akan membuahkan hasil yang indah.
Ingat sahabat, Tuhan sangat menyukai orang-orang yang sabar.

Semoga kita semua bisa menjadi orang-orang yang sabar dan mendapat cinta-Nya.

05 August 2014

Bila ketenangan di ragut pergi!!!

Malam yg sunyi hati spt keliru. Jiwa kacau dan ketenangan spt di bawa pergi. Wahai hati kenapa dikau pergi tanpa jejak. Harus kemana perlu ku carimu. Spt ade sesuatu yg x kena.

Btl jangkaan hati ini. Baru menerima hampir 10 call dari no yang tidak di kenali. Bahawa no telefon Nikekin telah menghantar sms kepada no2 tersebut yg berbentuk conformation. Message2 tersebut sememangnya tidak pernah Nikekin hantar. Jadi dari mane datangnya sms tersebut??

Lebih menyedihkan lagi, bile ade segelintir manusia tersebut yang tidak mempercayai Nikekin. Nikekin di gelar penipu, pembohong dan ade juga yang hendak membuat laporan. Sedih bila kena marah, kene tengking dgn org luar. Jatuh jugak tembok diri Nikekin ni, hujan lh sekejap hiihii...

Biarlah kalau org nk tuduh pe pun, itu hak dia. Yang Nikekin tahu Nikekin x buat so buat pe Nikekin nk takut. Pada yg nk buat report tu pun silakan lah. Tak lupe pada yg mempergunakan no Nikekin ni, tunggu lh balasan utk ko. Ko dah susah n kacau ketenangan hidup manusia lain pasti de balasan utk ko. Just wait n see...

Ok lh hati pun dh reda ckit ni, blh lh tito. Btl org kate kadang2 air hujan tu akn bg ketenangan kpd diri sendiri. Amin... Hopefully esk akn memberi sinar kebahagiaan kpd diri ini... Amin....

04 August 2014

Nasib si Malang

Malam yang hening dia masih lagi belum boleh melelapkan mata. Otak yang masih bekerja memikirkn itu dan ini. Hanya keseorangan diri kesunyian dr semuanya. Mungkin sengketa yang berlaku menjadikn dia kini keseorangan. Dengan family yang jauh kawan2 yg punya tanggungjawab same sepertinya dan adik2 yg jauh di mata. Tanpa makan dan minum mata di paksa lelap untuk kesegaran di hari esok.

Seawal pagi dia sudah terjaga untuk melakukan tugas spt biasa. Bakul kain baju di angkat ke tempat basuhan. Namun sekali lagi dugaan buat dirinya sabun basuh habis. Untuk menguatkan diri mungkin secawan milo cukup tp dugaan skali lagi gula juga habis. Dengan diri yang lemah dia kuatkn utk ke kedai membeli sabun dan gula. Sekali lagi dia di duga dengan kemalangan kecil, mgkn dgn kelemahan bdn yg buatkn kemalangan itu.

Selepas balik dia pn menyambung tugas spt biasa. Mengemas dan memanaskn lauk krn msh byk lauk smlm. Slps siap dia yg keletihan membaringkn bdn dgn sakit2 bdn yg terjadi tp siapa sangka rupanya dia tertito. Kesilapan itu rupanya mengundang kemarahan pihak lain krn mknan tgh hri tidak di sediakan. Nasib si malang.... sengketa semalam semakin parah.

Di hujung hari dia menghabiskan masa keseorangan. Mlm menjelma dia menyambung rutin mengosok semua utk keselesaan bekerja. Pihak lain keluar mengambil udara. Slps siap dia cube utk relest tension dgn menonton tv tp rupanya dugaan tidak hbis di c2. Ade pihak lain yg bertanya bermacam soklan2 yg makin mengusutkn kpala yg sememangnya sdh kusut.

Ini lh cerita si malang, ianya hanya rekaan semata. Tidak ade kene mengena dgn yg hdp @ yg mati. Sekian terimas... :-)

24 July 2014

Luaran jauh berbeza dari Dalaman

Pernah tak kite terkena bila mana beli barang. Tengok barang tu cantik so bli lh tapi bila sampai umah bukak "indah khabar dari rupa". Erm... mcm mne msti susah klu nk tukar balik sbb nyer kita dah bukak that right...

So... itu lh lumrah dunia. Kadang2 kite tengok org tu tak bahagia tp reality nyr sangat happening dan mcm tu gak sebaliknya tgk happy tp sbnrnya tak. Kadang2 kn kita sendiri wat2 happy utk menutup rase di dlm hati kan kan... msti smua prnh buat hiihii...

Tp nikekin ni x thu lh klbhn @ kekurangan. Sbb nyr muka nikekin ni jujur, walau dh cbe sorok tp org2 yg rapat ngn nikekin msti nlh baca. Tak boleh nk perdayakn dorg2 ni. De sape2 blh tlg ajar tak huuhuu...

17 July 2014

Suami imam terpuji Isteri penyejuk mata

Seorang wanita terpaksa meninggalkn keluarga, saudara jua teman bila mana sudah berkahwin. Ia juga perlu mengurangkan segala aktivity bersama rakan2 untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Namun dalam kehidupan kadang2 perlu untuk sesekali meluangkan masa bersama teman2. Yang penting tidak lupe tanggungjawab yang telah di amanahkan. Jadilah seorang isteri menyejuk dan penawar hati suami.  Fahami lah kerja suami anda kerana itu sangat penting. Sentiada menjadi pendengar yang setia dan jangan terlalu mendesak kerana suami sangat tidak suka sifat itu. Banyak kn jua bersabar kerana lumrah lelaki punya ego yang tinggi. Keyahui lh seorang lelaki sanggup menangis hanya untuk wanita yang sangat di cintai. Jangan terlalu mencari kesempurnaan dalam diri suami kerana dia hanya manusia biasa. Banyak kan bersabar kerana itu adalah rahsia rumah tangga. Bersabarlah....bersabarlah....dan bersabarlah....

Seorang lelaki pula perlu menjadi pelindung mengantikan keluarga, teman bergurau dan meluahkan perasaan menggantikan saudara kepada seorang isteri. Ini kerana isteri telah meninggalkn semua itu hanya untuk bersamamu. Berguraulah anda dengan isteri kerana jiwa dia seperti kanak2 kerana sangat sensitif walau hanya perkara yang kecil. Fahami hatinya kerana hati nya sangat sukar untuk di fahami. Seorang wanita sanggup bersabar walau di sakiti oleh orang yang dia sayang, tapi awas jika hati dia sudah terlalu penat dan sangat terluka dia boleh menjadi sangat keras dan mungkin lebih keras dari hati seorang lelaki. Jadilah seorang pemimpin dalam rumahtangga anda. Suami adalah ketua imam dan peneraju dalam rumahtangga. Jangan gunakan ego tapi gunakanlah fikiran yang bijak dalam menerajui rumahtangga...

09 July 2014

Bila Hati Mula Berbicara

Bicara hati terlalu dalam dan merumitkan. Rasa hati yang kosong, kosong tanpa rase dan perasaan. Seperti tersesat di tengah padang pasir yang tandus. Tak tahu mana arah yang perlu di tuju untuk meneruskan kehidupan itu.

Harus pada SIAPA harus aku berkongsi bicara hati ini?? Teman....Rakan... IbuBapa... Kakak...Abang.... Huh...terasa berat bebanan ini tapi.... Tidak...Tidak...Tidak... Aku tidak mahu membebankan insan-insan yang aku sayang. Aku juga tidak mahu tambah merumitkan keadaan.

Yaaaaa hanya pada Allah lah tempat sebaik-baik untuk aku berkongsi. Hanya Dia yang tahu betapa sakit dan deritanya seorang hamba itu. Yaaa Dia juga bisa memberikan jalan yang terbaik buat diriku. Semoga aku kuat untuk menempuhnya.... Amin....

Takdir sebuah Ketentuan

Hidup ni tak semua yang kita nak akan kita dapat. Kadang2 Allah nak uji hambanya. Sebab Allah rindu nak dengar rintihan tiap hambanya...Allah juga adil dia bukan tak bagi apa yang kita minta tp dia bagi apa yang kita perlu. Allah adalah perancang terbaik untuk hambanya.

Sentiasa lah berbaik sangka kepadanya. Aku redho dan terima jika ini takdirnya. Namun kuatkan lah diri ini di dalam menerima ketentuan mu. Sesungguhnya aku adalah insan yang lemah di sisi mu...

06 July 2014

Planning pe tu yer???

Oh..oh... cat umah, service keta, duit raya.... oh....bru seminggu raya dah sibuk plan untuk raya. Haaa... sape lh tu yer hiihii... Bukan pe tak nak kalang kabut and terlebih bajet plak nanti. So plan lh awal2, ye tak hiihii...

So excited sbb raya pertama bersama hubby and raya pertama di umah sendiri. Plan plan macam banyak jer yg nk tukar and terlebih plak bujet. So akhirnya kami cut cost untuk dulu kan mana yang lebih penting.

Ini lah lebihnya bujet. Tak lah nanti lepas raya gigit jari nk isi minyak keta and duit makan. So plan lah segalanya untuk lebih mudah... Selamat berplanning....

04 July 2014

Masalah menjadikan kita Kuat

Tuhan mengajar kite untuk menjadi seorang yang tabah dan kuat. Kerana itu dia memberi kite masalah untuk di hadapi. Jangan pernah berburuk sangka dengan tuhan. Sesungguhnya dia tahu apa yang terbaik bagi setiap hambanya.... Masalah menjadikan kite lebih matang. Jangan terlalu mencari kesalahan orang lain kerana kesalahan kita sendiri kadang2 lbh banyak daripadanya. Pengorbanan itu perlu untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan.

02 July 2014

Sampaikan pesanan ini wahai bayu..

Di pagi yang hening hati terasa kosong. Kosong tanpa perasaan dan sesak dada dengan suatu perasaan yang sukar untuk di terjemah. Terasa jauh dari semua orang, terasa kehilangan, terasa sunyi, dan semua perasaan menjadi kosong.

Harus pada siapa harus ku luahkan keluh kesah hati ini. Pada manusia, pada tumbuhan @ pada bayu yang menyapa lembut. Manusia yang hanya tahu menindas tanpa memahami, pada tumbuhan yang hanya kaku dan pada bayu yang tanpa berpenghujung. Lalu aku memilah sebuah coretan.

Hanya dengan coretan aku dapat meluahkan semua rasa yang menyesak di dada. Aku rindu pada jenaka seorang jejaka tersayang....yang kini menghempas pulus untuk mencari rezki. Rindu pada usik tawa nakal nya, rindu pada segala ceriteranya, rindu pada sifat romeo nyer. Tapi aku perlu berkorban. Berkorban untuk sentiasa kekal di cc nyer memberi semangat.

01 July 2014

Khayalan itu hayalan

Tika malam hampir menginjak pagi, seorang wanita masih lagi mencari-cari destinasi hayalannya. Mata yang masih belum mahu menuju destinasi terpaksa di kerah untuk bekerja. Nasib si penglihat yang berkorban untuk tuannya yang mahu berkarya di malam yang sunyi ini.

Tidak tahu pada siapa harus aku meluahkan keluh kesah diri ini. Aku telah lama meninggalkn dunia karya menjadi buntu. Hati yang tidak tenang seperti ada menyimpan sesuatu yang begitu jauh di dasarnya untuk di teroka. Mungkin juga tidak mahu untuk di teroka.

Mungkin tidak mahu diteroka dan hanya perlu di tanam terus. Mungkin itu adalah yang terbaik..

29 June 2014

Puasa yang yok

Bangun...bangun...sahur... ops dh banyin yer... bagus bagus....

Selamat berpuasa wat semua warga muslim. Diam tak diam kite dah pun kembali semula pada bulan yang penuh barakah ini... Tidak terlambat jika Nikekin ingin meminta maaf jika ade salah dan silap dalam berkarya ini, waaaa... ayat x nk kalah kn hiihii...

Ok.. bulan Ramadhan ni  menjanjikan suasana yg berlainan pd Nikekin. First time berpuasa bersama suami tersayang. Sangat2 berlainan suasananya and tetibe rindu plak dgn susana di rumah ketika bujang dulu.

Memang happy sbb dah de suami n diri pun smkin matang hihihi... Sbb dlu klu sahur ikut suka kadang bagun kadang tak, dan mkn jer pe yg de huuhuu... Tp ckrg x blh kne bgun awal kne siap kn sahur utk hubby, dlm penat tp terasa kepuasan ble kte wat sesuatu krn tanggungjawab dan ikhlas utk org yg kte sayang... Love you hubby...

13 June 2014

Adik Oh Adik...

Saat malam melabuhkan tirai...seorang pemuda dalam perjalanan balik dari tempat kerja. Perjalanan melalui nkve beralih ke lebuhraya utara selatan. Sampai di persimpangan Bukit Tagar terus membelok ke kiri. Sewaktu melalui jalan tambahan sg. Tinggi di km 7 tiba-tiba seekor binatang melintas lalu kenderaan BLM 3477 yang dipandu hilang kawalan lalu terjatuh. Tidak sedarkan diri.

Seketika kemudian seorang insan balik dari kerja melalui jalan tersebut terlihat kelibat insan dan kenderaan di atas jalanraya. Tanpa berlengah terus menelefon bapanya dan polis ke tempat kejadian. Mangsa yang tertiarap tanpa nadi dianggap sudah meninggal dunia.

Namun kuasa Allah...ayahnya menelentangkan mangsa lalu berselawat sambil memohon pertolongan Allah. Tiba-tiba mangsa tercungap-cungap memekik 'sakit'. Terus nombor ambulans di dail untuk sampai ke tempat kejadian.


Sesampai di hospital keluarga mangsa turut tiba menanti. Pembedahan di kepala perlu segera dijalankan. Selepas penerangan pihak doktor pakar sekitar 11.30 malam. Waris menandatangan menyetujui pembedahan dijalankan segera.

Tanpa berlengah pesakit ditolak masuk ke bilik bedah. Sekitar 4.30pagi pesakit keluar dari bilik bedah ke tingkat 3 (High Dependency Ward). Selama 3 hari pesakit direhatkan. Berselirat wayar dan tiub diseluruh badan pesakit. 'Adik...kuatkan semangat...cepat sembuh sayang'


Hari ke-4 di bawa naik tingkat 7B  katil 19 baru pesakit mula sedar sedikit demi sedikit. Alhamdulillah.....
Hari ke-5 masih sama.
Hari ke-6 ditukar ke katil 27 makin pulih...
Hari ke-7&8 ditukar ke katil 23 semakin pulih. Tiada lagi mesin. Tiada lagi tiub susu. Makan bubur nasi dan mampu berdiri.
Hari ke-9 pindah ke katil 1 agar lebih selesa dan ditemani oleh kakak zarina.
Hari ke-10 selepas kebenaran doktor pesakit dibenarkan balik...."yahooo..."
Hari ke-11 ke klinik rantau panjang cuci luka 'dressing' kemudian ke balai Bestari Jaya. Tapi gagal.
Malamnya muncul insan terpilih datang menceritakan kisah kejadian kemalangan.
Hari ke-12 tghari bergerak ke ipd kapar terus ke kuala selangor membuat laporan kemalangan. Siap disiasat. Pulang....


"Nikmat Mu terlalu besar Ya Allah...
Semoga semua ini akan menjadikan
HambaMu yang bersyukur... semoga
Adik cepat sembuh...aminnn..."
TQ ALLAH...

Thnks My Lovely Sister, dnurrzamzarina

22 May 2014

Confius @ keliru???

Kadang2 tak faham prangai manusia ini. Dia sentiasa betul dlm semua hal dan sukar nk trime kesalahan Yaaaa... mgkn kadang2 ak jugak yg x pham dorg ni. Lumrah manusia x semua perfect so jgn lh asyik nk tuding jari kat org jer. Ak salah ak minta maaf okey...

One more thing, keje and life mmg agak sukar nk handel. But please jaga hati and prasaan org2 di sekeliling kte. Dorg ni de hati and prasaan gak, bkn tunggul. Jgn terlalu mementingkn diri smpi abaikn org2 di sekeliling.

Satu lagi problem. Kadang2 sukar kte nk puas kn hati semua org. Org ni kate ok but some people kte , jgn wat mcm ni x btl. Sooo... pening x thu mne satu yg nk ikut. Dua2 org pntg dlm hdp.. Erm... nchat please.... klu wat gak cnfrm kne marh but others people ok. So mmg x blh nk puas kn hti semua org. The right choice wat jer pe yg rse nk wat. Dua2 marh pn tadah telinga jer and plg kurg ckp maaf... Dorg x fhm situasi di tmpt kte so tu lh jln nyr..

05 May 2014

Tak boleh nak jangka kan??


Hidup ni x tak boleh nk jangka. Kite juga x thu pe yg ade di hadapan kita. Kita juga x boleh terlalu leka dengan kesenangan jua kebahagiaan hari ini. Sebab itu pujangga ade mengatakan "Besederhana lah dalam hidup ini, jangan terlalu suka jangan pula terlalu bersedih... Nikmatilah hidup ini dengan seadanya"
Sentiasa lh berpegang pada yg satu iaitu ALLAH kerana di situ kunci segalanya... Wallahualam....😊😊

02 January 2014

Ops...2014

Salam Tahun baru 2014. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun2 sebelumnya amin...

Ari nie mula sekolah jua mula keje untuk tahun baru 2014. Tapi tah pe malang nasib ari nie, seawal pagi lagi dah kene marah and than semua keje yg Nikekin wat ari nie smua x jadi. So byk keje kena hold. Printer office plak jem, org yg btl kan cuti. Hai..... banyak keje tp smua terbengkalai.

Apalah nasib ari nie, stress... Ujian utk tahun baru kot. Urm..... Times up, masa untuk pulang. Kepala dah ting tong, pening and stress... So masa terbaik pulang and rest... =)