Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

18 December 2014

RiNdU uNtUkMu




Rindu?? Apa itu rindu?? Ada apa pada rindu??


Rindu adalah satu perasaan yang akan di rasai oleh setiap insan bilamana seseorang berjauhan @ punya rasa sayang akan seseorang yang lain. Rindu lebih kepada jarak sesuatu. Rindu jua akan dapat di ubati bilamana seseorang berjumpa kembali dengan yang dirindui. Tapi ada jua rindu yang memang tidak boleh diubati kerana kehilangan yang sememangnya tidak kembali lagi @ sudah hilang tanpa berita.


Rindu….. Sesuatu perasaan yang sangat-sangat sakit. Hanya yang pernah merasai akan tahu betapa sakit dan peritnya perasaan itu. Lagi-lagi bila kita tahu kita tidak akan boleh meluahkannya @ merawatnya kerana ia tidak akan ade penawarnya. Hanya yang boleh di lakukan adalah berdoa dan tabah mengharungi hidup ini.


Ini lah perasaan yang aku rasai bilamana aku sangat-sangat merindui seseorang insan yang terbaik, tercinta, terhebat , dan segala-galanya buat diriku. Insan yang terhebat pernah muncul dalam hidupku. Tiada tandingan dengan semua yang lain dan sememangnya dia yang satu tiada dua @ tiada tiga jua tiada pengantinya dalam hidupku. Aku sangat-sangat mencintainya lebih dari segala-galanya. Insan yang telah banyak berkorban dalam hidupku.


Insan yang ku maksudkan adalah “Arwah Ibuku” yang telah kembali menemui penciptanya 17 tahun lalu. Tapi diri ini terasa seperti baru semalam dia meninggalkan alam ini. Masih terngiang-ngiang lagi suaranya menasihati diri ini, menegur diri ini… Jua masih terbau-bau lagi haruman nya bila dia mendekatiku, bau masakannya. Masih terasa lagi kejapnya pelukannya memeluk erat tubuh kecilku untuk memujukku. Tapi reality nya semuanya sudah tinggal kenangan.


Aku rindu nasihatnya…aku rindu bebelannya…aku rindu pelukannya…aku rindu masakannya…aku rindu pelukan hangatnya… aku rindukan segalanya tentang dirimu IBU… Anakmu ini sangat-sangat merinduimu… Rindu yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata….


Al-fatihah buatmu IBU, semoga engkau tenang disana…



*nasihatmu akan ku jadikan sandaran untuk meneruskan liku-liku hidup ini sebelum aku jua bakal menyusulmu untuk kesana menemuimu… Insyallah


No comments:

Post a Comment

Thankz cz sudi comment....