Saat malam melabuhkan tirai...seorang pemuda dalam
perjalanan balik dari tempat kerja. Perjalanan melalui nkve beralih ke
lebuhraya utara selatan. Sampai di persimpangan Bukit Tagar terus membelok ke
kiri. Sewaktu melalui jalan tambahan sg. Tinggi di km 7 tiba-tiba seekor
binatang melintas lalu kenderaan BLM 3477 yang dipandu hilang kawalan lalu
terjatuh. Tidak sedarkan diri.
Seketika kemudian seorang insan balik dari kerja melalui jalan tersebut terlihat kelibat insan dan kenderaan di atas jalanraya. Tanpa berlengah terus menelefon bapanya dan polis ke tempat kejadian. Mangsa yang tertiarap tanpa nadi dianggap sudah meninggal dunia.
Namun kuasa Allah...ayahnya menelentangkan mangsa lalu berselawat sambil memohon pertolongan Allah. Tiba-tiba mangsa tercungap-cungap memekik 'sakit'. Terus nombor ambulans di dail untuk sampai ke tempat kejadian.
Sesampai di hospital keluarga mangsa turut tiba menanti. Pembedahan di kepala perlu segera dijalankan. Selepas penerangan pihak doktor pakar sekitar 11.30 malam. Waris menandatangan menyetujui pembedahan dijalankan segera.
Tanpa berlengah pesakit ditolak masuk ke bilik bedah. Sekitar 4.30pagi pesakit keluar dari bilik bedah ke tingkat 3 (High Dependency Ward). Selama 3 hari pesakit direhatkan. Berselirat wayar dan tiub diseluruh badan pesakit. 'Adik...kuatkan semangat...cepat sembuh sayang'
Hari ke-4 di bawa naik tingkat 7B katil 19 baru pesakit mula sedar sedikit demi sedikit. Alhamdulillah.....
Hari ke-5 masih sama.
Hari ke-6 ditukar ke katil 27 makin pulih...
Hari ke-7&8 ditukar ke katil 23 semakin pulih. Tiada lagi mesin. Tiada lagi tiub susu. Makan bubur nasi dan mampu berdiri.
Hari ke-9 pindah ke katil 1 agar lebih selesa dan ditemani oleh kakak zarina.
Hari ke-10 selepas kebenaran doktor pesakit dibenarkan balik...."yahooo..."
Hari ke-11 ke klinik rantau panjang cuci luka 'dressing' kemudian ke balai Bestari Jaya. Tapi gagal.
Malamnya muncul insan terpilih datang menceritakan kisah kejadian kemalangan.
Hari ke-12 tghari bergerak ke ipd kapar terus ke kuala selangor membuat laporan kemalangan. Siap disiasat. Pulang....
"Nikmat Mu terlalu besar Ya Allah...
Semoga semua ini akan menjadikan
HambaMu yang bersyukur... semoga
Adik cepat sembuh...aminnn..."
TQ ALLAH...
Thnks My Lovely Sister, dnurrzamzarina
No comments:
Post a Comment
Thankz cz sudi comment....