Seorang wanita terpaksa meninggalkn keluarga, saudara jua teman bila mana sudah berkahwin. Ia juga perlu mengurangkan segala aktivity bersama rakan2 untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Namun dalam kehidupan kadang2 perlu untuk sesekali meluangkan masa bersama teman2. Yang penting tidak lupe tanggungjawab yang telah di amanahkan. Jadilah seorang isteri menyejuk dan penawar hati suami. Fahami lah kerja suami anda kerana itu sangat penting. Sentiada menjadi pendengar yang setia dan jangan terlalu mendesak kerana suami sangat tidak suka sifat itu. Banyak kn jua bersabar kerana lumrah lelaki punya ego yang tinggi. Keyahui lh seorang lelaki sanggup menangis hanya untuk wanita yang sangat di cintai. Jangan terlalu mencari kesempurnaan dalam diri suami kerana dia hanya manusia biasa. Banyak kan bersabar kerana itu adalah rahsia rumah tangga. Bersabarlah....bersabarlah....dan bersabarlah....
Seorang lelaki pula perlu menjadi pelindung mengantikan keluarga, teman bergurau dan meluahkan perasaan menggantikan saudara kepada seorang isteri. Ini kerana isteri telah meninggalkn semua itu hanya untuk bersamamu. Berguraulah anda dengan isteri kerana jiwa dia seperti kanak2 kerana sangat sensitif walau hanya perkara yang kecil. Fahami hatinya kerana hati nya sangat sukar untuk di fahami. Seorang wanita sanggup bersabar walau di sakiti oleh orang yang dia sayang, tapi awas jika hati dia sudah terlalu penat dan sangat terluka dia boleh menjadi sangat keras dan mungkin lebih keras dari hati seorang lelaki. Jadilah seorang pemimpin dalam rumahtangga anda. Suami adalah ketua imam dan peneraju dalam rumahtangga. Jangan gunakan ego tapi gunakanlah fikiran yang bijak dalam menerajui rumahtangga...
No comments:
Post a Comment
Thankz cz sudi comment....