Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

22 January 2013

Nak Tahu, Apa itu Rindu???

Nikekin nak berpuitis plak lah malam nie, jom kita layan jap... Tapi kalau x best jangan marah yer sebab hanya ingin mencuba huuuhuuu...^-^


"Minum kopi bercawan cawan,
Sambil minum bermain dadu,
Wahai cikgu yang manis rupawan,
Apa ubatnya penghilang rindu...??? "

Rindu itu sebuah anugerah. Yang dirindui juga anugerah. yang sedang merindui itu lebih lebih lagi penganugerahnya. Rindu itu satu nikmat. Nikmat yang membuktikan bahawa hati dan jiwa kita masih lagi hidup. Beruntungnya kamu kerana masih layak untuk menerima dan memberi rasa rindu itu. Tetapi, kepada siapa rindu itu layak untuk diserahkan???? Ianya terpulang pada kita dan bagaimana hendak kita persembahkan.kepada siapa. 

Yang utama perlulah rindukan DIA yang pertama di atas sana, kerana pasti makhluk yang lain lainnya bersedia untuk turut merindui kita. Kenapa boleh jadi begitu??? Kerana hanya DIA yang pemilik rindu dan hanya DIA yang mampu untuk mencampakkan rasa rindu itu kepada sesiapa yang DIA kehendaki. Ubat rindu itu doa. Jadi berdoalah untuk ALLAH. Insyallah, DIA akan sampaikan rindu itu kepada yang dirindui. Rindulah!!! Rindu selagi mampu. Terima Kasih seandainya diri ini antara yang dirindui. Kerana kalian juga turut daku rindukan setiap saat...=)

Amacam kawan2 pandai tak Nikekin berpujangga heehee... =D


5 comments:

  1. Pujangga terbaekkkkk..
    Rindu adalah menambah kasih sayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaahaaaa... thanks akk, x lah akk biasa jer, x hebat a samad said lagi huuhuu...^-^

      Delete
  2. Replies
    1. rindu itu salah satu sifat yg di kurniakan oleh Nya...=)

      Delete
  3. http://hanumsahaja-26.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-dari-negeri.html follow #60

    ReplyDelete

Thankz cz sudi comment....