Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

27 January 2013

Apa ada pada 26 January 1997

Salam Ukhuwah Nikekin ucapkan wat rakan2 blogger sekalian... Mesti terkejut kan baca tajuk Nikekin nie. Tarikh nie memang setiap tahun akan Nikekin ingat sampai bile2 kerana di situ punya 1001 cerita. 

Ibu...Mama...Mak...Umi.. walau apa pun pangilannya maksudnya tetap sama iaitu seorang wanita yang telah melahirkan kita di dunia ini. Pada tarikh inilah iaitu 26 January 1997 ketika Nikekin masih berumur 9 tahun wanita tersebut telah pergi meninggalkan Nikekin serta family untuk selamanya. Sehingga sekarang ini tarikh tersebut menjadi begitu keramat dalam hidup Nikekin. Dia pergi dalam hidup Nikekin buat selamanya tanpa sempat untuk Nikekin membalas segala jasa-jasanya di dunia ini.


Sekarang nie Nikekin rasa rindu sangat dengan dia, tak dapat di gambarkan perasaan itu begitu mencnegkam kalbu ini. Nikekin rindukan gelak tawanya, rindukan masakannya, rindukan nasihatnya dan segalanya tentangnya..... Kadang2 Nikekin cemburu bila orang @ kawan2 bercerita tentang ibu mereka.... Tapi walau bagaimana pun Nikekin bersyukur kerana Nikekin masih lagi mempunyai Ayah yang begitu sayang and mengambil berat tentang diri Nikekin.... Wat kawan di luar sana hargailah ibu anda selagi dia masih ada di dunia ini.... Al-Fatihah wat arwah Mak....

No comments:

Post a Comment

Thankz cz sudi comment....