Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

18 April 2016

Hikayat Fan Club Mira Filzah

Jelinganmu membunuh hatiku ;-)

"Kalau jadi peminat tapi tak tahu sejarah tentang FanClub, anda belum cukup kreteria lagi jadi seorang die hard fans" -AD-

Kenapa tajuk hikayat sebab fefelling cerita dulu-dulu, sebab article ni kan flashback hiihii... Ok masuk feel dulu baru cerita ok. Nama diberi Nur Amirah Filzah Badiozaman  atau lebih dikenali sebagai Mira Filzah nama yang sedang meniti di bibir ramai orang, ialah salah seorang artis baru yang sedang meningkat naik. Pernah memenangi artis baru Anugerah Meletop 2016.


Kenapa Nikekin bukak post berkenaan beliau kerana Nikekin tertarik dengan satu article ini yang bertajuk Kisah Di Sebalik Kelab Peminat Mira Filzah Yang Tidak Diketahui Ramai. Article ni dari blogger Diyana AR ni link blog dia Diara AR. Article nie menceritakan bagaimana tertubuhnya satu FanClub untuk Mira Filzah yang juga lebih dikenali dengan nama "MIRACLE FC" best dan unik nama tu kan. Nikekin suka nama tu sebab Hurm...macam kita nak kan miracle dalam hidup ni hiihii... ;-). Berangan tak sudah...

Berbalik pada cerita tadi, kelab nie baru lagi tak sampai pun setahun lagi dalam dunia hiburan kita tapi siapa sangka dalam FanClub nie ade cerita di sebaliknya. Baru Nikekin tahu tak mudah rupanya sebab mereka terpaksa mengorbankan, masa, perhatian dan juga sumber untuk benar-benar menyokong artis tersebut. Bukan sekadar kata di mulut saya minat artis tu, artis ni tapi tenaga tiada. Mereka ni bukan sekadar di mulut tapi mereka lebih dari itu. Kalau nak tahu cerita di sebaliknya lagi boleh klik link tersebut k. Bukan Nikein x nak cerita lebih tapi kalau cerita lebih dah macam copy paste article blogger lain pulak. Itu bukan Nikekin, sebab Nikekin lebih suka kupas apa yang mereka tulis di samping tolong promote blogger tu hiihii...

Selepas baca article tu,walaupun Nikekin tak kenal insan-insan di belakang FanClub ni tapi satu yang Nikekin respect tentang diorang, always promote orang ramai untuk undi Mira Filzah ni dalam top5 ABPBH dan APO lagi-lagi dalam instagram. Respect you all....  Cop..cop macam mana pulak boleh masuk pasal instagram ini....hurm... sebabnya kannn..kannn.... Nikekin agak active dalam instagram...(saja nak bagitahu) Jujurnya Nikekin sebenarnya tak berapa kenal dengan Mira Filzah nie,(maafkan saya akak comei) tapi lepas cerita Cinta Si Weeding Planner trending dan Nikekin terjatuh cinta pulak dengan heroin cerita nie.

Dijadikan cerita Nikekin google lah page Mira Filzah ni dalam duk godek-godek terjumpa pulak page @mira_sengal dan terjatuh cinta pulak dengan pic-pic dalam tu. Page instagram yang menjadi favourite Nikekin instagram @tikusdonut, @itiksengal @spec.mf @hot_urban @mf.semut.colony serta macam2 semut korang akan jumpa dalam instagram nie. Dorang nie semua peminat setia Mira Filzah. Semua perkembangan Mira dorang akan update. (nikekin suka instagram dorang sebab nama2 dorang pelik-pelik dan pic-pic yang dorang share unik, serta funny hiihii)  Boleh hilang stress kalau layan ;-)

Hurm... macam mana Nikekin boleh tahu pasal semua nie yer.....(fikir jap) 
Sebenarnya kan...sebenarnya Nikekin adalah salah sorang peminat Mira gak tapi hanya support dari jauh jer(muka tersipu malu) Antara bakat lakonan Mira yang pernah Nikekin tengok of course Cinta si weeding planner, selain tu Din Sardin, Abang Beduk, Experimen Cinta, Dia Untukku dan MV Janjiku. Tu semua yang dah kuar tv lah. Yang bakal menemui peminat pulak seban tengah ontheway seperti CINTA SI WEEDING PLANNER RAYA, KETUPAT PALAS MR HANDSOME, MEH SANDAR PADA AKU, TIKA LANGIT TERBUKA, dan banyak lagi.... Jangan lupe support #LadyBossMF okey

p/s: Nikekin doakan semoga Mira Filzah berjaya dalam apa jua kerjaya yang dia ceburi serta dalam business (Moraessential, Mf.shawls) serta kuat dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang. Aaminn... Happy success Mira Filzah, May Allah bless you always. Untuk ABPBH & APO insyallah jika rezeki Mira dapat anugerah tu. Good Luck (jangan risau nikekin undi #LadyBossMF dalam online) 

Ok lah stop jap banyak pulak Nikekin bebel ni. For Mira otomen i like your instagram, teruskan post pic2 yang comel lagi yew (peace atas sambil bunyi cicak) ;-)

15 April 2016

Murid aku tak pandai??


بسم اللہ الرحمن الرحیم
Kenapa MURID  aku tak pandai
Kenapa MURID aku degil

Kenapa MURID aku tak jd spt yg aku nak
..MURID2 buah hati kita. Jangan bandingkan di antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.

..MURID baik, MURID cerdik; cuma ujian. ALLAH nak tengok kita demand ke tidak, ltk syarat ke tidak, kerja kuat ke tidak, sabar ke tidak.

..MURID2 biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah ALLAH. Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka ASBAB kita masuk syurga. Tak perlu kecewa hasil kita tak seberapa. Mana tahu kalau asyik cemerlang, kita riak menjaja bangga.

..MURID yang biasa2 ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan kerjaya & rencahnya. Jangan lukai hati MURID kita. Terimalah pemberian ALLAH dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.

..MURID2 kita mentah, jiwa mereka rapuh. Yang salah kita, terlebih menghukum dr membina. Terlebih menyumpah dr  membimbing. Terlebih marah dr nasihat. Terimalah mereka penuh amanah.

..MURID2 ini dipinjamkan buat kita untuk dijadikan ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan MURID2 kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi CIKGU..... belajarlah malu pada ALLAH, DIA yang sebegitu hebat tak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.

..MURID2 kita juga punya hati dan jiwa. Mana tahu ada yang kita tak beri penuh perhatian akan ingat kita sampai tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.
Jangan berhenti untuk menjadi CIKGU yang berilmu dan cemerlang!
..............
Kata2 indah utk renungan...
Untuk renungan diriku dan kkwan...jgn mudah melabel prestasi murid tanpa usaha dr kita..
-note karangan dari my sister kerjaya seorang guru-

09 January 2016

Menanti itu menyakitkan

Dia cekal hatinya, ditinggalkan dan masih menanti. 
Pabila ditanya alasan, dia terdiam.

Dikatanya sayang kenangan lama.


Bohong!


Yang dia sayang jujurnya insan itu,
 walau insan itu banyak nakalnya.
Tapi dia,masih beri ruang. 

Dalam diam, masih mengharap.
Segala suara dan nota di simpan rapi.
Betapa naif dia.

 Masih mengharap indahnya dulu bisa kembali.
Dia kata dia nak mula semula, tapi hatinya enggan.


Tidak mengapa beri dia ruang dan masa. Jika dia betul sedia, 
dia akan cuba semula. 


Ini perjuangan dia, dia tahu apa yang dia betul mahu.
Jangan paksa. Dia hanya perlu masa.

17 December 2015

Aku kah yang Bersalah??

Sejak peristiwa itu seorang insan telah lemah sehingga menjejaskan kesihatannya. Maka adakah aku penyebab semua ini?? Aku kah yang bersalah dalam hal ini?? Aku kah??

Jauh di sudut hati memang ingin menziarahi tapi hati ini lemah tidak berdaya. Akhirnya berita ini sampai ke telinga teman rapatku jua akak. Semua memujuk aku untuk meluangkan masa sedikit bagi menziarahinya. Namun hati ini seakan beku untuk seketika. Maka senyap adalah jalan untuk diri ini. Biarlah apa jua tanggapan mereka aku hanya mampu mendoakan dari jauh. Aku masih belum kuat untuk menghadapi semua ini.

Tapi bila hati ini sudah bersedia, berita lain pula muncul. Insan itu disahkan semakin lemah sehingga telah di masukkan ke dalam hospital. Seperti luruh jantung ini mendengarnya. Satu keputusan drastik telah di buat petang itu jua aku harus menemuinya. Maka hari itu sekali lagi aku menemui semua insan itu dan tidak terkecuali....... 

Tika terlihat susuk tubuhnya hati terasa seperti berderau, air mata seperti berlumba lumba untuk keluar.. Perasaan tika itu sukar untuk di gambarkan. Hati sangat terkilan tika dia mennyedari diri ini dan mula memalingkan mukanya. Terasa seperti ingin sahaja aku berlari keluar dan lari dari semua itu. Dada sepertinya ingin pecah menahan sebak yang semakin menggunung, namun bila melihat sekujur tubuh yang berbaring lemah di katil hospital hati cube di kuatkan untuk menghampirinya. Cuba menahan diri dan menguatkan diri untuk menghadapinya.

Namun seketika sampai di dalam kereta maka aku terduduk lemah kembali. Tiada daya untuk menghadapinya kembali, akhirnya terpaksa jua aku melepaskan semuanya seketika. Cuba kembali mencari sisa sisa kekuatan yang masih ada untuk meneruskan langkah kaki ini. 

Ya Allah sangat berat UjianMu ini, berilah aku kekuatan untuk menghadapinya. Berilah aku keyakinan untuk menerukan langkah kaki ini. Aku hanya Insan yang tidak berdaya di sisiMu. Berilah jua kekuatan dan kesihatan buat Insan itu, sedih melihatnya lemah tidak berdaya. Maafkan aku jika aku yang menyebabkan dia lemah begitu. Maafkan aku....


09 December 2015

Aku yang tersakiti

Sakit... Perit... Terluka... Perasaan yang tidak boleh aku kawal. Ia datang tika aku diuji dengan pelbagai ujian. Hampir sahaja aku rebah.. hampir sahaja aku hilang pedoman. Namun sakit di dada ni tak siapa yang tahu. Dada bagai nak pecah, air mata sepertinya tidak mahu untuk berhenti, mimpi ngeri seringnya menhantui tidur malam, rutin harian yang kacau bilau?? Pernah jua bicara dibibir mempersoalkan tentang dugaan ini?? Kenapa aku?? Kenapa sumua ni berlaku?? Kenapa aku diuji sebegini teruk?? Di mana keadilan nya?? Apa yang masih kurang diri ini sehingga aku diuji sebegini hebat?? 

Aku yang perlu menghadapi semua ini. Aku seorang diri. Menghadapi persoalan demi persoalan dari kaum keluarga. Tuduhan sinis dari adik beradik dan kata nista dari seorang insan. Pandangan sinis dari masyarakat dan rakan sekerja. Kenapa aku yang dipilih untuk menghadapi semua ini?? Kenapa AKU??

Melarikan diri dari semua ini?? Adakah lebih baik @ aku nie pengecut untuk menghadapi reality. Sampai bile aku harus melarikan diri dari sebuah reality ini. Jadi aku memilih untuk menempuhinya walau aku jua insan yang lemah. Namun jika hati ini tidak boleh lagi bertahan maka kaki ini akan melangkah pergi dari semuanya. 

Sampai bila semua ini akan berakhir. Sampai bila rasa sakit ini akan sembuh. Sampai bila aku menjadi mayat hidup dalam dunia ini. Hanya meneruskan perjalanan kaki tanpa tujuan tanpa arah tanpa rasa. Hanya menjalani rutin harian seperti biasa. Aku x tahu sampai bila diri ini bisa bertahan dengan semua ini??

Terkilan... sakit hati... sedih... terluka semua menjadi satu kerana beban yang satu ini masih lagi bersisa. Biarlah hanya aku dan Tuhan sahaja yang tahu. Thanks sebab pernah hadir dan pernah membahagiakan diri ini walau hanya seketika dan mengajar diri ini erti sebenar sebuah kehidupan. Walau macam mana jua pun kaki terpaksa jua melangkah walau terpaksa di heret untuk memulakan sisa hidup yang x tahu bila akan tamat. 

Walau tersungkur berkali kali aku akan terus melangkah. Buat family maafkan aku kerana melukakan hati kalian. Buat rakan jua sahabat terima kasih atas doa jua sokongan yang di berikan. Akak... thanks sooo much sebab sentiasa disisi adikmu ini tika jatuh dan kata2 semangat yang telah diberikan. Kaulah ibu teman jua sahabat dan insan teristimewa buat diri ini. Tak kan aku lupa segala jasa dan pengorbanan mu ini.

Insyallah akan akan cuba bangkit dari kesukaran keperitan ini. Doa dari kalian semua akan aku jadikan sandaran buat diri ini. Moga ada sinar buat diri ini dihujung perjalanan nanti. Untuk Dia yang punya tempat paling istimewa di hati ini... aku akan cuba maafkan segala salah dan silapmu, moga dikau temui kebahagiaan yang di cari aminn. Buat family Dia insyallah ukhuwah ini akan terus berkekalah selagi kamu sudi menerima diri ini. Untuk Dia maafkan salah dan silap aku zahir dan batin. Jua buat Family maafkan segala keterlanjuran diri ini selama ini. 


Maafkan aku. Aku hanya insan biasa.......