Sakit... Perit... Terluka... Perasaan yang tidak boleh aku kawal. Ia datang tika aku diuji dengan pelbagai ujian. Hampir sahaja aku rebah.. hampir sahaja aku hilang pedoman. Namun sakit di dada ni tak siapa yang tahu. Dada bagai nak pecah, air mata sepertinya tidak mahu untuk berhenti, mimpi ngeri seringnya menhantui tidur malam, rutin harian yang kacau bilau?? Pernah jua bicara dibibir mempersoalkan tentang dugaan ini?? Kenapa aku?? Kenapa sumua ni berlaku?? Kenapa aku diuji sebegini teruk?? Di mana keadilan nya?? Apa yang masih kurang diri ini sehingga aku diuji sebegini hebat??
Aku yang perlu menghadapi semua ini. Aku seorang diri. Menghadapi persoalan demi persoalan dari kaum keluarga. Tuduhan sinis dari adik beradik dan kata nista dari seorang insan. Pandangan sinis dari masyarakat dan rakan sekerja. Kenapa aku yang dipilih untuk menghadapi semua ini?? Kenapa AKU??
Melarikan diri dari semua ini?? Adakah lebih baik @ aku nie pengecut untuk menghadapi reality. Sampai bile aku harus melarikan diri dari sebuah reality ini. Jadi aku memilih untuk menempuhinya walau aku jua insan yang lemah. Namun jika hati ini tidak boleh lagi bertahan maka kaki ini akan melangkah pergi dari semuanya.
Sampai bila semua ini akan berakhir. Sampai bila rasa sakit ini akan sembuh. Sampai bila aku menjadi mayat hidup dalam dunia ini. Hanya meneruskan perjalanan kaki tanpa tujuan tanpa arah tanpa rasa. Hanya menjalani rutin harian seperti biasa. Aku x tahu sampai bila diri ini bisa bertahan dengan semua ini??
Terkilan... sakit hati... sedih... terluka semua menjadi satu kerana beban yang satu ini masih lagi bersisa. Biarlah hanya aku dan Tuhan sahaja yang tahu. Thanks sebab pernah hadir dan pernah membahagiakan diri ini walau hanya seketika dan mengajar diri ini erti sebenar sebuah kehidupan. Walau macam mana jua pun kaki terpaksa jua melangkah walau terpaksa di heret untuk memulakan sisa hidup yang x tahu bila akan tamat.
Walau tersungkur berkali kali aku akan terus melangkah. Buat family maafkan aku kerana melukakan hati kalian. Buat rakan jua sahabat terima kasih atas doa jua sokongan yang di berikan. Akak... thanks sooo much sebab sentiasa disisi adikmu ini tika jatuh dan kata2 semangat yang telah diberikan. Kaulah ibu teman jua sahabat dan insan teristimewa buat diri ini. Tak kan aku lupa segala jasa dan pengorbanan mu ini.
Insyallah akan akan cuba bangkit dari kesukaran keperitan ini. Doa dari kalian semua akan aku jadikan sandaran buat diri ini. Moga ada sinar buat diri ini dihujung perjalanan nanti. Untuk Dia yang punya tempat paling istimewa di hati ini... aku akan cuba maafkan segala salah dan silapmu, moga dikau temui kebahagiaan yang di cari aminn. Buat family Dia insyallah ukhuwah ini akan terus berkekalah selagi kamu sudi menerima diri ini. Untuk Dia maafkan salah dan silap aku zahir dan batin. Jua buat Family maafkan segala keterlanjuran diri ini selama ini.
Maafkan aku. Aku hanya insan biasa.......
No comments:
Post a Comment
Thankz cz sudi comment....