Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

17 December 2015

Aku kah yang Bersalah??

Sejak peristiwa itu seorang insan telah lemah sehingga menjejaskan kesihatannya. Maka adakah aku penyebab semua ini?? Aku kah yang bersalah dalam hal ini?? Aku kah??

Jauh di sudut hati memang ingin menziarahi tapi hati ini lemah tidak berdaya. Akhirnya berita ini sampai ke telinga teman rapatku jua akak. Semua memujuk aku untuk meluangkan masa sedikit bagi menziarahinya. Namun hati ini seakan beku untuk seketika. Maka senyap adalah jalan untuk diri ini. Biarlah apa jua tanggapan mereka aku hanya mampu mendoakan dari jauh. Aku masih belum kuat untuk menghadapi semua ini.

Tapi bila hati ini sudah bersedia, berita lain pula muncul. Insan itu disahkan semakin lemah sehingga telah di masukkan ke dalam hospital. Seperti luruh jantung ini mendengarnya. Satu keputusan drastik telah di buat petang itu jua aku harus menemuinya. Maka hari itu sekali lagi aku menemui semua insan itu dan tidak terkecuali....... 

Tika terlihat susuk tubuhnya hati terasa seperti berderau, air mata seperti berlumba lumba untuk keluar.. Perasaan tika itu sukar untuk di gambarkan. Hati sangat terkilan tika dia mennyedari diri ini dan mula memalingkan mukanya. Terasa seperti ingin sahaja aku berlari keluar dan lari dari semua itu. Dada sepertinya ingin pecah menahan sebak yang semakin menggunung, namun bila melihat sekujur tubuh yang berbaring lemah di katil hospital hati cube di kuatkan untuk menghampirinya. Cuba menahan diri dan menguatkan diri untuk menghadapinya.

Namun seketika sampai di dalam kereta maka aku terduduk lemah kembali. Tiada daya untuk menghadapinya kembali, akhirnya terpaksa jua aku melepaskan semuanya seketika. Cuba kembali mencari sisa sisa kekuatan yang masih ada untuk meneruskan langkah kaki ini. 

Ya Allah sangat berat UjianMu ini, berilah aku kekuatan untuk menghadapinya. Berilah aku keyakinan untuk menerukan langkah kaki ini. Aku hanya Insan yang tidak berdaya di sisiMu. Berilah jua kekuatan dan kesihatan buat Insan itu, sedih melihatnya lemah tidak berdaya. Maafkan aku jika aku yang menyebabkan dia lemah begitu. Maafkan aku....


No comments:

Post a Comment

Thankz cz sudi comment....