Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

18 April 2016

Hikayat Fan Club Mira Filzah

Jelinganmu membunuh hatiku ;-)

"Kalau jadi peminat tapi tak tahu sejarah tentang FanClub, anda belum cukup kreteria lagi jadi seorang die hard fans" -AD-

Kenapa tajuk hikayat sebab fefelling cerita dulu-dulu, sebab article ni kan flashback hiihii... Ok masuk feel dulu baru cerita ok. Nama diberi Nur Amirah Filzah Badiozaman  atau lebih dikenali sebagai Mira Filzah nama yang sedang meniti di bibir ramai orang, ialah salah seorang artis baru yang sedang meningkat naik. Pernah memenangi artis baru Anugerah Meletop 2016.


Kenapa Nikekin bukak post berkenaan beliau kerana Nikekin tertarik dengan satu article ini yang bertajuk Kisah Di Sebalik Kelab Peminat Mira Filzah Yang Tidak Diketahui Ramai. Article ni dari blogger Diyana AR ni link blog dia Diara AR. Article nie menceritakan bagaimana tertubuhnya satu FanClub untuk Mira Filzah yang juga lebih dikenali dengan nama "MIRACLE FC" best dan unik nama tu kan. Nikekin suka nama tu sebab Hurm...macam kita nak kan miracle dalam hidup ni hiihii... ;-). Berangan tak sudah...

Berbalik pada cerita tadi, kelab nie baru lagi tak sampai pun setahun lagi dalam dunia hiburan kita tapi siapa sangka dalam FanClub nie ade cerita di sebaliknya. Baru Nikekin tahu tak mudah rupanya sebab mereka terpaksa mengorbankan, masa, perhatian dan juga sumber untuk benar-benar menyokong artis tersebut. Bukan sekadar kata di mulut saya minat artis tu, artis ni tapi tenaga tiada. Mereka ni bukan sekadar di mulut tapi mereka lebih dari itu. Kalau nak tahu cerita di sebaliknya lagi boleh klik link tersebut k. Bukan Nikein x nak cerita lebih tapi kalau cerita lebih dah macam copy paste article blogger lain pulak. Itu bukan Nikekin, sebab Nikekin lebih suka kupas apa yang mereka tulis di samping tolong promote blogger tu hiihii...

Selepas baca article tu,walaupun Nikekin tak kenal insan-insan di belakang FanClub ni tapi satu yang Nikekin respect tentang diorang, always promote orang ramai untuk undi Mira Filzah ni dalam top5 ABPBH dan APO lagi-lagi dalam instagram. Respect you all....  Cop..cop macam mana pulak boleh masuk pasal instagram ini....hurm... sebabnya kannn..kannn.... Nikekin agak active dalam instagram...(saja nak bagitahu) Jujurnya Nikekin sebenarnya tak berapa kenal dengan Mira Filzah nie,(maafkan saya akak comei) tapi lepas cerita Cinta Si Weeding Planner trending dan Nikekin terjatuh cinta pulak dengan heroin cerita nie.

Dijadikan cerita Nikekin google lah page Mira Filzah ni dalam duk godek-godek terjumpa pulak page @mira_sengal dan terjatuh cinta pulak dengan pic-pic dalam tu. Page instagram yang menjadi favourite Nikekin instagram @tikusdonut, @itiksengal @spec.mf @hot_urban @mf.semut.colony serta macam2 semut korang akan jumpa dalam instagram nie. Dorang nie semua peminat setia Mira Filzah. Semua perkembangan Mira dorang akan update. (nikekin suka instagram dorang sebab nama2 dorang pelik-pelik dan pic-pic yang dorang share unik, serta funny hiihii)  Boleh hilang stress kalau layan ;-)

Hurm... macam mana Nikekin boleh tahu pasal semua nie yer.....(fikir jap) 
Sebenarnya kan...sebenarnya Nikekin adalah salah sorang peminat Mira gak tapi hanya support dari jauh jer(muka tersipu malu) Antara bakat lakonan Mira yang pernah Nikekin tengok of course Cinta si weeding planner, selain tu Din Sardin, Abang Beduk, Experimen Cinta, Dia Untukku dan MV Janjiku. Tu semua yang dah kuar tv lah. Yang bakal menemui peminat pulak seban tengah ontheway seperti CINTA SI WEEDING PLANNER RAYA, KETUPAT PALAS MR HANDSOME, MEH SANDAR PADA AKU, TIKA LANGIT TERBUKA, dan banyak lagi.... Jangan lupe support #LadyBossMF okey

p/s: Nikekin doakan semoga Mira Filzah berjaya dalam apa jua kerjaya yang dia ceburi serta dalam business (Moraessential, Mf.shawls) serta kuat dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang. Aaminn... Happy success Mira Filzah, May Allah bless you always. Untuk ABPBH & APO insyallah jika rezeki Mira dapat anugerah tu. Good Luck (jangan risau nikekin undi #LadyBossMF dalam online) 

Ok lah stop jap banyak pulak Nikekin bebel ni. For Mira otomen i like your instagram, teruskan post pic2 yang comel lagi yew (peace atas sambil bunyi cicak) ;-)

No comments:

Post a Comment

Thankz cz sudi comment....