Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

19 August 2015

TeRus BeRdIrI AkU DaLaM KeGeLaPaN....


Ost Syurga Nur



Terus berdiri aku dalam kegelapan 
Dimana ku cari jalan cintaku 
Apa masih ada lagi

Terus bertemu kita dalam kegelapan 
Dimana hendak ku berselindung 
Ada cinta atau hati ini 

Aku ingin kau merasakannya 
Aku ingin kau mendengarkannya 
Sukar untuk ku tinggal kerna semua dah jadi 
Dalam cinta 

Aku ingin kau mengerti lagi 
Aku ingin kau seperti dulu 
Selami hati ini jangan biarkan aku 
Keseorangan kasih.. Ohh.. 
Kasih.. Ohh..

Aku ingin kau merasakannya 
Aku ingin kau mendengarkannya 
Sukar untukku tinggal kerna semua dah jadi 
Dalam cinta 

Aku ingin kau seperti dulu 
Aku ingin kau mengerti lagi 
Selami hati ini jangan biarkan aku 
Keseorangan kasih

Kembalikan cintaku dalam ketenangan 
Agar aku dalam dakapanmu 
Jangan tinggal ku sendiri 
Dalam cinta - Dalam cinta

14 August 2015

Penghujung Raya

Raya oh Raya, hanya tinggal beberapa hari sahaja syawal akan melabuhkan tirainya. Sedar tak sedar masa begitu cepat berlalu. Kalau syawal yang lepas aku berhari raya buat pertama kalinya bersama seorang insan yang bergelar suami.  Terasa sangat bermakna syawal itu, Masih terasa lagi keseronokan yang kami kongsi bersama sama dalam menyiapkan persiapan raya. Sangat sangat bermakna syawal itu.

Syawal tahun ini aku diuji dengan sesuatu yang tanpa aku sangka dan jangka. Tapi jauh di sudut hati aku masih harus bersyukur kerana aku masih di beri peluang untuk berjumpa dengan bulan ramadhan dan syawal dengan besederhana. Aku cuba untuk meneruskan langkah kaki yang hampir rebah ke bumi, kerana aku yakin semua ini adalah takdir serta suratan darimu. Walau kadang kala aku seperti ingin lari dari semua ini. 

Aku bersyukur kerana masih di kurniakan rakan serta family yang banyak memberi sokongan buat diri ini. Aku hanya insan yang lemah penuh dengan nafsu, begitu sukar untuk aku mengawalnya. Akal yang kadang kala tidak sekata dengan hati, terasa hampir gila menghadapi semua ini. Begitu berat ujian ini kurasakan. 

Kuatkan aku Ya Allah.... Bimbinglah aku Ya Allah...
Redhakan aku menhadapi dugaan mu ini Ya Allah...

12 August 2015

Berdayakah aku

Tidak berdaya utk kaki melangkah. Terasa hilang sudah tulang2 utk menampung badan ini. Kekuatan seperti hilang di bawa arus. Jadi kemana harus ku cari sisa2 kuatan i2. Aku tahu aku perlu meneruskan langkah, tapi di kekuatan itu?? Di mana nak ku cari sisa kekuatan yg tinggal kerana ia telah hilang di bawa arus.  Ya allah berilah aku kekuatan walau hanya sedetik untuk aku meneruskan langkah kaki yang masih lagi jauh. Jangan lah kau palingkan aku darimu. Aku tahu berapa ramai yang hanyut kerana musibah sedikit yang kau turunkan. Aku tidak mshu menjadi antra salah seorang dr mereka..

30 July 2015

Cinta Paling Agung 2015






Cinta satu istilah yang terlalu klimiks dan pelbagai. Terlalu banyak definasi cinta dalam konteks dunia penulisan. Kalau tak percaya boleh try "En Google" ok hiihii... Baru2 top sebuah movie yang telah menjadi viral di dalam dunia maya seiring kemunculannya pada hari lebaran baru2 ni. Nikekin ni jarang layan movie cintan cintun ni tp... Bile baca satu article dalam blog nie rasa mata masuk habuk plak huuhuu... Boleh joint baca kalau nak tahu masuk habuk ker tak hahahaha.


So di sebabkan article nie Nikekin pun cari lah movie nie, layan..... Cerita memang terbaik Nikekin bagi 4 bintang. Banyak message yang berguna dalam movie nie. Sesuai di tonton oleh suami isteri yang baru berkahwin atau dah lama. 

Nikekin malas nak type dan ulas panjang2. So kalau nak tahu layan lah movie ni okey...
peace yo.... :)

29 July 2015

Kenapa Setia??


Salam ukhuwah fillah.
Selamat Hari raya my friends. Pernah dengan setia?? Mestilah kan lagi2 utk orang2 yang kaki cintan cintun ni. Tahukah anda orang yang setia ni susah kita nak jumpa tapi awas kerana apa......
Sambung baca seterusnya okey....


Hati orang yang setia ni lain... Dia akan setia... Menunggu...dan Bersabar  . Dia Luka, Sakit sekalipun, dia akan tetap bertahan, Sentiasa mengalah. Tak kisah walaupun nampak macam orang Bodoh, asalkan dapat bersama dengan yang Tersayang.




Akan Tetapi...
Kena ingat, Kesabaran dia ada Had. Kalau betul-betul dia dah penat, Hati dia akan jagi KERAS. Cubalah rayu macam mana sekalipun. Dia akan tetap dengan Pendirian dia.


Bersyukurlah jika dirimu dikurniakan teman yang setia. Sebenarnya dia bukan BODOH. Tapi sentiasa Ingin menjaga dikau. Dia bukan tak laku, Tapi dia simpan Hati dia untuk kau seorang....


Maka bersyukur dan hargailah sesiapa yang sudah bertemunya. Pada yang belum boleh mencuba okey dan pada yang dan terkena kerana mempersiakannya Nikekin minta ampun x dapat dek nak tolong hiihii... peace yoo..