Raya oh Raya, hanya tinggal beberapa hari sahaja syawal akan melabuhkan tirainya. Sedar tak sedar masa begitu cepat berlalu. Kalau syawal yang lepas aku berhari raya buat pertama kalinya bersama seorang insan yang bergelar suami. Terasa sangat bermakna syawal itu, Masih terasa lagi keseronokan yang kami kongsi bersama sama dalam menyiapkan persiapan raya. Sangat sangat bermakna syawal itu.
Syawal tahun ini aku diuji dengan sesuatu yang tanpa aku sangka dan jangka. Tapi jauh di sudut hati aku masih harus bersyukur kerana aku masih di beri peluang untuk berjumpa dengan bulan ramadhan dan syawal dengan besederhana. Aku cuba untuk meneruskan langkah kaki yang hampir rebah ke bumi, kerana aku yakin semua ini adalah takdir serta suratan darimu. Walau kadang kala aku seperti ingin lari dari semua ini.
Aku bersyukur kerana masih di kurniakan rakan serta family yang banyak memberi sokongan buat diri ini. Aku hanya insan yang lemah penuh dengan nafsu, begitu sukar untuk aku mengawalnya. Akal yang kadang kala tidak sekata dengan hati, terasa hampir gila menghadapi semua ini. Begitu berat ujian ini kurasakan.
Kuatkan aku Ya Allah.... Bimbinglah aku Ya Allah...
Redhakan aku menhadapi dugaan mu ini Ya Allah...
No comments:
Post a Comment
Thankz cz sudi comment....