Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....
My friends...
24 August 2015
22 August 2015
InSpIrAsI PaGi
Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan.
Yang ikhlas dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari.
Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian.
Namun yang lebih susah mempertahankan yang sudah ada,
Kerana walaupun tergenggam bisa terlepas jua..
Ingatlah kata pepatah
"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai,
maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini.."
Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif,
Rumah mewah bagai istana,
Harta benda yang tidak terhitung,
Kedudukan dan jabatan yang luar biasa,
Namun....
Ketika nafas terakhir tiba,
sebatang jarumpun tidak dapat dibawa pergi,
Sehelai benang pun tidak dapat dimiliki
Apa lagi yang mahu di perebutkan??
Apa lagi yang mahu di sombongkan??
Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani,
Jangan terlalu menilai
Jangan hanya mahu menang sendiri
Jangan suka sakiti sesama sendiri
Jua terhadap mereka yang berjasa bagi kita....
Belajarlah....
tiada hari tanpa kasih,
Selalu berlapang dada dan rendah hati,
Hidup ceria bebas berleluasa,
Tidak ada yang tidak dapat di ikhlaskan
Tidak ada sakit yang tidak dapat di maafkan..
Tidak ada dendan yang tidak dapat terhapus...
Jalani hidup ini dengan segala sifat positif yang kita miliki...
SELAMAT PAGI
S - Sebelum
E - Engkau
L - Lakukan segala
A - Aktivity mu
M - Mintalah
A - Allah untuk
T - Turut bersamamu
KERANA
P - Pada DIA
A - Ada kekuatan
G - Ghairah serta sukacita yang
I - Indah dan luar biasa...
SeLaMaT pAgI ;)
Bila Ayah Bercerita
Selamat di buai mimpi pada yang dah pun lena dan buat2 lah tidor pada yang masih berjaga tu yer. Nikekin x boleh tidor plak malam ni. Tiba2 teringat cerita my dad tadi...Balik keje tadi singgah umah my lovely dad. Tiba2 dapat plak cerita tentang Nikekin...
Ceritera bermula pada satu kawasan yang tidak diketahui. Kami 5 beradik bermain layang2 di satu kawasan padang yang sangat luas bersama ayah. Nikekin seperti biasa yang terkenal dengan lasaknya, merayap berlari kehulur kehilir tanpa penat. Puas ayah nasihat tapi Nikekin langsung x mendengar kata.
Lama kelamaan ayah penat dan berehat di bawah pokok yang rendang. Tapi baru seketika datang seorang lelaki tua yang meminta izin ayah untuk mengambil Nikekin tetapi ayah tidak membenarkannya.
Ayah bertegang urat dan hampir bertumbuk berkaitan perkara tersebut sehingga lah ayah terjaga. Rupa2 nya ayah hanya bermimpi. Di sebabkan perkara tersebutlah along call Nikekin untuk balik sebab dia cakap ayah rindu Nikekin sampi mimpi2 sebut nama.
Haaa.. korg mesti ingat Nikekin ni jahat kan sebab x selalu balik jenguk parents. Untuk pengetahuan last week Nikekin baru balik jumpa ayah k. Tapi x sangka sampi mimpi2 ayah dekat Nikekin.
Nak tahu 1 secret, sebenarnya kan.... sebenarnya... Nikekin memang manja dengan ayah, Nikekin x malu pun untuk mengaku sebab Ayah adalah lelaki terbaik dan terhebat dalam hidup Nikekin. Love my dad so much.
19 August 2015
TeRus BeRdIrI AkU DaLaM KeGeLaPaN....
Ost Syurga Nur
Terus berdiri aku dalam kegelapan
Dimana ku cari jalan cintaku
Apa masih ada lagi
Terus bertemu kita dalam kegelapan
Dimana hendak ku berselindung
Ada cinta atau hati ini
Aku ingin kau merasakannya
Aku ingin kau mendengarkannya
Sukar untuk ku tinggal kerna semua dah jadi
Dalam cinta
Aku ingin kau mengerti lagi
Aku ingin kau seperti dulu
Selami hati ini jangan biarkan aku
Keseorangan kasih.. Ohh..
Kasih.. Ohh..
Aku ingin kau merasakannya
Aku ingin kau mendengarkannya
Sukar untukku tinggal kerna semua dah jadi
Dalam cinta
Aku ingin kau seperti dulu
Aku ingin kau mengerti lagi
Selami hati ini jangan biarkan aku
Keseorangan kasih
Kembalikan cintaku dalam ketenangan
Agar aku dalam dakapanmu
Jangan tinggal ku sendiri
Dalam cinta - Dalam cinta
14 August 2015
Penghujung Raya
Raya oh Raya, hanya tinggal beberapa hari sahaja syawal akan melabuhkan tirainya. Sedar tak sedar masa begitu cepat berlalu. Kalau syawal yang lepas aku berhari raya buat pertama kalinya bersama seorang insan yang bergelar suami. Terasa sangat bermakna syawal itu, Masih terasa lagi keseronokan yang kami kongsi bersama sama dalam menyiapkan persiapan raya. Sangat sangat bermakna syawal itu.
Syawal tahun ini aku diuji dengan sesuatu yang tanpa aku sangka dan jangka. Tapi jauh di sudut hati aku masih harus bersyukur kerana aku masih di beri peluang untuk berjumpa dengan bulan ramadhan dan syawal dengan besederhana. Aku cuba untuk meneruskan langkah kaki yang hampir rebah ke bumi, kerana aku yakin semua ini adalah takdir serta suratan darimu. Walau kadang kala aku seperti ingin lari dari semua ini.
Aku bersyukur kerana masih di kurniakan rakan serta family yang banyak memberi sokongan buat diri ini. Aku hanya insan yang lemah penuh dengan nafsu, begitu sukar untuk aku mengawalnya. Akal yang kadang kala tidak sekata dengan hati, terasa hampir gila menghadapi semua ini. Begitu berat ujian ini kurasakan.
Kuatkan aku Ya Allah.... Bimbinglah aku Ya Allah...
Redhakan aku menhadapi dugaan mu ini Ya Allah...
12 August 2015
Berdayakah aku
Tidak berdaya utk kaki melangkah. Terasa hilang sudah tulang2 utk menampung badan ini. Kekuatan seperti hilang di bawa arus. Jadi kemana harus ku cari sisa2 kuatan i2. Aku tahu aku perlu meneruskan langkah, tapi di kekuatan itu?? Di mana nak ku cari sisa kekuatan yg tinggal kerana ia telah hilang di bawa arus. Ya allah berilah aku kekuatan walau hanya sedetik untuk aku meneruskan langkah kaki yang masih lagi jauh. Jangan lah kau palingkan aku darimu. Aku tahu berapa ramai yang hanyut kerana musibah sedikit yang kau turunkan. Aku tidak mshu menjadi antra salah seorang dr mereka..
Subscribe to:
Posts (Atom)