Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

27 July 2015

Percayalah

☝️ BUAT YG SEDANG, PERNAH & AKAN KECEWA. Rilek2 sudaaaa. ALLAH kan ada. Kuatkan semangat & bergantunglah hanya pada DIA

-Soalan : Kenapalah aku diuji sebegini?

Surah al-Ankabut ayat 2-3 : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2 yg benar , dan sesungguhnya DIA mengetahui orang2 yg berdusta."

Huraian:
Setiap ujian yang ditimpakan oleh ALLLAH S.W.T. kepada para hamba-Nya sebenarnya Dia ingin mengurniakan sesuatu ganjaran yang lebih besar dan lebih baik. ALLAH S.W.T. akan menghapuskan dosa-dosanya dan memberi ganjaran pahala yang besar. Di hari akhirat nanti tidak ada balasan yang lebih baik melainkan mendapat balasan syurga.

-Soalan : Kenapalah aku tidak dapat apa yang aku inginkan?

Surah al-Baqarah ayat 216 : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".

Huraian:
Sseungguhnya sesuatu perkara itu hakikat sebenarnya ALLAH Maha Mengetahui. Baik atau buruk sesuatu perkara itu ianya adalah di dalam ilmu ALLAH. Yakinilah jika sesuatu doa atau hajat tidak ditunaikan-Nya ada sesuatu yang lebih baik akan diberi ALLAH S.W.T. sebagai penganti apa yang kita hajatkan. Jika tidak dapat di dunia, nanti di hari akhirat Dia akan memberkannya kepada kita, oleh itu berbaik sangkalah kepada-Nya.

-Soalan : Kenapa ujian seberat begini?

Surah al-Baqarah ayat 286 : "ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".

Huraian:
ALLAH S.W.T. Maha Mengetahui kemampuan kita sebagai hamba-Nya yang kerdil, oleh itu apa sahaja yang berlaku keatas diri kita sebenarnya masih dibawah kemampuan kita untuk menghadapinya. Anggaplah sesuatu ujian itu dengan fikiran yang positif dan cubalah renungkan bahawa terdapat orang lain yang lebih berat menghadapi ujian daripada kita maka dengan itu akan terasa beban yang ditanggung akan menjadi lebih ringan.

B#MuhasabahDiri

22 June 2015

MiStErI sEbUaH kEhIdUpAn



Hidup ini memang penuh misteri. Manusia sentiasa mencari apa yg x ada. Dlm masa yg sama x nmpk apa yg ade di dpn mata. Sesaat dunia ni di rasakan miliknya. Namun kemudian ingin di buang saja. Mengharap pd yg mustahil. Yg mgkn dibiarkan entah kemana. Marah pada yg cinta. Sayang pada yg membenci. Hidup ini memang penuh misteri.

19 June 2015

SuAtU kEpErCaYaAn


Dlm kepercayaan kpda pasangan hendaklah kita sentiasa berhati-hati..bukan krna tiada kepercayaan langsung tapi bila sepenuh kepercayaan diberi kesempatan pula yg diambil..sekurang2nya bila kita diberi ujian sebegini kita sudah bersedia walaupon hati terluka.
-Walaupon tak semua suami berperangai begini..kita sebagai isteri sentiasa la ambil tahu kegiatan suami..bukan ingin mengawal pergerakan suami,hanya perlu tahu di mana dan ape yg suami lakukan dgn adanya bukti..suami yg jujur tiada masalah utk berkongsi arah tuju dan bukti lokasi kpda isteri.
-Paling penting..isi kandungan hp suami.Suami yg tiada simpan apa2 rahsia dr isterinya..hp nya letak bersepah tanpa set pin kod.Org lelaki pasti tau yg org perempuan suka spotcheck hp nya.So klau hp sentiasa di sisi siap pin kod lg..adalah sesuatu yg disembunyikan.tolong jgn percaya bila suami beri alasan yg tak masuk akal.

Ingatlah wahai kaum lelaki..setinggi2 tupai melompat ape jadi kat tupai tu.. yg dikejar tak dapat ape jadi pd yg dikendong..selamatlah kau menyesal sepanjang hidup kau. Hati perempuan..sekali tertutup pintunya..selamanya terkunci.. Hargailah isteri krna itulah amanah yg Allah berikan utk kita pikul selagi hayatnya bersama kita.. insaflah para suami sblm Allah tarik amanah itu..

28 May 2015

Animasi Muzikal Pertama Malaysia kini Di Pawagam


Trailer : Link 1 
Animasi Muzikal Pertama Malaysia : Link

GENRE: Animation / Musical
RUNNING TIME: 97 Minutes
RELEASE DATE: 28 May 2015
STARRING: Syed Atiq, Nur Nazliah, Mohd Juhan
SYNOPSIS:Jangan lupa saksikan Oh! La La, filem animasi muzikal pertama di Malaysia bermula 28 Mei 2015 ini. Oh! La La mengisahkan Dompok, Ana dan Rok mengejar cita-cita dan impian mereka untuk menjadi penyanyi terkenal. Dalam mengejar cita-cita, mereka terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan. Berjayakah mereka untuk menjadi penyanyi terkenal? Kisah yang penuh muzikal dan komedi ini akan menghiburkan anda!
DIRECTED by : Dato’Abdul Rahman Sallehudin


Family Day 2014

Nampak gayanya filem animasi makin mendapat tempat tidak kira dalam Malaysia mahupun luar negara. Terbaru, Infinite Motion Sdn.Bhd akan keluar dengan filem animasi muzikal pertama dalam Malaysia. Filem animasi bertajuk Oh! La La ini menggunakan 100 peratus kepakaran tenaga seni kreatif anak-anak muda tempatan yang berbakat di dalam bidang animasi, lakonan, nyanyian dan muzik. Dengan penggunaan perisian software 3D, ini membawa satu mercu tanda kebanggaan kepada negara dengan penghasilan filem animasi muzikal pertama ini.

Berbeza dengan filem animasi sedia ada, Dato’Abdul Rahman Sallehudin, pengarah Oh! La La, ketengahkan identiti budaya dan warisan Melayu Nusantara. Pengarah telah menggunakan lagu seperti Keroncong Kuala Lumpur ciptaan Tan Sri P. Ramlee, Keroncong Bengawan Solo dan Keroncong Kemayoran yang kesemuanya telah dirakam semula oleh pelajar-pelajar Akademi Seni Warisan Negara ( ASWARA). Selain daripada itu, 14 buah lagu telah dicipta dan digubah khas bagi memberikan satu 'rasa' yang segar di dalam filem ini.


Menelan kos perbelanjaan sebanyak RM4juta dan melalui proses penghasilan selama tiga tahun, Oh! La La akan menemui penonton bermula 28 Mei 2015. Filem yang sesuai ditonton oleh setiap lapisan masyarakat ini mengisahkam mengisahkan dua pemuzik jalanan iaitu Dompok dan Rok yang mahu berjaya dalam  kehidupan dan seorang guru vokal bernama Ana yang ingin mencapai impian menjadi penyanyi terkenal, tetapi telah menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Demi cinta mereka pada muzik dan persahabatan, mereka telah bersatu dan bersama mengejar keajaiban untuk mencapai impian. (sumber : Era Fm )

Bagi saya yang mengenali beliau secara dekat, beliau sememangnya seorang yang sangat berbakat dan tidak mudah berputus asa. Saya harap movie ini akan mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Mari lah sama2 kita menyokong, hasil kerja warga tempatan sendiri.

SELAMAT MENONTON.

21 May 2015

Kuatkah Aku???

Aku selalu mempersoalkan..
sampai bila aku bakal terus senyum saat berhadapan dengan berjuta insan
Aku memilih untuk terus menjadi yang paling bersahaja.
 Menjalani sisi-sisi kehidupan yang hanya aku dan Tuhan sahaja tahu, 
peritnya menjadi yang sentiasa tampak menguatkan


Aku memilih untuk terus menjadi yang sentiasa tenang. 
Berhadapan dengan berbagai tipu daya kehidupan, 
namun tetap sahaja aku tenang. 
Melempar semanis senyum agar kalian tidak akan rasa rawan


Dan aku Mahu jadi yang
Sentiasa dipenuhi senyuman
Mewarnai tiap compang hidup dengan warna-warna girang. 
Mengajak kalian menyebar rasa sayang, dan terus kuat melawan hari mendatang


Walaupun aku hidup
Dalam dunia yang penuh igauan
Menelan perit dengan hanya
Sepasang senyuman


Tapi aku tahu
Tuhan bakal selalu menguatkan
Agar aku tidak lelah
Dan tersungkur dibahu jalan