Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

23 August 2016

Give Me More Stronger


Kenapa setelah hampir setahun lebih, aku masih tak boleh nak lupakan dia?? Adakah aku yang masih belum untuk terus melangkah @ bayangan dia yang sering mengejar aku. Aku jua masih belum mempunyai kekuatan untuk meneruskan kaki ini menghantar borang itu. Sampai bila aku harus begini?? Sampai bila?? Sampai bila??

Adakah dia sudah boleh melupakan aku @ dia jua seperti aku yang yang masih dikejar bayangan lalu. Kenangan itu seperti mengejar aku, melambai dan terus melambai tanpa membenarkan aku untuk terus melangkah. Atau aku yang masih tidak dapat melepaskan bayangan itu kembali. Untuk apa aku terus begini? Untuk apa?? Sampai bila??

Andai kenangan itu boleh dipadam dalam memory ini akan aku lakukan walau apa cara sekalipun. Andai jua memory itu boleh dibuang akan aku lakukan jua. Namun semua itu adalah hak individu sendiri untuk membuang @ menyimpan segala memory itu. Tapi tahu tak kenangan itu adalah sesuatu yang indah dan mungkin jua pengajaran untuk kite.

Tiap sesuatu yang pernah hadir dalam hidup ini adalah takdir yang telah ditetapkan. Ya Allah aku memohon kekuatanMu itu untuk menghadapi semua ini. Pilihkan jalan yang mana harus aku lalui ini?? Aku keliru…Aku buntu… Jika ini adalah jalan yang terbaik buatku, kau permudahkanlah dan jika ia buruk bagiku kau jauhkanlah dan jadikan aku insan yang redha dengan segala ketentuanMu. Aku hanya insan yang lemah.


Aku tahu kau lebih tahu isi hatiku saat ini, jadikan aku pasrah dan redha dengan ketentuanmu. Aku tak mahu diri ini terus dibelenggu dengan rasa bersalah dan berbelah bagi. Jadikan aku insan yang kuat dalam melawan hawa nafsuku ini. Jagalah hatiku ini, kerana hati ini berbolak balik sifatnya. Aku mahu kuat… aku mahu kuat…. Kering kan air mata ini, kerana aku tak mahu Nampak lemah, biarlah hanya Kau sahaja tahu isi hati ini. 

No comments:

Post a Comment

Thankz cz sudi comment....