Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

08 September 2015

Semalam adalah Sejarah dan Hari ini adalah Kenyataan

Salam Pagi Suria. Hidup ini indah andai kita tahu menghargainya. Hargai lah apa yang kita ada sekarang kerana kita tidak akan tahu apa yang bakal berlaku pada hari esok. Mungkin sekarang ni kita sihat namun esok lusa kita terlantar di katil sahaja @ mungkin hari ini kita kaya namun esok untuk mencari sesuap nasi pun kita perlu mengemis @ mungkin sahaja kita boleh mandi dan mengenakan pakaian sendiri sekarang namun esok kita hanya mampu melihat orang ramai melakukan semua itu untuk kita. 

Ingatlah sebuah kata-kata yang pernah saya baca di sebuah buku " Berusahalah umpama kita hidup selamanya dan Beribadatlah umpama esok kita akan mati " selain itu " Semalam adalah sejarah yang tidak mungkin akan dapat diubah lagi, Hari ini adalah kenyataan maka jalanilah sebaiknya dan Esok adalah impian yang hanya sebuah impian yang tidak pasti "

Baru-baru ini Nikekin dikejutkan dengan sebuah penyakit yang tidak pernah dan jangka untuk menghadapinya. Tapi Nikekin cuba kuatkan hati dan Alhamdulillah penyakin ini masih lagi di tahap permulaan. Hanya berusaha dan tawakkal semoga segalnya akan di permudahkan Aminn.... Meh Nikekin nak share ckit ceritera penyakit tu.

Ia adalah benda basic dalam hidup kita ini. Kalau nak tahu air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.


ini ubat yang Nikekin makan (Suggestion frm my Doctor)

Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:
  • Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.
  • Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.
  • Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.
  • Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.
  • Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). 
  • Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.
  • Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.
  • Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air

Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.

Sumber :Link 1 , Link 2 

Ok itu sahaja perkongsian cikgu untuk hari ini. (perasan jap) . Ok lah take care see you yaaa... =)



No comments:

Post a Comment

Thankz cz sudi comment....