Salam pembuka bicara baru2 nie Nikekin de jumpa satu article berkaitan Gender Identify Disorder (GID). Meh Nikekin nak share ckit article tu. Maaf kalau ade salah di mana- mana, mohon tunjuk ajar...
"Pakar sains dan perubatan telah menemui bahawa Gender Identity Disorder (GID) adalah sejenis penyakit genetik. Ini tidak bermaksud kalau bapak dia pondan anak pun pondan. Hahaha.. no no no. Gene adalah sesuatu yang kompleks. Saya pun bukan pakar genetik nak menerangkan. Tapi kalau siapa yang tengok cerita X-Men atau baca komiknya akan tau bahawa walaupun seorang lelaki tu bukan mutant sebaliknya manusia biasa, tapi dalam badan dia ada gene mutant, anak yang dilahirkan oleh isterinya berkemungkinan menjadi seorang mutant. Konsepnya begitu. Sebab tu lah kita tengok golongan pondan, mak bapak dia orang normal je. But it is in the genes. Penemuan ini juga membuktikan bahawa golongan transgender atau mak nyah bukan terhasil kerana nafsu, salah didikan atau pengaruh persekitaran. Sebaliknya kecelaruan berlaku seawal bayi itu masih di dalam rahim ibunya atas sebab2 gene, pendedahan kepada ketidakseimbangan hormon semasa dalam kandungan, juga abnormality yang berlaku semasa pembentukan otak janin tersebut. In other words. They are born with it. Jadi macam mana kita nak salahkan sesuatu yang bukan pilihan mereka?
Membuatkan saya terfikir, bagaimana pihak penguasa agama hendak menguruskan perkara ini? Lebih2 lagi bila dah berkait dengan kondisi medikal. Hukum tetap hukum. Tapi ada masanya pernah juga hukum disesuaikan dengan keadaan. Saya juga terfikir, memandangkan GID adalah sejenis penyakit atau kondisi medikal yang sahih. Mungkin larangan untuk lelaki menyerupai wanita itu merujuk kepada kes lain yang tidak berkait dengan GID. Mungkin ia merujuk kepada lelaki yang 'sengaja' nak pakai baju perempuan untuk suka2. Atau untuk hiburan. Atau untuk melakukan kejahatan seperti menyamar dan sebagainya. These are just my thoughts. Apa pun nampaknya penemuan ini memerlukan perbincangan dan kajian yang lebih mendalam dilakukan oleh pihak-pihak berkaitan. Wallahualam...."
Hurm.. slah satu penyakit mental??? So what do you think?? Kalau de sape2 yang ade pendapat lain tu meh lah kte berkongsi ilmu ckit...
No comments:
Post a Comment
Thankz cz sudi comment....