Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

12 May 2012

15 Tahun Aku kehilangannya.....



Ibu, mama, mak, mother, mamei, semu tu membawa maksud yang sama iaitu seorang wanita yang telah bersusah payah melahirkan kita kedunia nie. Pengorbanan nyer begitu tingga dan tidak akan mampu kita membalas nya. Tapi aku telah kehilangan nya hampir 15 tahun tetapi terasa umpama baru semalam aku kehilangannya.

Aku terlalu amat merinduinya, rindu untuk memeluknya, rindu untuk mencium pipinya, rindu untuk berkongsi cerita dengan nya dan aku amat2 merindui segalanya tentang dirinya.... Aku terlalu ingin menyatakan bahawa aku sangat sayang akan dirinya... I'm miss and love u so much mak..... Al-fatihah untuk mak, semoga mak damai di sana....

Kami mengunjungi pusara bonda, Sunyi pagi disinari suria 
Wangi berseri puspa kemboja ,Menyambut kami mewakili bonda 
Tegak kami di makam sepi ,
Lalang-lalang tinggi berdiri 
Dua nisan terkapar mati ,Hanya papan dimakan bumi 
Dalam kenangan kami melihat ,Mesra kasih bonda menatap 
Sedang lena di dalam rahap ,Dua tangan kaku berdakap 
Bibir bonda bersih lesu ,Pernah dulu mengucupi dahiku 
Kini ku rasakan kasihnya lagi ,Meski jauh dibatasi bumi 
Nisan batu kami tegakkan ,Tiada lagi lalang memanjang 
Ada doa kami pohonkan ,Air mawar kami siramkan 
Senyum kemboja menghantar kami ,Meninggalkan makam sepi sendiri 
Damailah bonda dalam pengabdian ,Insan kerdil menghadap Tuhan 
Begitu bakti kami berikan ,Tiada sama bonda melahirkan 
Kasih bonda tiada sempadan ,Kemuncak murni kemuliaan insan

Hargailah Ibu anda selagi dea masih berada dengan anda.... 

No comments:

Post a Comment

Thankz cz sudi comment....