Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

30 December 2011

New Money 2012

Money...money...money.... Cakap jer pasal duit semua orang akan terkejar2 kan kerana bagi sesetengah manusia duit adalah segala2 nya... Tu lah teringat masa belajar ekonomi asas dulu form 5 adalah dalam 6 ke 7 tahun lepas huuhuu... Cikgu pernah cakap dalam hidup nie "Dunia untuk duit @ Duit untuk hidup" ??? So fikir2 kan lah mana yang ade dalam life anda huuhuu...=)

Ok berbalik pada tujuan asal, baru2 nie sempena tahun baru yang bakal muncul lagi 2 ke 3 hari. Bank Negara Malaysia telah mengistiharkan muka baru bagi duit2 di Malaysia (mcm facebook plak, muka2 heehee...)  Ianya terdiri daripada RM100, RM50, RM10, RM20, RM5, RM1 dan duit2 syiling RM0.50, RM0.20, RM0.10.... So nak tengok tak muka duit tu heehee...


muka baru duit malaysia....

promosi huuhuu....

nilai baru duit malaysia....RM20


So pe g jom lah kite mencari duit baru nie huuhuu.... k see u the next article...=)

22 December 2011

Hatiku Luka Berdarah....

As Salam sahabat blogger sekalian... Selamat pagi semoga harimu disinari dengan cahaya kebahagiaan heehee...=) Tetapi tidak bagi hariku, kerana di pagi yang sungguh syahdu lagi aman nie seseorang telah membuatkan permulaan hariku tidak seindah biasa sehingga hatiku ini sekarang seperti di siat-siat @ dengan kata lain stress, tension, marah and whatever semua menjad satu waaaaaaaa.....


nk wat mcm nie please....^-^
Rase macam nak jerit jer, tapi sekarang nie kat opis x boleh nak jerit nanti org cakap aku tak betul plak tapi seriusnya memang tengah tak betul pun sekarang nie waaaaaa............ Ya Allah berilah kekuatan kepada diri ini untuk lebih bersabar menghadapi dugaan yang maha hebat nie. waaaaaawaaaawaaaa......

K lah cukup lah aku melepaskan geram nie, nak sambung kembali kerja yang tertangguh nie. Betul orang cakap jika kite geram @ stress kite cari lah pape pun medium untuk melepaskan nya, Insyallah dea akan kurang sedikit. Alhamdulillah terasa ringan sedikit diri ini setelah meluahkan nya kepada My Blog heehee... Ok time to continue my life huuhuu...

 K take care and see u... =)

16 December 2011

Awak Suka Saya Tak???

salam pembuka bicara, rakan2 seperjuangan sekalian....
Ops...tetibe tajuk jiwang karat pulak kan heehee.... Aku nie bukan lah sorang yang jiwang tapi kadang2 layan gak cecite nie, biasalah aku nie peminat no1 buku2 novel nie heehee... Tajuk nie adalah sebuah novel yang baru jer aku beli baru2 nie, tapi sebenarnya bukan aku yang pilih tapi my friends... Dea cakap sinopsis dea macam best dan nak tahu dea ckp pe " awak baca dulu, kalau best baru bagi saya baca, kalau x best awak simpan lah"  haaahaa... Tu lah dea kawan aku sorang nie, dea akan baca bila aku cakap novel tu best jer, kalau novel tu x best dia x kan bace haahaaa.......


Ok sebenarnya aku nak berkongsi serba sedikit tentang jalan cerita novel nie. bagi aku cite nie best banyak pengajaran yang aku dapat daripada novel nie, mungkin memang tu pun niat penulis novel nie kan... Alhamdulillah dalam aku membaca aku dapat serba sedikit info dan niat yang ingin di sampai kan oleh penulis nya iaitu MELUR JELITA tu nama pena dia lah, name betul dea x pasti lah pulak heehee...(^-^) 

Dalam novel nie hero dea adalah seorang lelaki cina yang baru memeluk agama islam dan heroin dea seorang wanita yang memang di besarkan dari sebuah keluarga yang islamic. Seorang wanita yang merasakan dirinya cukup baik berbanding orang lain dan seorang lelaki yang sentiasa merasakan diri nya serba kekurangan. Mereka bertemu, bergaduh, bercinta, bertemu kembali dengan watak yang berbeza dan semua nya berlaku di dalam lunas2 islam yang dibenarkan...

Bagi aku walaupun novel nie ceritera tentang cinta tapi penulis masih lagi menyelitkan unsur2 ketimuran melayu dan islamic di dalam nya. Walaupun berkawan di antara lelaki dan wanita tetapi masih lagi dapat menjaga batas2 di antara satu sama lain. Congrets to penulis.... Teruskan usaha anda berdakhwah dengan cara penulisan ini.

Ok kalau nak tahu ceriteranya dengan lebih lanjut, kene lah beli buku nie yer..... Aku x boleh lah nak cerita semua nya sebab nie buku orang, kang tak pasal2 blog aku nie kene gam pulak haahaaa... Dah beli buku tu baca lah puas2 k, nk ulang sampai 100x pun x de sape nak larang kan, sebab hak sendiri heehee.... Memang berbaloi lah sambil mengisi masa lapang kita akan mendapat faedah daripada ceritera2 novel itu. So pe g kawan2 jom lah kite support penulis dari negara kita sendiri ok...=)
k see u daaaa.....=) Salam Ukhuwah Fillah....(^-^)

14 December 2011

Borang Bantuan 1 Malaysia, Betul ker???

selamat malam wat kawan2 semua, ape khabar malam nie, 
hope chat lah semua yer.... Sempena belanjawan Malaysia 2012, kerajaan Malaysia ade menawarkan bantuan 1 Malaysia kepada rakyat yang berpendapatan RM3000 ke bawah... 

So mesti ramai yang nak mencuba nasib kan @ memohon bantuan tersebut, .... Tapi nak tanya betul ker Borang Bantuan 1 Malaysia yang anda ambik tu borang asli???? Anda tahu tak ade pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan di atas kesibukan orang ramai mengisi borang tersebut, silap-silap bukan anda dapat duit tapi duit anda pulak yang lesap. So berhati-hatilah jangan terlalu mudah percaya. Baru-baru nie ade sorang kenalan dah terkena dengan borang palsu nie, tapi nasib baik lah dalam akaun bank dea tu tak banyak sangat duit.

So kat sini aku nak tunjuk kan lah yang mana borang yang palsu and yang mana borang yang asli. So berjaga-jaga lah yer jang sampai anda di tipu....

BORANG PALSU.....

Tolong sebarkan berita ini secepat mungkin, anda boleh copy @ share pic nie dari blog saya. Borang di atas nie adalah BORANG PALSU DAN IA BOLEH MENCURI SEGALA DUIT DI DALAM ACOUNT ANDA!!!....UNTUK PENGETAHUAN ANDA BORANG SEBENAR TIDAK MEMINTA NOMBOR ACOUNT.....


ok kalau borang yang asli punya anda boleh show ikut link nie, so beware kawan2 jangan sampai anda tertipu....

Anda boleh check pada borang original 


So sila berhati-hati... Salam ukhuwah fillah....

12 December 2011

Dah Konvo ker???



selamat malam kawan2, i miss u so much....
Cakap pasal konvo nie, really ker aku dah konvo heehee.... Mesti lah dah and yang aku nak cite nie bukak konvo aku tapi my lovely younger brother. Seorang jejaka yang manja dalam family cz dea lah yang paling muda....  Ampun kalau dea tahu aku tulis nie, mesti mengamuk dea heehee... its ok x pe tu pun kalau dea bace tapi kalau dea tahu pun ade aku kisah haahaaa...XD

K kat bwh nie ada beberapa pic yang sempat aku snap sewaktu tarikh keramat jejaka manja tersebut k heehee...XD Congrets to my brother convocation in Diploma In Information Technology (multimedia) at International Islamic University College (KUIS)

nk makup gak....

posing jap sblm masuk dewan...

mamat bunga..???

me and brother...

same face...XD

bro & parents...

k lah sampai sini sahaja yer boleh ku konsi saat2 kegembiraan ini. Congratulation juga diucapkan kepada my friends yang sama2 graduation pada tarikh tersebut. Semoga kalian dapat dan tabah mengharungi dunia sebenar selepas ini... Wallahualam.

bye..bye...time to sleep besok nk keje, k see u the next article take care and 
Salam Ukuwah Fillah...=)