Minggu ni sibuk dengan minggu konvokesyen student. Tibe2 Nikekin rindu pulak dengan zaman study dan moment2 convocation tu hiihii... Sedar tak sedar hampir 6 tahun dah meninggalkan zaman university. Zaman yang melakar banyak memory banyak ilmu serta zaman yang mendewasakan diri seorang insan bernama Nikekin. Tibe2 rasa nak throwback pulak mula2 Nikekin habis study.
I'm student Business Management from Kolej University Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), graduate in 2010. Habis jer study Nikekin terjun ke dunia kerjaya. Waktu tu memang agak sukar mencari pekerjaan yang sesuai jadi macam2 kerja yang Nikekin buat. Nikekin pernah kerja di 7Eleven sebagai cashier selama 2 bulan after that Nikekin dapat tawaran kerja Accountant di sebuah Kilang sampailah Nikekin dapat tawaran Purchasing di Company sekarang ini.
#bilanikekinbekerja
MISC Integrated Logistics sebuah syarikat Logistics milik penuh Bumiputra dan mempunyai beberapa cawangan di Malaysia. Nikekin di tawarkan jawatan Purchasing dan alhamdulillah bertahan sehingga sekarang hampir 6 tahun Nikekin di syarikat ini. 4 tahun lbh dalam bidang Purchasing, tahun lepas Nikekin di tawarkan ke bahagian Health & Safety Transport.
Ramai kawan2 bertanya kenapa perlu terima tawaran yang jauh dari bidang kita?? Ya Nikekin accept memang ia jauh serta berbeza dengan bidang study dan kerjaya Nikekin sebelum ini. But why i'm accept because I'm want to challenge my self!!
Dalam bidang ni banyak benda baru yang Nikekin belajar. bermula dari zero sedikit demi sedikit Nikekin belajar. Pressure memang selalu sebab Nikekin memang tak de experience and ilmu dalam bidang ni, but kawan2, boss dan pak cik google lah yg banyak tolong. Nikekin belajar pasal safety, communication presentation, paper work, and banyak lagi.
Baru2 ni, alhamdulillah Nikekin berjaya menyiapkan satu project baru for this company "HSEQ Allowance for Driver". Dimana project ni untuk menaik taraf kecekapan dan profesinalisme pemandu dalam pemanduan dan menjalankan kerja rutin harian dengan bermatlamat mencapai sasaran Kemalangan Sifar. System yang digunakan adalah GPS (Global positioning System) and OBC (On Board Camera)
Banyaknyer lah Nikekin merepek ni hiihii... Ok tu lah antara naik turun kerjaya Nikekin selama ini, saja nak share pengalaman yang tidak seberapa ini. Bak kata Pensyarah Nikekin "Bila kamu melangkah dalam dunia kerjaya itu lah sebenarnya permulaan hidup kamu, hanya yang benar2 kuat sahaja mampu bertahan...." Ya i'm agree this world sebab dalam kerjaya ni macam2 manusia anda akan jumpa, warna warni yang pelbagai dan banyak lagi. Be strong, be coll, releks and be your self di samping kejar apa yang anda hendak dengan usaha sendiri. Jangan memilih kerja kerana apa yang datang itu adalah rezki.
Akhir kata, banyak lagi yang kita nak dalam hidup ini. Jadi jom kita usaha sama2, tapi ingat usaha di samping doa yang maha Esa itu penting. Jangan sesekali lupa pada Yang satu. Congratulation for all student Convocation and Welcome dalam dunia Kerjaya. Kerjaya itu indah jika kite bekerja kerana-Nya.
"Hidup kerana mengejar pangkat dan kemewahan dunia hanya menambah beban. Ikhlaskan perjalanan hidup untuk mencari Redha-Nya,yang lain akan datang dengan sendiri.
Percayalah...."