Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

30 July 2015

Cinta Paling Agung 2015






Cinta satu istilah yang terlalu klimiks dan pelbagai. Terlalu banyak definasi cinta dalam konteks dunia penulisan. Kalau tak percaya boleh try "En Google" ok hiihii... Baru2 top sebuah movie yang telah menjadi viral di dalam dunia maya seiring kemunculannya pada hari lebaran baru2 ni. Nikekin ni jarang layan movie cintan cintun ni tp... Bile baca satu article dalam blog nie rasa mata masuk habuk plak huuhuu... Boleh joint baca kalau nak tahu masuk habuk ker tak hahahaha.


So di sebabkan article nie Nikekin pun cari lah movie nie, layan..... Cerita memang terbaik Nikekin bagi 4 bintang. Banyak message yang berguna dalam movie nie. Sesuai di tonton oleh suami isteri yang baru berkahwin atau dah lama. 

Nikekin malas nak type dan ulas panjang2. So kalau nak tahu layan lah movie ni okey...
peace yo.... :)

29 July 2015

Kenapa Setia??


Salam ukhuwah fillah.
Selamat Hari raya my friends. Pernah dengan setia?? Mestilah kan lagi2 utk orang2 yang kaki cintan cintun ni. Tahukah anda orang yang setia ni susah kita nak jumpa tapi awas kerana apa......
Sambung baca seterusnya okey....


Hati orang yang setia ni lain... Dia akan setia... Menunggu...dan Bersabar  . Dia Luka, Sakit sekalipun, dia akan tetap bertahan, Sentiasa mengalah. Tak kisah walaupun nampak macam orang Bodoh, asalkan dapat bersama dengan yang Tersayang.




Akan Tetapi...
Kena ingat, Kesabaran dia ada Had. Kalau betul-betul dia dah penat, Hati dia akan jagi KERAS. Cubalah rayu macam mana sekalipun. Dia akan tetap dengan Pendirian dia.


Bersyukurlah jika dirimu dikurniakan teman yang setia. Sebenarnya dia bukan BODOH. Tapi sentiasa Ingin menjaga dikau. Dia bukan tak laku, Tapi dia simpan Hati dia untuk kau seorang....


Maka bersyukur dan hargailah sesiapa yang sudah bertemunya. Pada yang belum boleh mencuba okey dan pada yang dan terkena kerana mempersiakannya Nikekin minta ampun x dapat dek nak tolong hiihii... peace yoo..



27 July 2015

Percayalah

☝️ BUAT YG SEDANG, PERNAH & AKAN KECEWA. Rilek2 sudaaaa. ALLAH kan ada. Kuatkan semangat & bergantunglah hanya pada DIA

-Soalan : Kenapalah aku diuji sebegini?

Surah al-Ankabut ayat 2-3 : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2 yg benar , dan sesungguhnya DIA mengetahui orang2 yg berdusta."

Huraian:
Setiap ujian yang ditimpakan oleh ALLLAH S.W.T. kepada para hamba-Nya sebenarnya Dia ingin mengurniakan sesuatu ganjaran yang lebih besar dan lebih baik. ALLAH S.W.T. akan menghapuskan dosa-dosanya dan memberi ganjaran pahala yang besar. Di hari akhirat nanti tidak ada balasan yang lebih baik melainkan mendapat balasan syurga.

-Soalan : Kenapalah aku tidak dapat apa yang aku inginkan?

Surah al-Baqarah ayat 216 : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".

Huraian:
Sseungguhnya sesuatu perkara itu hakikat sebenarnya ALLAH Maha Mengetahui. Baik atau buruk sesuatu perkara itu ianya adalah di dalam ilmu ALLAH. Yakinilah jika sesuatu doa atau hajat tidak ditunaikan-Nya ada sesuatu yang lebih baik akan diberi ALLAH S.W.T. sebagai penganti apa yang kita hajatkan. Jika tidak dapat di dunia, nanti di hari akhirat Dia akan memberkannya kepada kita, oleh itu berbaik sangkalah kepada-Nya.

-Soalan : Kenapa ujian seberat begini?

Surah al-Baqarah ayat 286 : "ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".

Huraian:
ALLAH S.W.T. Maha Mengetahui kemampuan kita sebagai hamba-Nya yang kerdil, oleh itu apa sahaja yang berlaku keatas diri kita sebenarnya masih dibawah kemampuan kita untuk menghadapinya. Anggaplah sesuatu ujian itu dengan fikiran yang positif dan cubalah renungkan bahawa terdapat orang lain yang lebih berat menghadapi ujian daripada kita maka dengan itu akan terasa beban yang ditanggung akan menjadi lebih ringan.

B#MuhasabahDiri