Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

15 March 2013

What...Tekanan Darah Rendah???

salam pembuka bicara untuk kawan2 Nikekin semua. Last week Nikekin kene migraine kan, after check doc bg surat untuk wat pemeriksaan lanjut kat Hospital sebab ade gejala lain selain migraine. So Nikekin pun g lah cek and result dia agak mengejutkan Nikekin telah menghadapi Tekanan darah rendah. Memang jarang dengar kan kalau selalu tekanan darah tinggi jer nie terbalik pulak.

So de lah nchat dr Doc tu lama gak dia berceramah dengan Nikekin, tp byk yg Nikekin x paham sebab biasa lah bhasa doc nie pelik ckit, so blk tu pe g serach dgn Mr Google lah... So baru lah pham ckit2. Ha nk tahu pe dia Tekanan Darah Rendah nie, k mai kite baca article kat bwh nie......


Jitra, (HPM) – Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Faktor yang mempengaruhi tekanan darah
Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu usia, aktiviti seharian, perasaan, ubatan, pendarahan daninfeksi
Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti stroke, penyakit jantung, penyakit pada mata, pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah
Gejala Tekanan Darah Rendah
Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah.
Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti cepat lelah, pening kepala ketika posisi badan berubah, sukar untuk berkonsentrasi, mata berkunang-kunang, mual, kulit berasa dingin, pucat dan lembap, pernafasan cepat dan pendek, defresi dan cepat haus
Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.
Penyebab Tekanan Darah Rendah
Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh.
Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu kekurangan volum darah – cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal, dehidrasi – dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit, masalah jantung – deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah.
sumber :www.drhpm.com

cara-cara untuk mengingkatkan tekanan darah rendah adalah :
1. Banyakkan minum air putih (nie x jadi masalah mudah jer....)
2. Banyakkan minum air kopi untuk meningkatkan degupan jantung sehingga tekanan darah meningkat.( nie prob ckit sbb aku x minum kopi huuhuu...)
3. Mengambil makanan yang cukup kandungan garamnya.( mne sedap mkn lauk masin2 nie, x pun kite mkn ikan masin jer k heehee...)
4.  Banyakkan makan sayur bayam dan seafood.( sayur baym tu sush ckit sbb aku x mkn sayur tp seafood tu kire ok lagi =)
5. Beriadah dengan teratur minimum 3x seminggu dapat mengurangkan timbulnya gelaja.
6.  Buah anggur dapat menyembuhkan tekanan darah rendah?? (klik sini ) boleh cube nie ptg nie kite wat stock anggur byk2 kat umah k heehee... =D


No comments:

Post a Comment

Thankz cz sudi comment....