Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

04 March 2013

HILANGNYA SEORANG PEWIRA NEGARA...

Salam Ukhuwah Fillah Nikekin ucapkan wat kawan-kawan semua. Seawal pagi tadi Nikekin di kejutkan dengan berita pemergian rakan sekampung Nikekin seorang anggota polis L/KPL MOHD AZRUL BIN TUKIRAN dalam serangan hendap di SEMPORNA Sabah. Memang tak di jangka dalam pencerobohan itu salah seorang wira yang terkorban adalah kenalan Nikekin sendiri. Beliau adalah seorrang senior sewaktu Nikekin study dulu. Bagi Nikekin dia seorang yang baik dan periang. Di bawah saya sertakan beberapa pic sewaktu majlis pengkebumian beliau yang sempat saya hadiri.

Di antara mangsa-mangsa yang terkorban...

kenangan arwah bersama family pada hari raya 2012

sekitar masjid RANTAU PANJANG penduduk kampung yang menunggu ketibaan jenazah...

jenazah selamat sampai di perkarangan umah.....

sekitar kawasan rumah yang menunggu ketibaan jenazah....




Untuk maklumat lebih lanjut boleh lah follow link nie k, support pdrm, ... Salam takziah buat my friends Nuurain Tukiran dan family di atas kehilangan L/KPL MOHD AZRUL BIN TUKIRAN. Semoga kalian tabah mengharungi ujian ini. Al-Fatihah....

No comments:

Post a Comment

Thankz cz sudi comment....