Ibu, mama, mak, mother, mamei, semu tu membawa maksud yang sama iaitu seorang wanita yang telah bersusah payah melahirkan kita kedunia nie. Pengorbanan nyer begitu tingga dan tidak akan mampu kita membalas nya. Tapi aku telah kehilangan nya hampir 15 tahun tetapi terasa umpama baru semalam aku kehilangannya.
Aku terlalu amat merinduinya, rindu untuk memeluknya, rindu untuk mencium pipinya, rindu untuk berkongsi cerita dengan nya dan aku amat2 merindui segalanya tentang dirinya.... Aku terlalu ingin menyatakan bahawa aku sangat sayang akan dirinya... I'm miss and love u so much mak..... Al-fatihah untuk mak, semoga mak damai di sana....
Kami mengunjungi pusara bonda, Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja ,Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi ,Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati ,Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat ,Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap ,Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu ,Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi ,Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan ,Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan ,Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja menghantar kami ,Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian ,Insan kerdil menghadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan ,Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan ,Kemuncak murni kemuliaan insan
Hargailah Ibu anda selagi dea masih berada dengan anda....