Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

14 June 2016

Rasa dengan jiwa sentuh dengan cinta




cinta membawa aku jauh ke dasarnya 
menakluk hati untuk tenggelam dalamnya
bila aku rasa dengan jiwa sentuh dengan cinta
maka dia akan hadir WUJUD....

Jiwa bila terlalu agungkan cinta semua rasa ada 
bila terlalu fikir tentangnya ada ketika dia hilang jauh

aku harap bila aku pejamkan mata
rasa dengan jiwa sentuh dengan cinta
kadang-kadang bila nafsu menguasai diri
kita akan melayang, ikut sangat kata hati
tanpa fikir mana yang baik mana yang tak

bila emosi semua benda jadikan puisi
Tapi ingat... nak jadi penulis paling hebat sekali pun
kita masih ada tuhan 
jangan terlalu ikutkan sangat perasaan awak
awak boleh menulis kebintang sekali pun
tapi pada waktunya awak kena tunduk ke bumi
kembali pada azali

apabila hati menyentuh saat jiwa goyah
aku jadi pemuja mengagungkan cinta
bila ia wujud dalam mimpi
aku jadikannya reality maka WUJUDlah...

Sumber : Filem Pendek Wujud 

Company Trip at Hatnyai Thailand

First to all, Nikekin nak share sikit sejarah Hat Yai ni okey.... Hat Yai (Bahasa Thai: หาดใหญ่; juga Haad Yai / Had Yai) merupakan sebuah bandar raya di selatan. Negara Thai berhampiran dengan sempadan ke Malaysia. Lokasi geografi ialah 7°1′N 100°28′E. Dengan bilangan penduduk 157,359 orang (2008) di pusat bandaraya dan kira-kira 800,000 orang di Hat Yai Besar, Hat Yai merupakan bandaraya yang terbesar di Wilayah Songkhla dan kawasan metropolis yang terbesar di Selatan Thai, oleh itu selalu disalah sangka sebagai ibu kota bagi wilayah tersebut. Namun Songkhla ialah ibu kotanya, tidak seperti wilayah lain di mana bandaraya terbesar merupakan ibu kotanya. Bandaraya ini meliputi seluruh Hat Yai tambon bagi daerah Hat Yai. Kedua-dua bandaraya ini merupakan sebahagian daripada Kawasan Metropolis Hatyai-Songkhla Besar.

Nama "Hat Yai" merupakan singkatan bagi "Ma Hat Yai", bermaksud pokok Ma Hat (Bahasa Thai: มะหาด) besar.
(Sumber : Sejarah Hat yai )

Ok so semua dah dapat sikit kan info. Nikekin share sebab sebelum puasa hari tu company tempat Nikekin kerja buat trip ke sana. So Nikekin nak throwback sikit lah perjalanan sepanjang di sana. Kami menginap di hotel Hat Yai central memang betul2 di tengah pekan Hat Yai. Antara tempat yang sempat kami lawati Hat Yai Wonderland 4DXDOME di situ kami sempat menyaksikan pertunjukan silap mata dari ahli silap mata terkenal Thailand (rezki kami kebetulan mereka ada disitu), Floating market, Chang Puak Camp, Hat Yai Mall dan lain2 lagi.

Kat bawah ni Nikekin share sikit picture2 yang sempat di snap semasa holiday tu. 

Ni pengankutan popular di Thailand 
nama nyer... tot tot..




Abang handsome Tour Guide En Amri

Pertama jejak kaki ke Hat Yai memang satu tempat yang agak menarik. Ramai juga yang beragama Islam disana. Tapi jika mencari makanan halal mestilah waspada kerana disana makanan Halal dan Non halal di jual pada satu tempat yang sama. Satu lagi komunikasi agak sukar kerana majority rakyat di sana tidak fasih berbahasa English. Nasib kami ada tour guide yang boleh berkomunikasi dengan mereka. Jika keluar ke pekan pun kami sangat sukar untuk menawar barang2 hanya guna bahasa isyarat jer. 

Namun ia satu percutiaan yang sangat menarik. Jauh berjalan luas pemandangan dan membuatkan kita belajar cara hidup rakyat lain. InsyaAllah next destination lepas ni... Tungguuuu.....