Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

28 May 2015

Animasi Muzikal Pertama Malaysia kini Di Pawagam


Trailer : Link 1 
Animasi Muzikal Pertama Malaysia : Link

GENRE: Animation / Musical
RUNNING TIME: 97 Minutes
RELEASE DATE: 28 May 2015
STARRING: Syed Atiq, Nur Nazliah, Mohd Juhan
SYNOPSIS:Jangan lupa saksikan Oh! La La, filem animasi muzikal pertama di Malaysia bermula 28 Mei 2015 ini. Oh! La La mengisahkan Dompok, Ana dan Rok mengejar cita-cita dan impian mereka untuk menjadi penyanyi terkenal. Dalam mengejar cita-cita, mereka terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan. Berjayakah mereka untuk menjadi penyanyi terkenal? Kisah yang penuh muzikal dan komedi ini akan menghiburkan anda!
DIRECTED by : Dato’Abdul Rahman Sallehudin


Family Day 2014

Nampak gayanya filem animasi makin mendapat tempat tidak kira dalam Malaysia mahupun luar negara. Terbaru, Infinite Motion Sdn.Bhd akan keluar dengan filem animasi muzikal pertama dalam Malaysia. Filem animasi bertajuk Oh! La La ini menggunakan 100 peratus kepakaran tenaga seni kreatif anak-anak muda tempatan yang berbakat di dalam bidang animasi, lakonan, nyanyian dan muzik. Dengan penggunaan perisian software 3D, ini membawa satu mercu tanda kebanggaan kepada negara dengan penghasilan filem animasi muzikal pertama ini.

Berbeza dengan filem animasi sedia ada, Dato’Abdul Rahman Sallehudin, pengarah Oh! La La, ketengahkan identiti budaya dan warisan Melayu Nusantara. Pengarah telah menggunakan lagu seperti Keroncong Kuala Lumpur ciptaan Tan Sri P. Ramlee, Keroncong Bengawan Solo dan Keroncong Kemayoran yang kesemuanya telah dirakam semula oleh pelajar-pelajar Akademi Seni Warisan Negara ( ASWARA). Selain daripada itu, 14 buah lagu telah dicipta dan digubah khas bagi memberikan satu 'rasa' yang segar di dalam filem ini.


Menelan kos perbelanjaan sebanyak RM4juta dan melalui proses penghasilan selama tiga tahun, Oh! La La akan menemui penonton bermula 28 Mei 2015. Filem yang sesuai ditonton oleh setiap lapisan masyarakat ini mengisahkam mengisahkan dua pemuzik jalanan iaitu Dompok dan Rok yang mahu berjaya dalam  kehidupan dan seorang guru vokal bernama Ana yang ingin mencapai impian menjadi penyanyi terkenal, tetapi telah menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Demi cinta mereka pada muzik dan persahabatan, mereka telah bersatu dan bersama mengejar keajaiban untuk mencapai impian. (sumber : Era Fm )

Bagi saya yang mengenali beliau secara dekat, beliau sememangnya seorang yang sangat berbakat dan tidak mudah berputus asa. Saya harap movie ini akan mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Mari lah sama2 kita menyokong, hasil kerja warga tempatan sendiri.

SELAMAT MENONTON.

21 May 2015

Kuatkah Aku???

Aku selalu mempersoalkan..
sampai bila aku bakal terus senyum saat berhadapan dengan berjuta insan
Aku memilih untuk terus menjadi yang paling bersahaja.
 Menjalani sisi-sisi kehidupan yang hanya aku dan Tuhan sahaja tahu, 
peritnya menjadi yang sentiasa tampak menguatkan


Aku memilih untuk terus menjadi yang sentiasa tenang. 
Berhadapan dengan berbagai tipu daya kehidupan, 
namun tetap sahaja aku tenang. 
Melempar semanis senyum agar kalian tidak akan rasa rawan


Dan aku Mahu jadi yang
Sentiasa dipenuhi senyuman
Mewarnai tiap compang hidup dengan warna-warna girang. 
Mengajak kalian menyebar rasa sayang, dan terus kuat melawan hari mendatang


Walaupun aku hidup
Dalam dunia yang penuh igauan
Menelan perit dengan hanya
Sepasang senyuman


Tapi aku tahu
Tuhan bakal selalu menguatkan
Agar aku tidak lelah
Dan tersungkur dibahu jalan