Rindu?? Apa itu rindu?? Ada apa
pada rindu??
Rindu adalah satu perasaan yang
akan di rasai oleh setiap insan bilamana seseorang berjauhan @ punya rasa
sayang akan seseorang yang lain. Rindu lebih kepada jarak sesuatu. Rindu jua
akan dapat di ubati bilamana seseorang berjumpa kembali dengan yang dirindui.
Tapi ada jua rindu yang memang tidak boleh diubati kerana kehilangan yang
sememangnya tidak kembali lagi @ sudah hilang tanpa berita.
Rindu….. Sesuatu perasaan yang sangat-sangat
sakit. Hanya yang pernah merasai akan tahu betapa sakit dan peritnya perasaan
itu. Lagi-lagi bila kita tahu kita tidak akan boleh meluahkannya @ merawatnya
kerana ia tidak akan ade penawarnya. Hanya yang boleh di lakukan adalah berdoa
dan tabah mengharungi hidup ini.
Ini lah perasaan yang aku rasai
bilamana aku sangat-sangat merindui seseorang insan yang terbaik, tercinta,
terhebat , dan segala-galanya buat diriku. Insan yang terhebat pernah muncul
dalam hidupku. Tiada tandingan dengan semua yang lain dan sememangnya dia yang
satu tiada dua @ tiada tiga jua tiada pengantinya dalam hidupku. Aku
sangat-sangat mencintainya lebih dari segala-galanya. Insan yang telah banyak
berkorban dalam hidupku.
Insan yang ku maksudkan adalah “Arwah Ibuku”
yang telah kembali menemui penciptanya 17 tahun lalu. Tapi diri ini terasa
seperti baru semalam dia meninggalkan alam ini. Masih terngiang-ngiang lagi suaranya
menasihati diri ini, menegur diri ini… Jua masih terbau-bau lagi haruman nya
bila dia mendekatiku, bau masakannya. Masih terasa lagi kejapnya pelukannya memeluk
erat tubuh kecilku untuk memujukku. Tapi reality nya semuanya sudah tinggal
kenangan.
Aku rindu nasihatnya…aku rindu
bebelannya…aku rindu pelukannya…aku rindu masakannya…aku rindu pelukan
hangatnya… aku rindukan segalanya tentang dirimu IBU… Anakmu ini sangat-sangat
merinduimu… Rindu yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata….
Al-fatihah buatmu IBU, semoga
engkau tenang disana…
*nasihatmu akan ku jadikan
sandaran untuk meneruskan liku-liku hidup ini sebelum aku jua bakal menyusulmu
untuk kesana menemuimu… Insyallah