Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

13 November 2014

mAnUsIa iTu sAmA...


walau siapa pun kita...
sekuatmana pun kita...
sebijak mana pun kita...
ada ketikanya kita lemah juga...
dan waktu itu kita perlukan seseorang untuk menyokong kita.

Hidup umpama roda adakalanya di Atas...
ada kalanya di Bawah.

Adakalanya tidak perlulah bangga sangat apa yang kita ada...
Besederhana dalam segala Hal itu lebih menyenangkan...
Usah riak apa yang kita ada Kerana apa
yang kita ada cuma pinjaman dari-Nya..

07 November 2014

Sensitif ker??

Hati begitu mudah berubah rubah. Tapi nape hati wanita ni begitu sensitif @ ia sememangnya dijadikan begitu. Kerana itu ia mudah terasa... mudah mengalirkan air mata walau hanya perkara yang kecil. Tapi hati dalam sensitif ia sebenarnya di jadikan lebih tabah dari lelaki.
Lelaki sukar untuk faham jiwa wanita. Wanita juga sukar untuk faham jiwa lelaki. Percayalah Allah jadikan sesuatu itu pasti ade sebabnya, kerana itu ia jadikan setiap manusia itu berpasangan untuk melengkapi satu sama lain.
Jika kite sudah tahu nikmatnya berpasangan itu, nikmatnya yang halal itu... itu lah dia yang disebut syurga dunia. Tapi kenikmatan itu sukar diperoleh kerana adanya makhluk syaitan untuk sentiasa menyesatkan manusia. Namun jika kite sentiasa berpegang pada ajaranNya insyallah segala akan di permudahkan. Amin...

06 November 2014

Oh syahdu hati tiada yang peduli

Syahdu hati... sunyi hati... sedih hati... tapi tiada yang peduli...tiada yang tahu...tiada yang kisah... Ini lah nasib hikayat seorang budak kecik. Hakikat hidup...jalan hidup... perjuangan diri yang terpaksa di lalui...
Sungguh syahdu coretan hati di dunia maya. Bukan meraih @ mengadu simpati tapi cukuplah sekadar meluah rasa mengurang beban di hati. Mana hendak di cari sesuap nasi jika yang tinggal hanya keperluan tunggangan. Mana hendak di cari barang menghilangkan dahaga jika yang tinggal hanya untuk kepentingan yang lebih penting.
Ini lah liku-liku hidup seorang insan. Aku tidak pernah mengeluh kerana aku pernah hidup lebih dari itu suatu ketika dulu. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Biar aku susah tapi tidak untuk orang-orang yang aku sayang. Rezeki Allah itu luas jadi untuk apa aku mengeluh?? Tepuk dada tanya hati...

01 November 2014

Aku yang belum mengenal diri

Al-Nuraa yang 5 yang 6... Tajuk lagu terbaru Mawi, Hazama dan Daly Filsuf. Lagu ni dah lama kot tapi sebenarnya Nikekin baru jer terdengan lagu nie pagi tadi masa on the way g office hiihii...(ketingalan zaman). Its ok just Nikekin tertarik dengan lirik2 dalam lagu nie, x tahu lah feel apa pagi nie boleh pulak touching dengar lagu nie. So nie yang sampai search lirik lagu dia nie huuhuu.... Tak percaya lagu nie boleh touching,

Urm.... mai sini Nikekin explore lirik dia sikit... kalau sape2 yang betul2 faham lirik dia nie, memang akan touching lah sebab bila fikir balik dosa-dosa yang pernah kita buat dulu. Setiap manusia tu memang tak lepas dari melakukan kesalahan, tapi kita boleh cube untuk menjadi lebih baik dari hari2 yang lalu.

"Ku imbas kembali sepanjang perjalanan, Ku cuba renungi setiap perbuatan
Ku tunduk malu, malu aku memikirkan,Pahala dan dosa yang tak dapat aku bezakan
Ku cuba berlari, lari dari realiti, Seperti ada tali yang menarik ku kembali
Aku masih tak faham masih jugak tak mengerti, Masih mencari-cari siapakah diriku ini
Ku tanya pada hati moga diberi jawapan, Tapi ada dua suara yang sering kedengaran
Yang satu kata iya yang satu kata bukan, Kadangkala akal dan hati pun tak sehaluan
Namun ku tetap mencari dan juga terus berjalan, Selagi ada matahari dan selagi ada bulan
Selagi aku belum mengenal diri ini yang sebenar, Mana mungkin aku dapat mengenal Tuhan"

Ok now hujung lirik dia pulak. Lirik nie sorang hamba yang memohon petunjuk dari yang Esa..

"Tunjukkanlah jalan terang, Tunjukkanlah jalan pulang ,Agar tidak kesesatan
Dalam titian dan harapan,Tujuh puluh tiga pintu,Tujuh puluh tiga jalan
72 kesesatan ,Hanya satu kebenaran