Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

29 June 2014

Puasa yang yok

Bangun...bangun...sahur... ops dh banyin yer... bagus bagus....

Selamat berpuasa wat semua warga muslim. Diam tak diam kite dah pun kembali semula pada bulan yang penuh barakah ini... Tidak terlambat jika Nikekin ingin meminta maaf jika ade salah dan silap dalam berkarya ini, waaaa... ayat x nk kalah kn hiihii...

Ok.. bulan Ramadhan ni  menjanjikan suasana yg berlainan pd Nikekin. First time berpuasa bersama suami tersayang. Sangat2 berlainan suasananya and tetibe rindu plak dgn susana di rumah ketika bujang dulu.

Memang happy sbb dah de suami n diri pun smkin matang hihihi... Sbb dlu klu sahur ikut suka kadang bagun kadang tak, dan mkn jer pe yg de huuhuu... Tp ckrg x blh kne bgun awal kne siap kn sahur utk hubby, dlm penat tp terasa kepuasan ble kte wat sesuatu krn tanggungjawab dan ikhlas utk org yg kte sayang... Love you hubby...

13 June 2014

Adik Oh Adik...

Saat malam melabuhkan tirai...seorang pemuda dalam perjalanan balik dari tempat kerja. Perjalanan melalui nkve beralih ke lebuhraya utara selatan. Sampai di persimpangan Bukit Tagar terus membelok ke kiri. Sewaktu melalui jalan tambahan sg. Tinggi di km 7 tiba-tiba seekor binatang melintas lalu kenderaan BLM 3477 yang dipandu hilang kawalan lalu terjatuh. Tidak sedarkan diri.

Seketika kemudian seorang insan balik dari kerja melalui jalan tersebut terlihat kelibat insan dan kenderaan di atas jalanraya. Tanpa berlengah terus menelefon bapanya dan polis ke tempat kejadian. Mangsa yang tertiarap tanpa nadi dianggap sudah meninggal dunia.

Namun kuasa Allah...ayahnya menelentangkan mangsa lalu berselawat sambil memohon pertolongan Allah. Tiba-tiba mangsa tercungap-cungap memekik 'sakit'. Terus nombor ambulans di dail untuk sampai ke tempat kejadian.


Sesampai di hospital keluarga mangsa turut tiba menanti. Pembedahan di kepala perlu segera dijalankan. Selepas penerangan pihak doktor pakar sekitar 11.30 malam. Waris menandatangan menyetujui pembedahan dijalankan segera.

Tanpa berlengah pesakit ditolak masuk ke bilik bedah. Sekitar 4.30pagi pesakit keluar dari bilik bedah ke tingkat 3 (High Dependency Ward). Selama 3 hari pesakit direhatkan. Berselirat wayar dan tiub diseluruh badan pesakit. 'Adik...kuatkan semangat...cepat sembuh sayang'


Hari ke-4 di bawa naik tingkat 7B  katil 19 baru pesakit mula sedar sedikit demi sedikit. Alhamdulillah.....
Hari ke-5 masih sama.
Hari ke-6 ditukar ke katil 27 makin pulih...
Hari ke-7&8 ditukar ke katil 23 semakin pulih. Tiada lagi mesin. Tiada lagi tiub susu. Makan bubur nasi dan mampu berdiri.
Hari ke-9 pindah ke katil 1 agar lebih selesa dan ditemani oleh kakak zarina.
Hari ke-10 selepas kebenaran doktor pesakit dibenarkan balik...."yahooo..."
Hari ke-11 ke klinik rantau panjang cuci luka 'dressing' kemudian ke balai Bestari Jaya. Tapi gagal.
Malamnya muncul insan terpilih datang menceritakan kisah kejadian kemalangan.
Hari ke-12 tghari bergerak ke ipd kapar terus ke kuala selangor membuat laporan kemalangan. Siap disiasat. Pulang....


"Nikmat Mu terlalu besar Ya Allah...
Semoga semua ini akan menjadikan
HambaMu yang bersyukur... semoga
Adik cepat sembuh...aminnn..."
TQ ALLAH...

Thnks My Lovely Sister, dnurrzamzarina