Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

14 July 2013

5 Day to go...

Sedar tak sedar dah 5 hari kite berada di bulan Ramadhan. Cepat betul masa berlalu kan. First ramadhan secara berdikari bangun di awal pagi untuk masak sahur dan petang nyer menyediakan persiapan berbuka. Satu pengalaman yang baru dan preparation untuk....heehee....

Walaupun kadang2 bernain dgn mood yg turun naik tapi alhamdulillah ia berjaya di atasi. Semoga cabaran2 yg akn datang nie akan dpt Nikekin atasi Insyallah.... salam ukhuwah

05 July 2013

Menghitung hari hari.

Menghitung hari tibanya hari yg di nanti insyallah. Sedar x sedar hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Persiapan untuk menempuhinya, insyallah sudah. Hanya menunggu ketibaannya sahaja. Semoga diri ini akan lebih bersedia dalam menghadapinya serta lebih baik dari sebelumnya Insyallah... Ramadhan oh Ramadhan....

Nikekin ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf atas segala ketelanjuran kate serta ayat2 yg x sepatutnya di dalam blog ini. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak... Salam sayang dari Nikekin....

03 July 2013

Smile always

Senyuman dan ketawa boleh menyembunyikan 1001 yang tersirat di sebaliknya. Tapi tahu tak dengan ketawa dan senyuman adalah terapi terbaik untuk diri dan insan sekeliling. Untuk mendapat hidup yang gembira permulaan hari perlu betul. Jadi ukirlah senyuman di awal pagi kerana senyuman anda akan membahagiakan diri serta insan di sekeliling anda.

Senyuman juga adalah senaman terbaik untuk wajah. Bak kate orang awet muda hehehe.... Insan yang selalu terseny akan kelihatan muda berbanding usia sebenar. Haaa... Pe g senyum lah kerana senyuman anda sangat berharga, Senyum itu juga adalah satu sedekah yang paling mudah... Smile always...:-)