Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

22 January 2012

Nightmare for me.......

salam ukhuwah fillah....
erm... lame x tulis kan tp ckrg nie sebenarnyer masih g mood down for today... nie semua sebab de somthing yang berlaku dalam hidup saya dalam sekelip mata... Last week x ingt plak ari pe, banyak benda jadi kat my life dalam satu hari... Somthing yang agak mengejutkan dan mengecewakan...


First pagi tu bangun nk pergi kerja memang mood betul2 down x thu kenapa, memang rasa malas sangat nak pergi kerja tapi still teruskan kerana sape nak bagi wet kalau x kerja huuuuhuuu....... Sampai keje kena panggil ngan Big Boss dia bagi surat bukak2 permohonan untuk sambung sebagai pekerja kontrak so permohonan untuk kerja tetap di tolak kerana tiada kekosongan jawatan. Alasan yang x munasabah jer rase sebab jwatan yang sekarang nie memang kosong pun... Tapi still lagi boleh bersabar balik opis mood dah lagi down...

Tengah hari tu before lunch member kolej tepon, memeberitahu 1 berita yang agak mengejutkan. Seorang rakan seperjuangan di zaman kolej telah kembali kerahmatullah malam tadi kerana sakit kanser teroid, memang terkejut kerana selepas konvo memang x dengar langsung khabar dea. Tetiba dapat berita dah x ada, sedih x dapat menziarahi dia kerana dia tinggal di Kelantan. Hanya sedekah kan al-fatihah & yassin dr jauh sahaja. Jiwa masa tu memang betul2 down banyak kenangan yang di cipta bersama nya di zaman kolej, seorang yang baik, sentiasa menasihati diri ini, x lokek untuk menolong, sentiasa mengingati diri ini tentang hidup dan amalan.. Semoga dia di tempatkan di kalangan orang2 yang solehah... Al-Fatihah.....


After that memang mood untuk keje jadi zero dengan 2 benda yang mengejutkan itu. Petang tu seseorang rakan telefon untuk bertanya pendapat yang perlu di buat ketika waktu itu juga. Tapi apakan daya fikirang tengah bercelaru + buntu..... Aku hanya mengikut apa yang telah di tentukan kerana fikiran memang x boleh nak berfikir dengan tenang waktu itu..... I'm so sorry my friends.....


This week plak aku di arahkan untuk cover kerja seorang rakan yang bercuti untuk berkahwin, aku cover kerja dia selama 2 week di tambah plak ngan kerja2 yang biasa. Memang rasa gila jer kerja minggu nie, terkejar-kejar antara kerja dia ngan kerja aku. Tiap2 hari balik pukul 9.00pm, dh rase bukan kerja opis tapi kerja chiff huuhuuu..... Apa lah nasib aku nie, rase dapat elaun backup pun x berbaloi kalau kerja setengah mati macam nie waaaaaa..... Kawan2 de kerja kosong x nak lari dr cnie lah hukhuk...XD

k lah time to rest....tata & wassalam.... =)

14 January 2012

Mencari Ketenangan Jiwa....

Alihkan matamu ke laut,
airnya cantik membiru & penuh ketenangan,
tatapi hanya Allah saja
yang tahu rahsia di dalamnya....

Begitulah dengan manusia,
riang ketawa,
tetapi hanya Allah saja
yang tahu rahsia kehidupannya.....


Jika merasa kecewa,
pandanglah kesungai
airnya tetap mengalir
biarpun berjuta batu menghalang.....

Jika merasa sedih,
pandanglah ke langit,
dikau akan sedari
bahawa Allah sentiasa bersamamu......


13 January 2012

SEANDAINYA INI BERLAKU PADAKU....

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara Family semua sedang berkumpul diruang tengah. Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya.... . siapa dia.... tiba2 aku merasa dada ku sesak...sukar untuk bernafas.... namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku...... terus erjalan.....
kekerongkongku. . sakittttttttt. ........sakit. rasanya.
Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,... Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku......Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...kkhh. ........ khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi...Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak.. ... air mataku seolah tak berhenti.Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku.
Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan. Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat,segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... familyku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia???????.. Mengapa familyku memeluknya sambil menangis...mereka menjerit... histeria . terlebih ayah serta ibuku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia......... ..????? ???

Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...???? ????

Aku cuba menarik tangan ayahku tapi tak mampu..... Aku cuba pula untuk merangkul adik beradik ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak.... tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku.... Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku
telah mati... aku telah mati.

Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak. ...Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku. Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang ku lakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah ku lakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis........ masaku telah terlewat....

Aku  sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll. Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum solat. Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih biasa membaca coretan ini sungguh aku amat sangat bahagia.

Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia. Wallahualam....

Mari lah kita berlumba dalam kebaikan.
'Sesungguhnya Allah Tidak Dapat Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka'?..

11 January 2012

Bila Hati Berbicara...

Persoalan.....????
Aku....sendirian meneruskan langkah kaki, perlahan-lahan agar aku tidak rebah,
tetapi...mengapa ku rasa kakiku kian lemah, hampir-hampir tumbang menyembah bumi,
ku rasa langkahku sudah ku atur rapi tetapi aku tersadung jua...
Apa salah mataku melihat??? Apa salah hatiku meneka???

Jawapan....
Bukan matamu yang salah melihat, bukan kakimu yang salah berjalan....
Relaku gapai tangan yang melambai, menyambut mesra teruskan melangkah,
bukan dirimu yang salah cuma hatimu perlukan masa,
tuk memerhati di pintu hati bahawa dirimu tidak bersendirian,
Jangan di kenang nasib diri biarkan ia berlalu pergi, relakan ia seikhlas hati,
ketenanganmu akan hadir kembali tuk meneruskan langkah kaki......


Persoalan.....???
Khabarkan padaku selama mana harusku memerhati???
Keikhlasan lama ku lontarkan,
Kenangan semalam telah lama ku abadikan di sudut hati....
Apa lagi yang menutup tabir semangatku???

Jawapan.....
Andainya lahir kata-kata darihati, Senyumanmu tak pudar seperti subuh hari.....
Hari-harimu kelam menanti mentari, Hatimu gundah resah tak bertepi....
Tabir semangatmu perlu diwarnai, walau tak perlu diketahui isi....
Hanya dirimu yang mengerti, dimana letaknya kunci semangat diri......

06 January 2012

The New Friends Mimi & Miko...

waaaa.....best nyer lah akhir2 nie, nak tahu tak kawan2 npe saya rasa happy and ceria jer hidup ni. Ini kerana twince friends dh de kat umah saya heehee... Nak tahu tak sape tu my twince friends, dea adalah 2 ekor Rabbit heehee...=)

Dah dekat sebulan dea menjadi kawan and pendengar setia saya huuhuu... suka layan dea, main dengan dea and dea nie manja sebab suka sangat duk sembunyi dekat saya kalau de orang lain yang dea x kenal and paling saya suka walaupun geli adalah dea suka jilat2 and gigit2 tangan saya haaahaa..... (geli jgn ckp lah ^-^) Tapi seronok and enjoy cz dapat lepas tension bile main ngan dea nie. Dia nie pun sepasang 1 ekor jantan saya bagi nama Miko and betina pulak saya bagi nama Mimi, sweet kan name dea heeheee....

Tapi tu lah kadang2 terlupa nak bagi dea makan and kemas sangkar dea sebab sibuk ngan keje, sian dea heeehee... (pe lah nasib dapat tuan macam aku nie heehee...) Biasanya hujung minggu @ bile de masa baru kemas sangkar dea x pun bila My dad dh bising haaahaaa... ;-) Rutin harian plak pagi2 bgun sebelum mandi mesti kene kuarkan dea dulu cz malam dea tito dlm umah (kat luar umah banyak pemangsa huuuhuuu)  pagi kene lah letak luar umah, and than bagi dea makan and minum... Pastu petang @ malam balik keje bagi lagi dea makan... Erm.. tu lah keje dea makan jer, tu yg cepat besau and gemuk tu haahaa... Hujung minggu plak kemas sangkar dea and mandi kan dea huuhuu....=)

Walaupun dea hanya seekor binatang tapi dea dapat menghilangkan tension ketika bekerja, itulah ajaibnya ciptaan binatang nie... Kalau x percaya cube lah huuhuu...=) Nak tengok ke my rabbit, ok nie adalah beberapa pic yang telah di ambil secara sembunyi kerana My Dad x bagi ambil pic binatang peliharaan katanya x elok tapi betul ke tak x tahu lah..... Wallahualam...


 putih "mimi" & cokelat "miko".....

 penat ajar minum pakai botol tp x pandai2 gak, yang pandai pakai bekas huuhuuu.....

lebih banyak minum dari makan....

mate bercahaya tika malam....

k see u my friends....=)

05 January 2012

Enjoy The New Years 2012

ict shah alam.....


2010.....2011....2012..... semakin cepat masa berlalu sedar tak sedar kita dah pun melangkah ke tahun baru 2012... So malam tahun baru tu aku adik, kakak and abang ipar pergi jalan2 kat ICT Shah Alam.. Saje tengok bunga api sambil jalan-jalan heehee....

Pagi tu plak aku g Taman Cahaya Seri Alam kat Shah Alam... Waaa... memang penat lah dah lah malam tu balik kul2.00 am pagi tu plak gerak kul7.30am.... Penat ngantuk memang x ingat lah huuhuu.... Tapi best wat expedisi bersantai naik basikal, lame kot tak naik basikal last naik form5.... pastu sampai ckrg dh x naik mau dekat 5 ke 6 tahun dh x pegang basikal, memang pancit lah, tp enjoy and relest tension heeheee.....

walaupun mase pergi tu teringin nak masuk rumah 4 musim, tapi x de rezki lah kerana sebab2 tertentu... waaa.... kempunan nya huuhuu... =( x pe next time leh cube g k...=) Ni adalah pic yang sempat di snap ketika itu heehee.... (^-^)








k take care and selamat tahun baru, semoga tahun baru ini akan memberi 1000 makna buat sahabat2 sekalian... see u dear....=)