Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

14 November 2015

HaRaPaN

Aku berkongsi dengan-Nya,
Tentang masalah kita ini,
Dan air mata ini mengalir dengan sendiri.
Kalaulah kau tahu apa yang aku rasa,
Perasaan ini...
Harapan ini...
Tangisan ini...
Moga Allah bantu kita,
Dan berikan kita kesudahan yg baik-baik
Aku letih menangis.
Aku harap kau tahu itu...

10 November 2015

Cinta

Awan putih berarak di langit biru meninggalkan memori di atas sana.
Dan apabila mentari esok menjelma semuanya bertukar menjadi kenangan.
Cinta itu dari Dia.
Pemilik cinta segala cinta.
Cinta lahir dari hati.
Cinta bertaut seindah kasih.
Kekal abadi bersama reda-Nya.

04 November 2015

Hari ini adalah reality

Jika mengharap semalam,
Semalam sudah berlalu...
Jika mengharap esok,
Esok masih belum pasti...
Mengharap pada hari ini,
kerana hari ini memberi harapan...
Semalam terjadi kerana hari ini,
Esok berlaku setelah janji hari ini...
Segala-galanya kerana hari ini....