Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....
My friends...
28 October 2014
27 October 2014
Setiap hari itu berbeza
Kita sering nampak DERITA hari ini,
tapi kita jarang ingat KEBAHAGIAAN untuk esok hari.
Belajarlah untuk menghargai Apa yang kita Miliki Hari Ini
kerana kita tidak akan dapat MENGHARGAINYA esok
jika semuanya telah tiada....
Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza.
Semalam kanak-kanak,
hari ini Remaja dan
esok Dewasa,
Seterusnya Hari Tua.
Maka Jadikanlah Hidup ini Sesuatu yang BERMAKNA.
EVERYDAY is a new Chapter.
Mulakan dengan Bismillah....=)
24 October 2014
16 October 2014
Nikmat Jua Dugaan
Apabila Tuhan menganugerahkan nikmatnya padamu,ingatlah suatu waktu nikmat itu akan digilarkan kepada orang lain dan di ambil dari dalam tanganmu. Dan jika engkau ditimpa oleh suatu bala bencana itu pun akan dihindarkan daripadamu. Apabila kedua peringatan ini tidak pernah lepas dari hatimu, tidaklah engkau terumbang-ambing di dalam hidup.
15 October 2014
sepi itu sebuah ketenangan
Tuhan, maafkan jika aku rapuh dan suka mengeluh...
Tapi mulai hari ini,
aku seharusnya bersyukur dengan semua nikmat yang tidak bisa aku hitung,
Aku masih boleh bernafas dan masih boleh berjalan,
Mohon jauhkan aku dari berkeluh kesah, kesempitan fikiran,
kekotoran hati dan dari kemalasan tubuh ini.
Dan Tuhan, Jaga, Sayangi, Kasihi, Cintai dan lindungilah selalu
yang membaca tulisan ini sepanjang hidupnya....Amin...
"Dalam diamku aku mencari kekuatan,
Dalam sepiku aku mencari ketenangan..."
14 October 2014
11 October 2014
Dont know???
Aku tidak mampu mengubah masa lalu dan aku
sekarang tidak mampu untuk mengetahui apa
yang bakal terjadi pada masa mendatang. Untuk itu,
mengapa aku harus menyesali masa lalu atau
merasa cemas dengan masa mendatang??
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Surah Al-Baqarah : Ayat 45)
08 October 2014
Mata air.
Tangisan seorang perempuan
Bukan untuk meminta simpati
Sekadar melepaskan rasa hati.
Tangisan seorang perempuan
Bukan untuk melemahkan
Sekadar melepaskan
tekanan perasaan.
Engkau boleh jemu
Melihat tangisan itu
Engkau boleh benci
Melihatnya menangis lagi
Namun suatu hari nanti
Mungkin engkau akan mengerti
Mungkin engkau susah hati
Tatkala tangisan itu sudah berhenti.
Kerana dia sudah pergi
Kerana dia tidak lagi peduli
Dan kerana engkau tidak lagi
Bertakhta di hati.
Bukan untuk meminta simpati
Sekadar melepaskan rasa hati.
Tangisan seorang perempuan
Bukan untuk melemahkan
Sekadar melepaskan
tekanan perasaan.
Engkau boleh jemu
Melihat tangisan itu
Engkau boleh benci
Melihatnya menangis lagi
Namun suatu hari nanti
Mungkin engkau akan mengerti
Mungkin engkau susah hati
Tatkala tangisan itu sudah berhenti.
Kerana dia sudah pergi
Kerana dia tidak lagi peduli
Dan kerana engkau tidak lagi
Bertakhta di hati.
07 October 2014
Luar Biasanya Wanita
Dia yang tetap tersenyum…
Walau hatinya sedang terluka…
Dia yang tegar…
Walau sebenarnya ia ingin Menangis…
Dia yang tetap menerima…
Walau hatinya begitu kecewa…
Dia yang tetap kuat…
Walau sebenarnya ia merasa tak sanggup lagi…
Dia yang tetap semangat…
Walau di terpa banyak masalah…
Dia yang tetap tawakkal…
Karana yakin semuanya akan kembali baik-baik saja…
InsyaAllah…
Semoga aku dan wanita yang membaca tulisan ini dialah wanita yang luar biasa dan baik di hadapan Allah.
Amin....
Subscribe to:
Posts (Atom)