Bukan saja2 Allah jodohkan kita
dengan suami sekarang..
Bukan saja2 Allah letakkan kita
dalam keluarga yang tak kuat agama..
Bukan saja2 Allah bagi kita anak
ramai atau takde langsung..
Bukan saja2 Allah bagi kita
sakit..
Bukan saja2 Allah aturkan kisah
silam kita..Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa 'tak banyak
dosa" sangat. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa
"saya ni baik je". Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin
tak bersungguh2 memohon ampun daripadaNya.
Bukan saja2 kita sorang je dapat
hidayah..Dengan hidayah yang kita dapat tu sebenarnya akan jadi asbab kebaikan
untuk orang lain. Cuba audit diri kita. Berapa banyak manusia yang kita berjaya
bawak dan dekatkan dirinya dengan Allah?"
Hidup kita Allah yang atur. Suami
kita Allah yang punya. Anak2 kita Allah yang punya. Duit kita Allah yang punya.
Kesihatan kita Allah yang punya.
Jadi, jika kita kehilangan duit,
suami,anak atau kita sakit maka redhakanlah. Kerana semua itu bukan kita punya.
Allah yang punya. Dia boleh bagi kita dan Dia boleh ambil balik daripada kita.
Namun usah lupa. Allah itu Penyayang. Dia ambil sesuatu daripada kita sebab Dia
nak bagi 'sesuatu yang lebih besar' untuk kita. Sesuatu yang sangat kita
perlukan yang kita tak pernah tahu. Cuma Allah yang tahu. Bersangka baik dengan
Allah perlu kita aplikasikan. Percayalah, apabila sentiasa bersangka baik
dengan Allah, kita akan sentiasa redha.
Jadi, usah kecewa. Kita ada
Allah. Kita minta pada Allah. Kita minta kekuatan pada Allah. Kita yakin dengan
Allah. Kita redha dengan ketentuan Allah. Insyaa-Allah akhirnya kita dapat
menerima semua kelemahannya dengan hati terbuka. Tapi, untuk mendapatkan hati
terbuka itu, perlukan beberapa perlaksanaan. Antaranya solat malam! InsyaAllah
kekuatan itu kita akan perolehi.
Kita ada Allah! Dan Allah itu ada
di mana2. Bukan hanya di Mekah dan Madinah sahaja., Jika di Mekah dan Madinah
ada tempat2 mustajab, di tempat lain juga ada. Jika kita berpuasa, doa kita
mustajab. Jika kita solat malam, doa kita mustajab.
Dan Allah telah menggariskan
panduan, "Sabar dan Solat"!
Lakukanlah! Dan perlahan2,
akhirnya kita dapati Allah akan gantikan semula semua yang Dia ambil dari kita
tapi berbeza2 bentuk pemberiannya. Yang pasti, pemberian itu nyata lebih baik,
lebih bagus dan lebih perlu. Insyaa-Allah..
Allah tak jadikan sesuatu itu
saja2~