Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

27 January 2013

Apa ada pada 26 January 1997

Salam Ukhuwah Nikekin ucapkan wat rakan2 blogger sekalian... Mesti terkejut kan baca tajuk Nikekin nie. Tarikh nie memang setiap tahun akan Nikekin ingat sampai bile2 kerana di situ punya 1001 cerita. 

Ibu...Mama...Mak...Umi.. walau apa pun pangilannya maksudnya tetap sama iaitu seorang wanita yang telah melahirkan kita di dunia ini. Pada tarikh inilah iaitu 26 January 1997 ketika Nikekin masih berumur 9 tahun wanita tersebut telah pergi meninggalkan Nikekin serta family untuk selamanya. Sehingga sekarang ini tarikh tersebut menjadi begitu keramat dalam hidup Nikekin. Dia pergi dalam hidup Nikekin buat selamanya tanpa sempat untuk Nikekin membalas segala jasa-jasanya di dunia ini.


Sekarang nie Nikekin rasa rindu sangat dengan dia, tak dapat di gambarkan perasaan itu begitu mencnegkam kalbu ini. Nikekin rindukan gelak tawanya, rindukan masakannya, rindukan nasihatnya dan segalanya tentangnya..... Kadang2 Nikekin cemburu bila orang @ kawan2 bercerita tentang ibu mereka.... Tapi walau bagaimana pun Nikekin bersyukur kerana Nikekin masih lagi mempunyai Ayah yang begitu sayang and mengambil berat tentang diri Nikekin.... Wat kawan di luar sana hargailah ibu anda selagi dia masih ada di dunia ini.... Al-Fatihah wat arwah Mak....

22 January 2013

Nak Tahu, Apa itu Rindu???

Nikekin nak berpuitis plak lah malam nie, jom kita layan jap... Tapi kalau x best jangan marah yer sebab hanya ingin mencuba huuuhuuu...^-^


"Minum kopi bercawan cawan,
Sambil minum bermain dadu,
Wahai cikgu yang manis rupawan,
Apa ubatnya penghilang rindu...??? "

Rindu itu sebuah anugerah. Yang dirindui juga anugerah. yang sedang merindui itu lebih lebih lagi penganugerahnya. Rindu itu satu nikmat. Nikmat yang membuktikan bahawa hati dan jiwa kita masih lagi hidup. Beruntungnya kamu kerana masih layak untuk menerima dan memberi rasa rindu itu. Tetapi, kepada siapa rindu itu layak untuk diserahkan???? Ianya terpulang pada kita dan bagaimana hendak kita persembahkan.kepada siapa. 

Yang utama perlulah rindukan DIA yang pertama di atas sana, kerana pasti makhluk yang lain lainnya bersedia untuk turut merindui kita. Kenapa boleh jadi begitu??? Kerana hanya DIA yang pemilik rindu dan hanya DIA yang mampu untuk mencampakkan rasa rindu itu kepada sesiapa yang DIA kehendaki. Ubat rindu itu doa. Jadi berdoalah untuk ALLAH. Insyallah, DIA akan sampaikan rindu itu kepada yang dirindui. Rindulah!!! Rindu selagi mampu. Terima Kasih seandainya diri ini antara yang dirindui. Kerana kalian juga turut daku rindukan setiap saat...=)

Amacam kawan2 pandai tak Nikekin berpujangga heehee... =D


Hot Story Kew????

Setelah lama menyepi Nikekin nak share kekecewaan diri Nikekin ini. Kalau kawan2 nak tahu Nikekin de minat kat sorang mamat nie, tapi baru2 nie dia dh wat Nikekin kecewa dengan pegakuan perkahwinan dia. Memang rasa merana lah diri nie, sampai ati dia wat Nikekin macam nie, sedihnya....=(

Nikekin x pernah pun rase kekecewaan sebegini, ye lah Nikekin sentiasa sokong walau apa pu yang dia lakukan walaupun hanya dari belakang. Tapi kenapa dia wat Nikekin macam nie... Waaaaa merana nya.... Kawan2 nak tahu siapa jejaka nie dia lah Zain Saidin yang bakal berkahwin dengan Rozita Che Wan heeehee....=) Tapi betul kew???? Kalau nak tahu berita lanjut dia leh lah klik link nie k....  Zain Saidin & Rozita Che Wan Nikekin nie beranagan jer kan huuhuu... Tapi pape pun kebenaranya Nikekin nak ucapkan semoga dorang nie berbahagia hendaknya aminnnnn...=)

I'm Back...



Salam Ukhuwah Nikekin ucapkan wat rakan2 blogger sekalian, 
windunya kat blogger nie.... I'm back setelah hampir seminggu menyepikan diri, sebab My Lappy pun dh chat so leh lah kembali aktif seperti dulu yuuuhuuuu.....

Rase macam banyak jer benda nak share tapi x tahu nak mula dr mane heehee...=) Ok firstly biarlah Nikekin susun dulu pe yg Nikekin nak tulis k, tp bukan di sini nantikan article seterusnya k bye.....=)

14 January 2013

Laptop Oh Laptop....

Salam Ukhuwah kawan2 blogger Nikekin ucapkan... 
Sekarang nie Nikekin tengah sedih sangat sebab My Lappy (Laptop) Nikekin baru di kejarkan ke hospital semalam kerana sebab2 tertentu dan ckrg nie dia de dengar seorang Doc yang pakar serta terlatih yang Nikekin cari khas untuk ubatkan My Lappy.... Nikekin harap Doc tu dapat lah ubatkan Lappy Nikekin sebab Nikekin sayang sangat dengan Lappy nie, dia dh banyak sangat tolong Nikekin waktu susah dan senang... 


Tu lah nie semua Nikekin punya pasal terlalu push dia untuk wat keje sampaikan dia sakit. Hopefully Nikekin doakan dia cepat sembuh dan baik seperti sedia kala, sebab baru 1 day dia x de Nikekin dh rindu sangat ngan dia... And wat dua ke tiga hari nie memang Nikekin x boleh lah nak slalu on kat blogger nie and balas coment kawan2 semua. Ni pun Nikekin ambik masa on masa waktu kerja jap huuhuu... =D