Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....
My friends...
10 November 2015
04 November 2015
24 September 2015
Ajarkan aku redha
Sayu hiba dan keseorangan. Itu yg kurasakan saat ini. Bersendirian di hari yang penuh keceriaan buat semua. Tidak tahu mana arah yang ingin ku tuju?? Mungkin bersendirian itu lebih baik dr keramaian yg bisa membuatkan hati terluka @ terpaksa mereka sebuah cerita.
Jadi aku memilih untuk sendiri. Tanpa sedar air mengalir membasahi mata. Aku redha?? Aku pasrah?? Ayat itu begitu mudah untuk di ungkapkan tapi terlalu sukar untuk di lakukan. Walau kadang kala aku pasrah namun satu masa yg lain aku berduka. Jadi bagaimana untuk aku menerima ini semua?? Ajarkan aku untuk pasrah dan redha!!
Hati ini terlalu berdolak dalik sifatnya. Jadi bagaimana harus aku menanganinya. Wahai insan yg ku rindui... jika ini yg terbaik utk kte aku akan cuba utk melatih hati ini. Walau sukar @ terluka aku akan cuba sehabis daya. Jika sebaliknya aku terima dgn tgn terbuka. Tapi aku x mahu berharap kerana kecewa itu amat perit. Sangat sangat perit.
Ya Allah berilah aku kekuatan untuk semua ini.
08 September 2015
Semalam adalah Sejarah dan Hari ini adalah Kenyataan
- Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.
- Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.
- Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.
- Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.
- Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang).
- Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.
- Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.
- Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air

