Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

11 October 2014

Dont know???



Aku tidak mampu mengubah masa lalu dan aku
sekarang tidak mampu untuk mengetahui apa
yang bakal terjadi pada masa mendatang. Untuk itu,
mengapa aku harus menyesali masa lalu atau
merasa cemas dengan masa mendatang??

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Surah Al-Baqarah : Ayat 45)


08 October 2014

Mata air.

Tangisan seorang perempuan
Bukan untuk meminta simpati
Sekadar melepaskan rasa hati.

Tangisan seorang perempuan
Bukan untuk melemahkan
Sekadar melepaskan
tekanan perasaan.

Engkau boleh jemu
Melihat tangisan itu
Engkau boleh benci
Melihatnya menangis lagi

Namun suatu hari nanti
Mungkin engkau akan mengerti
Mungkin engkau susah hati
Tatkala tangisan itu sudah berhenti.

Kerana dia sudah pergi
Kerana dia tidak lagi peduli
Dan kerana engkau tidak lagi
Bertakhta di hati.

07 October 2014

Luar Biasanya Wanita


Dia yang tetap tersenyum…
Walau hatinya sedang terluka…
Dia yang tegar…
Walau sebenarnya ia ingin Menangis…

Dia yang tetap menerima…
Walau hatinya begitu kecewa…
Dia yang tetap kuat…
Walau sebenarnya ia merasa tak sanggup lagi…

Dia yang tetap semangat…
Walau di terpa banyak masalah…
Dia yang tetap tawakkal…
Karana yakin semuanya akan kembali baik-baik saja…

InsyaAllah…
Semoga aku dan wanita yang membaca tulisan ini dialah wanita yang luar biasa dan baik di hadapan Allah.
Amin....

23 September 2014

ALLAH tak pernah Jadikan Sesuatu Itu Sia-sia

Bukan saja2 Allah jodohkan kita dengan suami sekarang..
Bukan saja2 Allah letakkan kita dalam keluarga yang tak kuat agama..
Bukan saja2 Allah bagi kita anak ramai atau takde langsung..
Bukan saja2 Allah bagi kita sakit..

Bukan saja2 Allah aturkan kisah silam kita..Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa 'tak banyak dosa" sangat. Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin akan rasa "saya ni baik je". Jika bukan kerana kisah silam itu, kita mungkin tak bersungguh2 memohon ampun daripadaNya.

Bukan saja2 kita sorang je dapat hidayah..Dengan hidayah yang kita dapat tu sebenarnya akan jadi asbab kebaikan untuk orang lain. Cuba audit diri kita. Berapa banyak manusia yang kita berjaya bawak dan dekatkan dirinya dengan Allah?"

Hidup kita Allah yang atur. Suami kita Allah yang punya. Anak2 kita Allah yang punya. Duit kita Allah yang punya. Kesihatan kita Allah yang punya.

Jadi, jika kita kehilangan duit, suami,anak atau kita sakit maka redhakanlah. Kerana semua itu bukan kita punya. Allah yang punya. Dia boleh bagi kita dan Dia boleh ambil balik daripada kita. Namun usah lupa. Allah itu Penyayang. Dia ambil sesuatu daripada kita sebab Dia nak bagi 'sesuatu yang lebih besar' untuk kita. Sesuatu yang sangat kita perlukan yang kita tak pernah tahu. Cuma Allah yang tahu. Bersangka baik dengan Allah perlu kita aplikasikan. Percayalah, apabila sentiasa bersangka baik dengan Allah, kita akan sentiasa redha.

Jadi, usah kecewa. Kita ada Allah. Kita minta pada Allah. Kita minta kekuatan pada Allah. Kita yakin dengan Allah. Kita redha dengan ketentuan Allah. Insyaa-Allah akhirnya kita dapat menerima semua kelemahannya dengan hati terbuka. Tapi, untuk mendapatkan hati terbuka itu, perlukan beberapa perlaksanaan. Antaranya solat malam! InsyaAllah kekuatan itu kita akan perolehi.

Kita ada Allah! Dan Allah itu ada di mana2. Bukan hanya di Mekah dan Madinah sahaja., Jika di Mekah dan Madinah ada tempat2 mustajab, di tempat lain juga ada. Jika kita berpuasa, doa kita mustajab. Jika kita solat malam, doa kita mustajab.

Dan Allah telah menggariskan panduan, "Sabar dan Solat"!

Lakukanlah! Dan perlahan2, akhirnya kita dapati Allah akan gantikan semula semua yang Dia ambil dari kita tapi berbeza2 bentuk pemberiannya. Yang pasti, pemberian itu nyata lebih baik, lebih bagus dan lebih perlu. Insyaa-Allah..

Allah tak jadikan sesuatu itu saja2~

17 August 2014

Dreaming

Aku menerima suatu berita yg mengejutkn. Aku tension... stress.... Kereta ku pandu tanpa tujuan, fikiran bercelaru menjadikan fokus pd pemanduan aku turut terjejas. Pedal minyk ku tekan tanpa had dan tnpa sedar meter sudah melebihi had laju.

Ketika aku hendak memotong di satu selekoh tiba2 kenderaan ku pandu hilang kawalan. Kereta ku melunjur merempuh sebuab pokok di tepi jalan. Kepala ku pening, kaki ku sakit, ade cairan hangat dr dahi ku. Aku terdengar suara2 di luar yg mengetuk cermin keretaku, tp aku x dpt memberikn reaksi.

Bila aku sedar kepala ku sakit, seluruh bdn terasa kebas dan tiba2 ak tercium haruman ubatan. Aku tahu aku kini berada di hospital. Aku cube mengerakkn tgn kanan tiba2 berat bila ku menoleh rupa2 nya suami tgh tito memegang erat tgn ku.

Mungkin tergangu dgn gerakn ak dia mula terjaga. Dia tersenyum memandangku. Aku gembira krn dia yg pertama ku lihat. Sdg ak cube mengerakkn bdn ak rsekn kaki kiriku berat bila keselak selimut yg menutupi kaki ku... Aku menangis.....

Erm...bersambung.... Nanti kn kesinambungan cerita ini pada article akn datang....