Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

09 July 2014

Takdir sebuah Ketentuan

Hidup ni tak semua yang kita nak akan kita dapat. Kadang2 Allah nak uji hambanya. Sebab Allah rindu nak dengar rintihan tiap hambanya...Allah juga adil dia bukan tak bagi apa yang kita minta tp dia bagi apa yang kita perlu. Allah adalah perancang terbaik untuk hambanya.

Sentiasa lah berbaik sangka kepadanya. Aku redho dan terima jika ini takdirnya. Namun kuatkan lah diri ini di dalam menerima ketentuan mu. Sesungguhnya aku adalah insan yang lemah di sisi mu...

06 July 2014

Planning pe tu yer???

Oh..oh... cat umah, service keta, duit raya.... oh....bru seminggu raya dah sibuk plan untuk raya. Haaa... sape lh tu yer hiihii... Bukan pe tak nak kalang kabut and terlebih bajet plak nanti. So plan lh awal2, ye tak hiihii...

So excited sbb raya pertama bersama hubby and raya pertama di umah sendiri. Plan plan macam banyak jer yg nk tukar and terlebih plak bujet. So akhirnya kami cut cost untuk dulu kan mana yang lebih penting.

Ini lah lebihnya bujet. Tak lah nanti lepas raya gigit jari nk isi minyak keta and duit makan. So plan lah segalanya untuk lebih mudah... Selamat berplanning....

04 July 2014

Masalah menjadikan kita Kuat

Tuhan mengajar kite untuk menjadi seorang yang tabah dan kuat. Kerana itu dia memberi kite masalah untuk di hadapi. Jangan pernah berburuk sangka dengan tuhan. Sesungguhnya dia tahu apa yang terbaik bagi setiap hambanya.... Masalah menjadikan kite lebih matang. Jangan terlalu mencari kesalahan orang lain kerana kesalahan kita sendiri kadang2 lbh banyak daripadanya. Pengorbanan itu perlu untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan.

02 July 2014

Sampaikan pesanan ini wahai bayu..

Di pagi yang hening hati terasa kosong. Kosong tanpa perasaan dan sesak dada dengan suatu perasaan yang sukar untuk di terjemah. Terasa jauh dari semua orang, terasa kehilangan, terasa sunyi, dan semua perasaan menjadi kosong.

Harus pada siapa harus ku luahkan keluh kesah hati ini. Pada manusia, pada tumbuhan @ pada bayu yang menyapa lembut. Manusia yang hanya tahu menindas tanpa memahami, pada tumbuhan yang hanya kaku dan pada bayu yang tanpa berpenghujung. Lalu aku memilah sebuah coretan.

Hanya dengan coretan aku dapat meluahkan semua rasa yang menyesak di dada. Aku rindu pada jenaka seorang jejaka tersayang....yang kini menghempas pulus untuk mencari rezki. Rindu pada usik tawa nakal nya, rindu pada segala ceriteranya, rindu pada sifat romeo nyer. Tapi aku perlu berkorban. Berkorban untuk sentiasa kekal di cc nyer memberi semangat.

01 July 2014

Khayalan itu hayalan

Tika malam hampir menginjak pagi, seorang wanita masih lagi mencari-cari destinasi hayalannya. Mata yang masih belum mahu menuju destinasi terpaksa di kerah untuk bekerja. Nasib si penglihat yang berkorban untuk tuannya yang mahu berkarya di malam yang sunyi ini.

Tidak tahu pada siapa harus aku meluahkan keluh kesah diri ini. Aku telah lama meninggalkn dunia karya menjadi buntu. Hati yang tidak tenang seperti ada menyimpan sesuatu yang begitu jauh di dasarnya untuk di teroka. Mungkin juga tidak mahu untuk di teroka.

Mungkin tidak mahu diteroka dan hanya perlu di tanam terus. Mungkin itu adalah yang terbaik..