Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

14 October 2012

Berhujung minngu...

salam tengah hari wat kawan2 semua.... Hujung2 minggu nie mesti de yg baru bangun kan, biasalah tu lumrah manusia yg ingin merehatkan fikiran and badan di hujung minngu nie. Tapi kan org2 tua de cakap jangan bangun lewat2 nnti rezki kene patut ular haahaaa...=D

So terpulanglah pada kalian yer heeheee.... Hujung minggu nie aku busan lah sebab nyer x tahu nak wat pe, pelik kan org muda mcm aku  nie, kalau org lain dah lama dh kuar enjoy, tp not me.... Busan2 aku pun lepak dalam bilik layan tenet lah and mereka hikayat Dak kecik nie heehee...;-) Tapi jangan x tahu habis satu umah aku kemas pagi tadi sbb nyer datang angin monsun rajin nyer haahaa....

Ok jom kita mengahabiskan hujung minggu nie dgn aktivity2 yg berfaedah yer, jangan ikut aku k, x elok hanya aku jer yg leh wat...;-) daaaa.... x thu nak tulis pe, daaaa...... bye... see u next time and salam....=)


13 October 2012

Interview Lagi???


salam ukhuwah kawan2 rindunya dgn my lovely hikayat nie, lame dah x mencurah idea and bermanja2 dgn my hikayat nie. Hikayat pn dh lame x smbg2 kan heehee... Tu lah dia nama pun hikayat so mmg cite2 lama lah kan, bak kate org tu tak up to date tp ade aku kisah, yg pntg kita enjoy heehee...

first to all, byk benda berlaku tp aku x tahu nak tulis yang mana. So nie blog aku aku tulis lah pe yang aku nk tuliskan, korg nak bace2 jer x nak pun aku lah yang baca sndri kan heehee...;-) Apalah yg aku duk merapu x sudah2 nie kan huuhu... 

k sebenarnya isnin nie aku de interview kat SPA. Erm dah byk kali mencuba, tp belum de rezki and aku x kan mengalah slagi aku x dpt, tu my prinsip. So awal pagi isnin nie aku kene lah drive seawal pagi utk ke tmpt tersebut sbb nyer tmpat tu di tgh kesibukan kota. Untuk mengelakkan jem kene lah g awal kan, janji on time tu yg penting.... Pape pun wish me good luck ye my friends... =)

25 August 2012

RAYA LAGI....????



Salam aidilfitri wat kawan2 semua, masih di mood raya lagi tapi aku dh mula keje sedihnya huuuhuuu..... Tapi tak pe tanggungjawab kan haahaaa.... Tahun nie raya paling busan sbb my younger brother keje and angah and kakak x de, so aku ngan parents serta family along jer.... dan ia juga raya pertama tanpa MYBFF cz dia dah selamat mengharungi alam baru, tinggal lah diriku sendiri. Bak kata dak2 opis aku sape suruh kawin lambat2 padan muka x de kwn haahaaa....

Pape pun its ok janji my dad ade =) Ok malas nak bebel panjang2 just nak share beberapa pic yg sempat di tangkap mase raya tu....=)


family along....


si bulat sofia..=)


beratnya azim...;-)



my sibling and ipar....

me with my dad....

Are you Ready for Married....

Kenapa aku buka topik ini ya? Sebab ada orang tanya aku pasal nie so... So article di bawah nie aku nak berkongsi sedikit pengetahuan untuk diri sendiri dan untuk kawan2 semua, sama2 lah kita ambik manfaat nya.... Mana tahu ada yang dapat kita manfaatkan bersama. Sekarang ni lepas raya memang banyak kenduri kahwin di merata tempat. Aku pun tak larat nak memenuhi undangan di sana sini. Mana yang sempat aku pergi. Ok tanya bila aku kahwin insyallah....=)

Kita mungkin telah bertemu dengan pasangan yang kita cintai dan bersedia untuk melangkah ke alam tersebut. Tetapi kenapa masa ada perasaan ragu-ragu untuk melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan. Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Kita harus menyediakan diri dengan banyak perkara. 

Tulisan di bawah ini bukan untuk menakut-nakutkan kawan2 yang masih bujang tentang perkahwinan tapi sekadar ingin berkongsi beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan mengakhiri zaman solo. Fikirkan perkara-perkara di bawah tapi jika kawan2 sudah yakin dengan pilihan anda, tunggu apa lagi? Kahwin saja! XD


Ada alasan kukuh berkahwin.Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin anda perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda sehingga anda benar-benar yakin.

* Macam aku ni, Bagi aku aku nak membina perkahwinan nie dengan corak carit aku ngan pasangan aku sendiri, Insyallah....Harus sedia berkongsi

Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri.Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.

* Bab ni memang aku dah bersedia untuk berkongsi segala-galanya. Insya Allah. Kalau pasangan aku tak kedekut, aku pun tak kedekut la. Tapi insyallah pasangan aku memang sorang yang tidak berkira...;-)

Sedia untuk sakit hati 
Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda. 

* Nak tak nak kena belajar semua ini. Fuh! Jangan lah aku selalu sangat sakit hati. Mahunya aku makan hati jek nanti.. Tapi makan hati lauk kicap sedap jugak kan...XD

Sedia untuk berfikiran terbuka
Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.

* Perlu belajar mengawal emosi. Kalau aku masak tak sedap ke..ada tingkah yang tak elok ke, aku harap dia akan terbuka nak tegur aku dengan baik2..sebab aku ni kalau kena marah nanti, jadi mcm mana ntah. Mahu nya aku merajuk! Haha...kalau cakap elok, aku okay jek.

Sedia untuk kompromi 
Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga. 

* Memang perlu banyak bertolak ansur dan jangan berkira sangat. Lagi-lagi bab duit dan tenaga kerja. Kalau kat rumah tu aku harap, bakal pasangan aku pun sudi nak bantu aku buat kerja rumah. Lebih lagi kalau dah ada anak sendiri. Kalau tak sudi...nak buat macam mana kan... nasib badan....ahaks.....

Sedia untuk berpisah 
Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan. 

* Hm...kena bersedia juga ni. Sebab tu ayah aku galakkan aku mengumpul harta sendiri. Tapi kalau boleh aku nak elakkan semua ni terjadi. Malah tak nak dengar ungkapan berpisah selepas aku diijabkabulkan. Sama ada berpisah hidup atau mati. Kena redha!

Sedia menerima malu 
Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.

* Fuh! Ini pun satu hal..siap sedia mental dan fizikal nie. 

Soal anak 
Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.

* Aku memang nak anak, banyak mana pun aku tak kisah, selagi yang termampu dan diizinkan tuhan sebab aku memang suka budak2. Cuma aku harap kehadiran anak2 tidak akan dianggap sebagai beban dan menyusahkan. Harap pasangan aku faham dan tidak cemburu keterlaluan andainya banyak masa tertumpu pada anak-anak. Aku akan cuba berikan perkhidmatan yang terbaik...saling bantu membantu ye...cewahhhh!~


So kira aku nie dh bersedia lah nak kahwin nie yer huuhuu...XD 
Insyallah de jodoh x kan kemana kan...=)

14 August 2012

corat carit Ramadhan.

Bulan puasa nie macam2 yang ade kan. lagi2 iftar mmacam2 tempat org nak g huuhuu... 
Tapi Pejam celik... pejam celik... tinggal seminggu jer kita berpuasa kan.. Tu lah sekejap jer dah nak raya, last2 minggu mcm nie lah rezeki murah bagai mencurah-curah...=) Semalam ada orang berbesar hati untuk sponser my roomate office iftar kat hotel Primier, alhamdulillah rezeki... Memang melantak lah kitorang makan sampai x sempat nak ambik pic duk khusyuk sangat makan haahaa...XD So selama bulan puasa nie macam2 pic yg smpat di ambik, biasa lah org suka interframe heeheee...=)

1 table 4 org, so this my table & geng....XD




iftar at umah angah and birthday Rayyan 1thn...

3 jejaka terhangat...=)