Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia perfect, Banyak yang perlu di korbankan banyak juga yang terpaksa dilepaskan, Sesekali langkah tersadung rebah menyembah, Sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan, menentu kesabaran dan air mata.... Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, usah di gusar pada ANUGERAH TUHAN.... Anggaplah bila sesekali di duga, Itu sekadar untuk mematangkan & mengajar kita untuk bangun menjadi SESEMPURNA INSAN.....

My friends...

29 July 2017

Rindu Saya Tak??


Salam Ukhuwah Fillah. 
Sooooooo Sooooo long tak muncul kan. 
So now i'm back. Tapi ade kew yang rindu Nikekin ni, 
hurm... ok sapa lah diri ini kan hahahaha... 

Tak kisah lah ade yang rindu kew tak kew, Nikekin menulis sekadar berkongsi
dan sebagai hobi just have fun.... "peace yoo" 

Almost 1 year dengan last post before this right. Ok now Nikekin tak tahu nak cerita apa.
I'm a new person now after zaman kegelapan, sbb lupe nak pasang lampu hahah..
Now baru jumpa cahaya untuk menuju jalan seterusnya hiihii...
Alhamdulillah... 

Ok stop sampai sini dulu, next time Nikekin sharing lagi.
Sebab macam blur jer, tak tahu nak taip pe hiihii
maafkan saya, InsyaAllah next article maybe.

Now Nikekin just nak share sikit pic "New Family" .
 Next article nnti baru story k



Ok see ya the next article.....

23 August 2016

Mimpi menjadi kenyataan

"Mimpi itu satu khayalan, tetapi kita boleh berusaha untuk menjadikan ianya satu reality. 
Maka ianya bukan lagi satu khayalan semata-mata..."

Korang2 semua pernah mimpi tak?? Hurm.. mimpi  @ angan2 satu benda yang sama kan. Tapi Nikekin lebih suka guna khayalan, that why sebab dia macam benda @ sesuatu yang kita nak capai. Macam kita nak jadi the better person @ nak majukan diri.. haaa... macam tu lah lebih kurang. 

Ok article kali ni Nikekin nk share satu event yang Nikekin joint untuk menjadikan khayalan Nikekin satu kenyataan. Seriously event ni masa Raya Aidilfitri hari tu, so kira article ni throwback lah yeww hiihii... Event ni buat dekat  Glory Beach Resourt Port Dickson pada 30 July 2016 (25 Syawal). Nak tahu event pe..hurm... se the picture ok ;-)





Amacam nampak best kan. Seriously memang best, rasa berbaloi pergi and one more thing...Mira Filzah memang seorang yang mudah didekati, very friendly person. Tak sombong pun dan sangat sangat sempoi. Parents dia pun ok lagi2 PA dia Natrah, sempoi habis, boleh borak2 gurau dengan kami walau kami ni baru first time jumpa dia. MF dengan Natrah memang sama2 friendly gurau borak sempoi habis. Tak kisah pun siapa kami dia layan sama jer.

Satu kepuasan dapat joint one of the team Miraclegacy. Geng2 yang sempoi, gila2 and one more this sangat ambik berat each others. Ni hanya comment Nikekin, yang first time joint the event ni. Thanks to all friends ig #indipendentsaporter .

InsyaAllah de kelapangan next event kita jumpa lagi ok. Paling happy lagi sebab Nikekin dah daftar untuk one of team Miraclegacy ni no Nikekin  ;-) #MF0099



Give Me More Stronger


Kenapa setelah hampir setahun lebih, aku masih tak boleh nak lupakan dia?? Adakah aku yang masih belum untuk terus melangkah @ bayangan dia yang sering mengejar aku. Aku jua masih belum mempunyai kekuatan untuk meneruskan kaki ini menghantar borang itu. Sampai bila aku harus begini?? Sampai bila?? Sampai bila??

Adakah dia sudah boleh melupakan aku @ dia jua seperti aku yang yang masih dikejar bayangan lalu. Kenangan itu seperti mengejar aku, melambai dan terus melambai tanpa membenarkan aku untuk terus melangkah. Atau aku yang masih tidak dapat melepaskan bayangan itu kembali. Untuk apa aku terus begini? Untuk apa?? Sampai bila??

Andai kenangan itu boleh dipadam dalam memory ini akan aku lakukan walau apa cara sekalipun. Andai jua memory itu boleh dibuang akan aku lakukan jua. Namun semua itu adalah hak individu sendiri untuk membuang @ menyimpan segala memory itu. Tapi tahu tak kenangan itu adalah sesuatu yang indah dan mungkin jua pengajaran untuk kite.

Tiap sesuatu yang pernah hadir dalam hidup ini adalah takdir yang telah ditetapkan. Ya Allah aku memohon kekuatanMu itu untuk menghadapi semua ini. Pilihkan jalan yang mana harus aku lalui ini?? Aku keliru…Aku buntu… Jika ini adalah jalan yang terbaik buatku, kau permudahkanlah dan jika ia buruk bagiku kau jauhkanlah dan jadikan aku insan yang redha dengan segala ketentuanMu. Aku hanya insan yang lemah.


Aku tahu kau lebih tahu isi hatiku saat ini, jadikan aku pasrah dan redha dengan ketentuanmu. Aku tak mahu diri ini terus dibelenggu dengan rasa bersalah dan berbelah bagi. Jadikan aku insan yang kuat dalam melawan hawa nafsuku ini. Jagalah hatiku ini, kerana hati ini berbolak balik sifatnya. Aku mahu kuat… aku mahu kuat…. Kering kan air mata ini, kerana aku tak mahu Nampak lemah, biarlah hanya Kau sahaja tahu isi hati ini. 

14 June 2016

Rasa dengan jiwa sentuh dengan cinta




cinta membawa aku jauh ke dasarnya 
menakluk hati untuk tenggelam dalamnya
bila aku rasa dengan jiwa sentuh dengan cinta
maka dia akan hadir WUJUD....

Jiwa bila terlalu agungkan cinta semua rasa ada 
bila terlalu fikir tentangnya ada ketika dia hilang jauh

aku harap bila aku pejamkan mata
rasa dengan jiwa sentuh dengan cinta
kadang-kadang bila nafsu menguasai diri
kita akan melayang, ikut sangat kata hati
tanpa fikir mana yang baik mana yang tak

bila emosi semua benda jadikan puisi
Tapi ingat... nak jadi penulis paling hebat sekali pun
kita masih ada tuhan 
jangan terlalu ikutkan sangat perasaan awak
awak boleh menulis kebintang sekali pun
tapi pada waktunya awak kena tunduk ke bumi
kembali pada azali

apabila hati menyentuh saat jiwa goyah
aku jadi pemuja mengagungkan cinta
bila ia wujud dalam mimpi
aku jadikannya reality maka WUJUDlah...

Sumber : Filem Pendek Wujud 

Company Trip at Hatnyai Thailand

First to all, Nikekin nak share sikit sejarah Hat Yai ni okey.... Hat Yai (Bahasa Thai: หาดใหญ่; juga Haad Yai / Had Yai) merupakan sebuah bandar raya di selatan. Negara Thai berhampiran dengan sempadan ke Malaysia. Lokasi geografi ialah 7°1′N 100°28′E. Dengan bilangan penduduk 157,359 orang (2008) di pusat bandaraya dan kira-kira 800,000 orang di Hat Yai Besar, Hat Yai merupakan bandaraya yang terbesar di Wilayah Songkhla dan kawasan metropolis yang terbesar di Selatan Thai, oleh itu selalu disalah sangka sebagai ibu kota bagi wilayah tersebut. Namun Songkhla ialah ibu kotanya, tidak seperti wilayah lain di mana bandaraya terbesar merupakan ibu kotanya. Bandaraya ini meliputi seluruh Hat Yai tambon bagi daerah Hat Yai. Kedua-dua bandaraya ini merupakan sebahagian daripada Kawasan Metropolis Hatyai-Songkhla Besar.

Nama "Hat Yai" merupakan singkatan bagi "Ma Hat Yai", bermaksud pokok Ma Hat (Bahasa Thai: มะหาด) besar.
(Sumber : Sejarah Hat yai )

Ok so semua dah dapat sikit kan info. Nikekin share sebab sebelum puasa hari tu company tempat Nikekin kerja buat trip ke sana. So Nikekin nak throwback sikit lah perjalanan sepanjang di sana. Kami menginap di hotel Hat Yai central memang betul2 di tengah pekan Hat Yai. Antara tempat yang sempat kami lawati Hat Yai Wonderland 4DXDOME di situ kami sempat menyaksikan pertunjukan silap mata dari ahli silap mata terkenal Thailand (rezki kami kebetulan mereka ada disitu), Floating market, Chang Puak Camp, Hat Yai Mall dan lain2 lagi.

Kat bawah ni Nikekin share sikit picture2 yang sempat di snap semasa holiday tu. 

Ni pengankutan popular di Thailand 
nama nyer... tot tot..




Abang handsome Tour Guide En Amri

Pertama jejak kaki ke Hat Yai memang satu tempat yang agak menarik. Ramai juga yang beragama Islam disana. Tapi jika mencari makanan halal mestilah waspada kerana disana makanan Halal dan Non halal di jual pada satu tempat yang sama. Satu lagi komunikasi agak sukar kerana majority rakyat di sana tidak fasih berbahasa English. Nasib kami ada tour guide yang boleh berkomunikasi dengan mereka. Jika keluar ke pekan pun kami sangat sukar untuk menawar barang2 hanya guna bahasa isyarat jer. 

Namun ia satu percutiaan yang sangat menarik. Jauh berjalan luas pemandangan dan membuatkan kita belajar cara hidup rakyat lain. InsyaAllah next destination lepas ni... Tungguuuu.....